займ срочно

Isu ajaran Ibu Yati yang berpaksikan agama ‘Islam Melayu’, ini ceritanya

F1
Isu ajaran Ibu Yati yang berpaksikan agama ‘Islam Melayu’, ini ceritanya

Beberapa tahun lalu, kita dah dengar kerajaan negara langit. Sekarang ni ada pulak ajaran baharu, dinamakan ajaran Ibu Yati. Ni suatu yang amat pelik, sebab takde angin takde ribut terus wujud gitu je. Malahan andai korang macam rasa kenal je nama Ibu Yati ni – hah, kemungkinan besar korang memang betul lah tu… Ibu Yati memang terkenal dengan siri pembongkaran beberapa isu sensitif seperti isu penjualan Mykad, sindiket warganegara ekspres, Haji ekspres, ajaran sesat Arqam, isu militan Jemaah Islamiah, LTTE dan ancaman siber.

728 X 90

Dengan isu-isu yang kami sebutkan tadi, kami pun mulai sangsi jugak apabila desas-desus ajaran Ibu Yati pulak tersebar. Sorang wartawan yang berpengalaman mengenai ajaran sesat, militan Islam dan hal sensitif sebegini… betul ke dah berani buat agama ekspres jugak? Mari baca kupasan kami mengenai kes Ibu Yati ni…

Lafaz ‘Aku Melayu’ sambil pukul gong syarat masuk agama Ibu Yati, YADIM kata Ibu Yati pengamal ajaran sesat

Ibu Yati jugak bukanlah ‘maksum’ dan takde buat silap sepanjang kariernya membongkarkan isu sensitif. Kadangkala macam tak bertempat pun ada jugak soalannya, contohnya macam apa yang berlaku di awal Februari tahun lepas. Masa tu kita baru nak mengorak langkah untuk kawal jumlah pelancong dari China, namun persoalan Ibu Yati lontarkan ni mencetuskan panik di kala kita dah mulai risau dengan perkembangan virus Wuhan.

Penang Pelancong China Berita Ibu Yati
Hantaran setahun lalu.. Boleh disebut Nostradamus Malaysia ke ni?.. -Via Says.com

Tak cukup setahun lepas tu, tiba-tiba kita dikejutkan dengan laporan media yang dakwa tularnya sebuah video dan kaitannya dengan Ibu Yati ni. Mengikut Sinar Harian, video tersebut memaparkan sorang wanita ucapkan iLa Ha iLa Ra iLa Ma dan “aku Melayu” sebanyak tujuh kali sebelum kemudiannya membuat paluan gong dalam sebuah upacara. Tak pasti sama ada wanita tu sebenarnya adalah Ibu Yati, ataupun pengikut ajaran tersebut.

Dalam video sama, dikatakan jugak bahawa wanita tu menghina Allah dan Nabi Muhammad serta hadis sahih yang lain. Bab hadis tu memang dah lama jadi polemik, tapi kalau dah hina Allah dan Nabi… mestilah ramai yang akan naik marah. Setakat ni, kami hanya jumpa sebuah klip video yang dikatakan bukti paling jelas untuk mengaitkan Ibu Yati dengan ‘ajaran baharu’ ni.

Lebih menghangatkan keadaan, YADIM antara pihak terawal ‘membongkarkan’ perkara ni. Nasrudin Hassan, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menegaskan dakwaan ni;

“Menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab. Kononnya mereka membawa Islam Melayu. Insya-Allah, dari sudut penguatkuasaan, pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan merencana tindakan berhikmah. Bagi agensi dakwah seperti YADIM pula sentiasa siap untuk memberi kefahaman dan pemurnian aqidah serta fikrah. Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang dibawa oleh individu dikenali sebagai ‘Ibu Yati’ ini. Jelas ianya adalah ajaran yang sesat lagi menyesat,”- Seperti yang dilaporkan FMT pada 29 Januari

Dakwaan YADIM pulak akhirnya menarik perhatian JAIS. Pihak polis pulak dah buka kertas siasatan lepas menerima lebih 10 laporan polis oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Memandangkan agensi penguatkuasa dah bergerak, Ibu Yati kemudiannya bersuara menafikan dakwaan bahawa dia mencipta sebarang agama baharu mahupun mengamalkan ajaran sesat. Dah macam mana tu… YADIM dan JAIS dah yakin; Ibu Yati pulak lebih yakin dia takde buat salah.

Ibu Yati Jais
Ni lah dia Ibu Yati.. -via bazookapenaka

Ibu Yati dakwa YADIM fitnah, bakal saman sekiranya takde permohonan maaf atas dakwaan tersebut

Kami bukan nak backup Ibu Yati ni, tapi berdasarkan video yang tular dan dakwaan berat tu… kami masih tak nampak bagaimana Ibu Yati pulak yang dikatakan pengasas kepada ajaran sesat tu. Bila tengok video “penjelasan” yang tular tu, nama pemilik hantaran tersebut hanya tertulis “Yati” je. Yang kami perhatikan kat akaun Facebook Ibu Yati, ternyata dia guna nama “Ibu Yati”. Adakah ni Ibu Yati yang sebenar? Adakah kita kecam orang yang salah?

Yati Islam Melayu Jais
Sekadar tepek nama, terus kena kecam?.. -Via Youtube

Hanya berspekulasi je takkan selesaikan keadaan. JAIS pun dah panggil untuk buat siasatan dan mintak keterangan daripada Ibu Yati sama ada betul atau tak bahawa dia ni pengasas ajaran sesat “Islam Melayu” ni. Fahaman ni dikatakan turut menolak ajaran Islam dan al-Quran, lalu menyatakan tu Islam Arab. Maka ajaran baharu ni kononnya membetulkan fahaman, dinamakan sebagai Islam Melayu pulak. Sebab tu tiber je kena cakap “aku Melayu” tu dalam video yang tular baru-baru ni.

“Tidak ada ajaran Ibu Yati, tidak ada agama baru. Saya tidak wujudkan Agama Melayu. Ini satu pembohongan dan fitnah ke atas saya, satu tohmahan. Saya tidak pernah wujudkan apa-apa ajaran baru atau Ajaran Melayu. Panggil saya. Tanya saya. Yayasan dakwah sepatutnya mengambil pendekatan lebih berhemah. Terima satu berita, semak dulu. Siasat dulu. Bertanya. Jangan ambil bulat-bulat. Segala perspektif negatif kini dilemparkan ke atas diri saya. Justeru saya mohon media tidak berat sebelah. Dapatkan juga penjelasan daripada saya…- Wan Norhayati Wan Alias (Ibu Yati), seperti yang dilaporkan Suara Merdeka pada 1 Februari

Dia kemudiannya turut membuat laporan polis terhadap Nasruddin Hassan, sambil menuntut permohonan maaf secara terbuka. Laporan tersebut dibuat pada 29 Januari, dan media melaporkan dia sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang saman sivil terhadap YADIM. Ia dibalas semula oleh YADIM, mencabar Ibu Yati untuk saman serta turut menuntut Ibu Yati minta maaf kepada YADIM. Eh ni main kad reverse Uno ke?

Nasrudin membalas semula, YADIM terbuka nak berdialog dengan Ibu Yati ni. Katanya dia dah lama mengikuti tulisan Ibu Yati dari akaun Facebook tu, jadi bila wujudnya ada istilah ‘Islam Arab’ ni… ia boleh membawa kepada kekeliruan.

“Islam itu universal, jadi apabila bawa satu fahaman Islam Melayu dan menolak kononnya Islam yang kita amalkan sekarang ini adalah Islam Arab, jadi ini satu kekeliruan. Saya kira dia boleh merosakkan pemikiran umat Islam dan akidah umat Islam dengan fahaman yang disebarkan. Kalau saya baca dan meneliti tulisan dia sejak hampir setahun lepas dalam Facebook itu memang sangat bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah”- Seperti yang dilaporkan Malakat Tribune pada 3 Februari

Meskipun balasan kali ni takde sebut dah pasal ajaran sesat Ibu Yati, berdialog dengan aman adalah solusi terbaik untuk mengatasi perbezaan fahaman yang ada. Kan bagus sekiranya ni lebih dahulu dilakukan berbanding menghangatkan isu dengan menyatakan Ibu Yati ni membawa ajaran sesat. Apapun kami harap isu ni akan selesai dan siasatan dijalankan dengan lancar, termasuklah berkaitan para pengikut ajaran ‘Islam Melayu’ ni.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top