Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
EkonomiInformatifKanak-kanakKebajikan

Orang miskin tak malas, ramai terpaksa guna kaedah ‘nasi bukit’ untuk bertahan

By Subeditor
December 19, 2019 4 Min Read
Comments Off on Orang miskin tak malas, ramai terpaksa guna kaedah ‘nasi bukit’ untuk bertahan

Golongan mereka yang miskin cenderung untuk makan ‘nasi’ dengan banyak dalam satu-satu hidangan supaya dapat kenyang sepanjang hari. Sebabnya, diorang takde duit yang cukup untuk beli makanan berkali-kali, sebab tu apabila ada peluang untuk makan – diorang ambik nasi banyak-banyak. Benda ni dikenali sebagai “nasi bukit”. Selalunya orang yang amalkan nasi bukit ni makan sekali sehari je.

Menurut Muhammad Kamarulazizi, pengasas NGO Kindness Malaysia, benda ni akan bawa masalah kesihatan seperti diabetes dan obesiti dalam jangka panjang.

Orang miskin tak malas, masalah kanak-kanak miskin bandar semakin serius…

Kita semua kena bekerjasama dalam menangani isu ni, sebabnya kekurangan zat makanan dan obesiti merupakan isu yang semakin meruncing dalam komuniti B40 Malaysia. Walaupun ada pelbagai faktor yang menyumbang kepada situasi ni, Kaji Selidik Kemiskinan dan Penafian Hak Kanak-Kanak Bandar oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tunjukkan kira-kira 97% daripada penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) anggap harga produk makanan yang melebihi kemampuan diorang sebagai halangan utama untuk dapatkan makanan seimbang.

S1
Contoh nasi bukut. Via Blog Yuyuni

Beberapa minggu lepas, Nestlé anjuarkan dialog untuk berkongsi pelbagai perspektif berkenaan kesan kekurangan pemakanan yang sihat dan cara untuk atasi cabaran ni. YB Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa rasmikan sesi dialog tu sebagai penyampai ucaptama.

Ahli-ahli panel pulak terdiri daripada Profesor Dr Zalilah Mohd Shariff, Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Encik Muhammad Bin Kamarulazizi, Pengasas Kindness Malaysia dan Cik Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé Malaysia.

S1
Barisan panelis. Via Nestle Malaysia

YB Nik Nazmi Bin Nik Ahmad ada kata yang orang miskin sebenarnya tak malas, diorang kerja keras. Ada yang sampai buat dua kerja untuk pastikan diorang dapat menampung kehidupan. Dia juga kata masalah kekurangan zat makanan dan obesiti yang semakin lazim di Malaysia amat membimbangkan. Malahan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga B40 adalah lebih teruk daripada kadar purata negara.

“Di rumah pangsa PPR, 15% daripada kanak-kanak dilaporkan kurang berat badan, manakala 22% mengalami tumbesaran yang terbantut dan 20% pula kurus kering. Perbincangan yang dipelopori oleh Nestlé pada hari ini dalam menangani isu ini bersama dianjurkan pada masa yang tepat, dan selaras dengan matlamat Kerajaan untuk menaikkan taraf kumpulan berpendapatan rendah sebagai sebahagian daripada Wawasan Kemakmuran Bersama,” – Nik Nazmi, seperti yang dilaporkan dalam Siaran Media Nestlé

Masalah kekurangan zat makanan boleh tinggalkan kesan berpanjangan pada kanak-kanak

Kalau ikut Cik Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé Malaysia; Dah lebih 100 tahun, Nestlé telah menyokong tumbesaran dan perkembangan turun-temurun rakyat Malaysia dan diorang turut menyokong aspirasi Kerajaan untuk jadikan Malaysia sebuah negara yang lebih sihat.

Contoh cara makan yang tak sihat. Via Giphy

Komitmen diorang terhadap pemakanan sihat dapat dilihat dalam usaha untuk mengurangkan kandungan gula serta sodium, mempertingkatkan mikronutrien dalam produk kami serta pelbagai program dan inisiatif yang dirancang untuk menggalakkan pengambilan makanan yang berkhasiat dan gaya hidup lebih sihat.

Antara kefahaman penting yang dikongsi dalam sesi dialog ni adalah – kekurangan zat makanan dan mineral yang secukupnya sepanjang tempoh penting seperti kehamilan, bayi dan tahun-tahun awal kanak-kanak, boleh akibatkan kekurangan nutrien, khususnya pemakanan tak seimbang atau malnutrisi (kekurangan zat makanan).

S1
Via Kapital.my

Masalah kekurangan zat makanan boleh tinggalkan kesan yang berpanjangan dalam hidup anak-anak, cotohnya – perkembangan yang terjejas dan boleh menyebabkan obesiti, diabetes (kencing manis) dan penyakit tak berjangkit yang lain.

Sekiranya ia tak ditangani, ini boleh menyebabkan rakyat Malaysia terus kekurangan zat makanan dari satu generasi ke satu generasi. Antara kebimbangan utama dalam aspek makanan bagi komuniti B40 adalah kepentingan ambik makanan yang membolehkan diorang untuk rasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama.

S1
Via FMT

Dalam kebanyakan situasi, makanan ruji yang selalu diambil adalah nasi bersama sedikit kuah dan juga telur. Di samping tak mempunyai kesedaran yang sewajarnya, pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat bukanlah satu keutamaan bagi masyarakat miskin bandar.

Masalah utamanya bukan orang tak nak makan makanan sihat, tapi takde duit, nak beli guna apa?!

Macam yang korang dah baca dari artikel ni, kebanyakan orang yang miskin bukan saja-saja makan secara tak seimbang, tapi diorang memang takde duit nak beli makanan yang lebih sihat. Masalah ni punyalah teruk sampai ada yang terpaksa makan sehari sekali je, sebab takde duit nak beli makanan. Malangnya, ramai yang lebih suka ambik jalan mudah untuk tuduh diorang ni miskin sebab malas buat kerja.

Padahal ada je yang kerja keras siang malam – tapi tanggungannya ramai, dan kadar upah yang dia dapat rendah. Oleh sebab tu kita kena tengok betul-betul masalah ni sebelum buat apa-apa kesimpulan.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Masyarakat Jepun tak berapa selesa dengan tatu, sebab ada kaitan dengan penjenayah

S1
Next

Mengenang isu Sukan Sea 2019 di Filipina yang perlu dijadikan pengajaran berguna…

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme