Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
AgamaPendidikan

Kisah pelajar bukan Islam dapat 8A dalam ujian KAFA

By Editor
January 12, 2019 3 Min Read
Comments Off on Kisah pelajar bukan Islam dapat 8A dalam ujian KAFA

Sejak akhir-akhir ni macam-macam berita yang ada kat media sosial. Ada yang tengah rebut player bola, ada yang confident menang pilihan raya dan ada tengah gaduh pasal Akta Hasutan. Hari ni kami nak kongsi cerita yang patutnya lebih sensasi, tapi tak ramai orang ambil tahu atau sensasikan cerita ni. Penatlah asyik cerita politik memanjang, baik kita baca cerita-cerita yang boleh menyenangkan hati.

Sebelum tu kami nak tanya – masa kalian sekolah rendah dulu ada ambil kelas KAFA tak? Kalau ambil berapa keputusan? Bagi yang takda ambil, subjek Pendidikan Agama Islam selalu dapat keputusan apa? Percaya tak kalau kami kata (baca slow-slow eh); ada seorang pelajar perempuan yang beragama Buddha dapat keputusan 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK).

Bukan Islam. Cina. Buddha. UPKK. 8A.

Jap, UPKK ni binatang apa sebenarnya?

Gua tak tahu apa tu UPKK. Via Giphy

Jangan risau, anda tak berseorangan. Ramai ja sebenarnya orang tak tahu apakebenda UPKK ni, UPSR tahulah sebab semua orang kena ambil.

UPKK ni sebenarnya peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peperiksaan ni dijalankan ke atas semua pelajar darjah 5 di sekolah KAFA seluruh Malaysia berdasarkan kehendak dan syarat-syaratnya.

Sijil ni diperakui di seluruh Malaysia sebagai salah satu dokumen sokongan untuk permohonan pelajar masuk ke tingkatan satu Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia terutamanya sekolah dibawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sukatan pelajaran yang diambil kira dalam UPKK bermula dari pelajaran darjah 1 sehingga 5. So kiranya kena ambil UPKK ni setahun sebelum UPSR.

Macam susah ja subjek ujian ni. Via Norzi

Walaupun bukan Islam, adik-beradik beragama Buddha ni cemerlang dalam UPKK

Berbalik kepada cerita asal – seorang pelajar berbangsa Cina, Por Hui Ling, 11, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jiring dapat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK). Dia dapat keputusan semua A dalam mata pelajaran Ulum Syariah, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Penghayatan Cara Hidup Islam , Adab, Amali Solat, Sirah dan Al-Quran. Power berhabis!

Apa yang lebih menarik, sebelum ni abang dia pun pernah ambil UPKK. Keputusan abang dia pun boleh tahan jugak. Nama abang dia; Por Jie Hua, dia dapat 5A 3B dalam peperiksaan sama tiga tahun lalu. Kalian pernah fikir tak macam manalah agaknya kalau pelajar Islam ambil peperiksaan tentang agama lain? Agaknya boleh tandingi keputusan mereka ni?

Eh jap. Macam susah ja – sebab kebanyakan orang kita ni nampak tanda salib pun takut, rasa nak terbakar. Apa lagi nak jawab exam, terpaksa bawa Yassinlah nampaknya.

Adik-beradik yang gempak, bravo. Via Giphy

Pada awalnya dia keberatan, bila dah yakin siap ajar adik umur 6 tahun baca jawi lagi

Awal-awal tu dia berdepan dengan banyak kesukaran, tapi dengan usaha gigih, tunjuk ajar serta bantuan guru serta rakan lain, Hua Ling  berjaya menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi dengan baik dan lancar. Kalian pandai tak tulis jawi?

“Pada mulanya saya agak keberatan untuk mengikuti kelas KAFA tetapi ibu bapa dan abang selalu memberi galakan kerana jika pelajar Melayu boleh mempelajari Bahasa Cina dengan baik kenapa pula kami  tidak boleh. Saya juga selalu mengajar adik bongsu (lelaki), Por Jing Yi, 6, menulis Jawi di rumah dan nampaknya dia juga berminat untuk sertai kelas KAFA dua tahun lagi kerana sekarang ini dia masih di pra-sekolah,” katanya yang juga boleh membaca Al-Quran,” – Hua Ling

Apa yang lebih menarik, ibu bapa budak ni – Por Kim Sin, 62, dan Yeap Bee Fai, 43, pula tak pernah anggap perbezaan agama sebagai halangan untuk seseorang  itu mempelajari mengenai agama lain.

https://www.youtube.com/watch?v=GRKU-eBhpZM

“Mula-mula sahaja nampak susah tetapi selepas setahun saya dah boleh mahir menulis dan membaca Jawi dan Al-Quran sedikit-sedikit,” – Hua Ling

So kami harap daripada cerita ni kalian dapatlah ambil pengajaran sikit-sikit. Lebih-lebih lagi bila ramai yang tengah berbalah sebab isu bangsa dan rasisme. Tengok keluarga budak ni, tak prejudis langsung dengan Islam, mereka siap hantar anak-anak mereka untuk belajar tentang. Apabila kita belajar tentang budaya orang lain, sedikit sebanyak ia akan buang sikap prejudis kita terhadap mereka.

Author

Editor

Follow Me
Other Articles
Previous

Jangan mengaku peminat filem tempatan, kalau tak tengok filem ni

Next

Kami tengok pemimpin BN yang ISTIQOMAH buat apa selepas PRU14

boostwin казино
arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

pinup
betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

пинап
1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
https://www.visitbraintreedistrict.co.uk/
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

https://mks-unia.eu/
7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme