Syarikat kecantikan Bumiputera ni dah eksport produk ke Maldives

Syarikat kecantikan Bumiputera ni dah eksport produk ke Maldives

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, produk kecantikan dan penjagaan kulit semakin berkembang. Kalau korang tak percaya, cuba tengok betapa ramai peniaga-peniaga online yang ada kat sosial media. Ini belum lagi dengan kes-kes penjualan produk kecantikan secara timbang kilo dan kontroversi beberapa produk kecantikan yang dikaitkan dengan penggunaan bahan kimia terlarang.

Kalau korang masih tertanya-tanya tentang produk apa yang patut korang gunakan, hari ni kami akan beri jawapan. Sudah tentu korang nak produk yang boleh dipercayai, selamat, halal dan boleh dibeli dengan harga berpatutan. Lebih meyakinkan lagi, syarikat yang kami nak ceritakan hari ni sebenarnya dah wujud hampir 20 tahun! Maksudnya sebelum media sosial ni wujud lagi!

Cosmoderm, wujud sejak tahun 2001 lagi…

Bukan setakat dah wujud sejak tahun 2001, kini produk mereka telah dijual di lebih 2,500 farmasi termasuk semua cawangan Guardian, Watsons, Caring, Aeon Wellness dan farmasi komuniti. Bukan senang nak tembusi market pengedar terkemuka yang kami sebutkan ni, korang kena ada kredibiliti dan kualiti. Selain tu, produk ni dapat kelulusan halal sejak tahun 2005 lagi! Apa yang buat kami lebih bangga dengan produk tempatan ni, diorang dah mula menembusi pasaran luar negara, produk diorang dah mula dieksport ke Singapura, Lebanon, Brunei dan Maldives.

Berniaga ni simple, kalau produk yang kita jual ada kualiti yang tinggi, dan tahu kepada siapa nak jual, Insya-Allah produk akan terjual. Kredibiliti Cosmoderm terserlah apabila diorang mampu menjual sebanyak dua juta unit produk setahun. Jumlah jualan ni pulak semakin hari semakin meningkat. Dan diorang juga ada perancangan nak eksport produk-produk ni ke Indonesia dan Kazakhstan. Tak banggakah weh ada produk Malaysia yang diterima kat peringkat antarabangsa?

Ada masalah jerawat? Beli je produk ni. Via Cosmoderm

Rahsia kepada jualan yang semakin meningkat adalah sesuatu yang berbeza dari syarikat lain…

Masa kami berborak dengan Cosmoderm tentang apa rahsia kejayaan diorang, kami diberitahu mungkin ia adalah hasil penglibatan Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd yang merupakan pemilik jenama Cosmoderm dengan aktiviti CSR sejak tahun 2012. Kalau korang tak faham apa benda tu CSR, ia adalah aktiviti badan korporat untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Selalunya diorang akan lakukan aktiviti kebajikan secara percuma.

Puan Mawarni, CEO Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd. Via FB Cosmoderm

Apa yang dilakukan oleh Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd adalah menyumbang kos operasi Projek Mentari, sebuah NGO yang mengendalikan pusat pembelajaran secara percuma untuk anak-anak di kawasan perumahan kos rendah Desa Mentari. Selain tu, program berbuka puasa yang ditaja oleh Vanity diadakan setiap tahun untuk para pelajar Projek Mentari sejak tahun 2008. Pada tahun ni, ia diadakan di premis baharu Projek Mentari di 16-3, Jalan PJS 16/6, Desa Mentari. 50 pelajar dan ibu bapa telah hadir bersama penaung Projek Mentari; YB Nik Nazmi dan Penasihat Persatuan Projek Mentari, Mawarni Hassan merangkap CEO Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd.

Kalau dilihat dengan teliti, memang banyak gila Cosmoderm lakukan kerja-kerja kebajikan. Selain daripada Projek Mentari ni, diorang juga lakukan sedekah seperti memberi kurma, kismis dan air di bazar Ramadan. Malah turut menaja makanan untuk kanak-kanak Syria melalui Syria Care. Nampaknya diorang memang betul-betul laksanakan tanggungjawab korporat dengan bersungguh-sungguh. Kami ada tanya sebab apa diorang buat macam ni, menurut CEO Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd;

“Aktiviti CSR adalah pembawa berkat kepada jualan yang semakin hari kian bertambah. Komitmen tetap kepada Projek Mentari umpama amal jariah yang mampu memberi peluang untuk anak-anak ‘urban poor’ berjaya di bidang akademik atau pekerjaan. CSR juga mendidik pekerja Vanity yang terlibat untuk lebih lebih peka kepada masalah kemiskinan bandar dan berfikiran luas,” – Mawarni Hassan, CEO Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd.

Untuk pengetahuan korang juga, Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd pernah menaja sebuah dokumentari 13 episod yang bertajuk Misi Ihsan di Kapital TV pada tahun 2016. Rancangan ni memberi pengiktirafan kepada kumpulan-kumpulan Non Government Organization (NGO) yang terlibat dalam aktiviti kebajikan. Memang hebat betulkan diorang!

Teringin nak beli produk diorang? Ini memang masa yang sesuai sebab…

Diorang ada lakukan promosi terdekat untuk mereka yang berminat untuk dapatkan produk Cosmoderm. Pertama diorang akan terlibat dengan Promosi Syoknya Raya yang berlangsung di IOI City Mall. Promosi Syoknya Raya ni akan bermula pada 22 sehingga 26 Mei ni. Jadi bolehlah korang rancang siap-siap bila nak pergi ke sana, sebab promosi tu akan berlaku 4 hari je.

40% tu, mana nak dapatkan? Via Cosmoderm
Selain tu, ada juga promosi kat Guardian. Percuma Shawl pulak tu!

Kalau korang pulak kebetulan bukan orang Selangor atau Kuala Lumpur, tapi teringin nak beli produk Cosmoderm, jangan risau ye. Diorang juga adakan jualan produk-produk ni di website rasmi Cosmoderm. Ada macam-macam produk yang boleh di beli kat sana. Bagi mereka yang berada di luar Kuala Lumpur, ada promosi Ramadan sepanjang bulan Mei! Apa lagi, pergilah ushaa, kot-kot berkenan.

Apa lagi, jangan lepaskan peluang ini!

Syarikat ni boleh jadi sumber inspirasi pada syarikat Bumiputera

Setelah hampir 20 tahun syarikat ni beroperasi, dah tentu banyak cabaran yang telah dihadapi oleh diorang. Cabaran dan rintangan tu sebenarnya yang buat sesuatu syarikat akan jadi lebih kuat, termasuklah Cosmoderm. Kami tumpang bangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Cosmoderm, jarang kita dengar syarikat Bumiputera yang berjaya tembusi pasaran antarabangsa. Moga hasil jualan diorang akan terus meningkat, dan yang paling penting kami harap diorang akan terus melakukan kerja-kerja kebajikan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print