Panggil polis ‘DUNGU’ kerana marah, seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah

F1
Panggil polis ‘DUNGU’ kerana marah, seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan ramai individu terkesan; termasuklah ada yang terpaksa kehilangan pekerjaan. Situasi yang sedang melanda dunia telah menyebabkan ramai yang tertekan. Malangnya, ada manusia yang melepaskan tekanan tu dengan cara yang salah, menyebabkan diorang lagi rugi.

Hari ni kami nak bawakan korang cerita beberapa individu yang menghina pihak berkuasa, dan akhirnya berdepan dengan hukuman yang lebih merugikan. Pihak berkuasa kebanyakannya cuma melaksanakan arahan yang diberikan, demi keselamatan dan kebaikan semua.

Seorang wanita ditahan pihak polis, kata polis ‘dungu’ setelah tersekat dalam kesesakan lalulintas

Kita mulakan dengan cerita seorang wanita berusia 30-an ditahan kerana keluarkan kata-kata kesat terhadap pihak berkuasa yang tengah buat sekatan jalan raya (SJR) Ops COVID-19 di Jalan Persiaran Surian, Damansara.

91087289 3788481754525407 7706441148989964288 O
Via Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal kata wanita tu mungkin rasa tertekan apabila kenderaan Proton X70 yang dinaikinya terpaksa bersesak berikutan sekatan tu pada jam 9.30 pagi.

“Apabila dia sampai ke lokasi, dia menjerit ke arah petugas ‘you all are idiots’,” – Nik Ezanee, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Wanita tu ditahan mengikut Seksyen 7 Akta 342 dan dibawa ke Balai Polis Damansara. Dia akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini. Dia dituduh melakukan kesalahan itu terhadap Koperal Izuan Hasim Nor Hamzah pada jam 9.40 pagi pada 31 Mac.

Bagi pertuduhan berkelakuan kurang sopan dia dituduh melakukan kesalahan bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan dan boleh didenda tak lebih RM100, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jumlah jaminan untuk kedua-dua pertuduhan tu ditetapkan sebanyak RM4,000. Pengurusan kes ditetapkan pada 20 Mei. Sementara tu, Nik Ezanee turut meminta maaf kerana SJR yang dilakukan menimbulkan kesulitan kepada ramai pihak, namun dia jelaskan tugas dilaksanakan itu demi negara dan keselamatan rakyat.

Seorang pambantu jualan didenda RM10,000, dan seorang mekanik didenda RM8,000

Selain daripada cerita wanita yang tak tahan hadap kesesakan lalulintas ni, beberapa hari lepas mahkamah jatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu. Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20 tahun, buat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui aplikasi Facebook secara sedar dah buat dan mulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain di Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Murtazadi arahkan hukuman ke atas Nursahira bermula pada tarikh dia ditahan dan sekiranya gagal bayar denda, hukuman penjara tertuduh ditambah dua bulan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Aqharie Durranie Aziz, manakala tertuduh tak diwakili peguam.

91087289 3788481754525407 7706441148989964288 O
Via Bernama

Dia dikatakan memuat naik status tu selepas marah dengan tindakan polis arahkannya dia pulang ke rumah ketika anggota tu lakukan pemantauan Ops COVID-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul.

Selain daripada dia, dua minggu lepas Mahkamah ada jatuhkan hukuman denda RM8,000 ke atas seorang mekanik yang didakwa menghina PDRM melalui Facebook, Sabtu lalu. Hakim Juraidah Abas turut arahkan tertuduh, Mohd Fathi Hasan, 32, yang berasal dari Jitra, dipenjara empat bulan kalau gagal bayar denda tu.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Fathi didakwa dengan niat menghina polis apabila memuat naik status di media sosial dan keluarkan kenyataan menghina polis yang menjalankan tugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan di Jitra pada 21 Mac lepas.

Tertuduh lakukan perbuatan tu melalui Facebook dengan buat hantaran komunikasi jelik mengatakan ‘Berok Mari Pulok Doh’ berserta gambar anggota polis bertugas. Berikutan tu dia dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588).

Masalah hanya mampu diselesaikan dengan kepala yang sejuk dan tenang

Krisis sering membuatkan kita tertekan, namun krisis harus dihadapi dengan kepala yang sejuk, supaya penyelesaian dapat ditemukan. Perbuatan menghina seseorang, apa lagi penguatkuasa sepatutnya tak berlaku, cuma kami rasa – para tertuduh patut diwakili oleh peguam; supaya mereka dapat pembelaan, dan berkemungkinan hukuman dapat dikurangkan – memandangkan ia berlaku ketika krisis COVID-19.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top