5 artis yang dulu popular gila, tapi sekarang hilang entah ke mana

Zaman muda-muda dulu, korang pernah tak tiap malam menunggu depan TV hanya untuk menonton rancangan seperti Akademi Fantasia, Raja Lawak, Mentor dan macam-macam lagilah. Sampai ada yang sanggup pergi rumah jiran untuk menonton kerana maklumlah pada masa tu pun mungkin masih kurang orang yang ada saluran ASTRO kan? Tapi kami bukan nak cerita pasal benda tu, kami nak ceritakan tentang artis yang dulunya pernah popular gila-gila tetapi sekarang ni menghilang entah kemana.

1. Mawi, juara kalau undian SMS (Semua Mawi Sapu)

Korang semua mesti kenal Mawi kan? Asmawi Ani ataupun lebih dikenali sebagai Mawi merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Pada mulanya Mawi telah tersingkir daripada konsert awal tapi telah diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap lapan pelajar yang tersingkir tu. Mawi telah melakar pelbagai kemenangan dengan sangat indah sehinggakan dia telah digelarkan sebagai “Raja SMS” kerana dia selalu sahaja mengungguli anugerah melalui undian SMS.

Via BH

Mawi sangat terkenal dengan frasa “World” sehingga suatu ketika dahulu mencetuskan fenomena Mawi World dalam kalangan peminatnya. Namun, akibat daripada keputusan beliau untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan Ina telah mencalarkan serba sedikit popularitinya dan telah mengecewakan ramai peminatnya. Untuk pengetahuan korang, bukan peminatnya sahaja yang kecewa tau, tetapi kerabat diraja Johor iaitu Tengku Mahkota Johor masa tu, Tengku Ibrahim Ismail sendiri turut berasa kecewa kerana Mawi telah melanggar amanat baginda untuk menjaga tunangnya itu dan menjadikan dia sebagai contoh dan ikon utama negeri Johor. Dasyat tak?

2. Anita Sarawak, artis legenda Malaysia yang dirindukan

Anita Sarawak ataupun lebih dikenali sebagai Ithnaini binti Mohd Taib merupakan seorang penyanyi kelahiran Singapura yang pernah menerima anugerah dari “Asian Entertainment Establishment” kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan. Selain daripada banyak anugerah piring emas yang diterimanya, Anita juga pernah dipilih sebagai Dewi Utama (The Top Diva) di Asia.

Via MSTAR

Untuk pengetahuan korang, kali terakhir Anita muncul membuat persembahan adalah ketika mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada April 2011. Anita yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Kak Nita telah menemui ahli keluarganya dua hari sebelum dia berangkat dan menyatakan hasratnya untuk pulang ke Las Vegas.

Selepas tu, bayangan Anita tidak lagi menjelma malah kehilangannya menjadi tanda tanya kepada orang ramai. Lebih menyedihkan, Anita tidak pulang untuk memberikan penghormatan terakhir ketika ibu tirinya iaitu Allahyarham Datin Umi Kalthum meninggal dunia dalam tidur pada Ramadhan 2014.

3. Iqbal, juara program Pilih Kasih yang tak tahu hilang ke mana

Muhammad Iqbal Mazlan ataupun lebih dikenali sebagai Iqbal adalah merupakan juara program “Pilih Kasih” musim pertama yang mana peringkat akhir program tersebut telah diadakan di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban. Selama sepuluh minggu program realiti tersebut berlangsung akhirnya Rosyam Nor telah memilih Iqbal sebagai pelakon yang dia cari.

Kenal tak dia siapa? Via Sensasi Selebriti

Selepas bergelar juara, Iqbal telah ditawarkan kontrak berlakon selama setahun dalam drama dan filem “Kekasih” terbitan Suhan Movies yang dimiliki Rosyam Nor sendiri. Filem ini sekali lagi telah menaikkan nama dan bakat yang dimiliki oleh Iqbal. Nama Iqbal pernah menjadi satu fenomena besar dalam dunia lakonan tetapi lama kelamaan nama Iqbal semakin tidak lagi kedengaran dan tenggelam dek akibat kelahiran artis-artis baru. Korang rasa apa yang dah jadi kat karier Iqbal sekarang ni ya?

4. Vince, juara pertama Akademi Fantasia yang turut menyepi

Kalau korang semua ni peminat setia rancangan Akademi Fantasia, mesti korang kenal dengan Vince kan? Vincent Chong Ying-Cern ataupun lebih terkenal dengan nama Vince adalah merupakan bintang nyanyian dan juara musim pertama rancangan realiti televisyen Malaysia iaitu Akademi Fantasia. Vince merupakan seorang artis R&B yang popular dan juga merupakan seorang penulis lagu.

Via MStar

Nama Vince tidak asing lagi dalam industri muzik di Malaysia kerana Vince adalah merupakan salah seorang artis yang berjaya menembusi peringkat antarabangsa yang mana dia telah bergandingan dengan Nikki Gill dan Alacia Pan untuk merakam lagu tema High School Musical, Breaking Free(versi Asia). Vince telah banyak mengeluarkan album dari mula dia bergiat aktif dalam industri seni sehinggalah ke hari ini dan untuk pengetahuan korang semua sebelum Vince menjadi juara program Akademi Fantasia, dia sebenarnya pernah menjadi naib juara dalam Talent Quest yang disiarkan di Astro.

Lagu “Mengapa Harus Cinta” hasil nyanyian Vince pernah menjadi kegilaan ramai remaja pada ketika itu telah menaikkan lagi nama Vince dalam industri muzik namun pada hari ini nama dan lagu ciptaan Vince sudah amat sukar untuk kita semua dengari lagi.

5. Rosario, juara Bintang RTM yang bawak pulang banyak hadiah

Korang semua kenal tak dengan Rosario? Rosario Ninih Chamini Bianis ataupun lebih mesra dengan panggilan Rosario adalah merupakan juara pertandingan akhir Bintang RTM 2016. Pada pertandingan akhir tu, Rosario berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 dan pakej percutian ke Korea selama lima hari dan empat malam. Untuk pengetahuan korang, bukan itu saja tau hadiah yang Rosario dapat. Dia juga turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik dan wang tunai sebanyak RM5000. Bukan main banyak lagi kan?

Bukan main banyak lagi ye. Via Giph

Nama Rosario juga pernah menjadi satu kegilaan ramai para peminat pada suatu masa dahulu kerana mempunyai suara yang sangat sedap dan mampu untuk memukau para pendengar yang mendengarnya. Namun, setelah beberapa tahun memenangi pertandingan tersebut nama Rosario juga semakin tenggelam dan tidak kedengaran lagi sehingga kini.

Via Utusan

Korang rasa jadi artis tu mudah tak?

Bukan mudah rupanya nak jadi artis ni tau. Bayangkan semakin hari semakin ramai artis-artis baru yang menyinar dan selalunya artis-artis yang lama akan tenggelam mengikut peredaran zaman. Korang tengok jak lah nama-nama artis kat atas tu, dulu dorang tu bukan main popular gila tapi sekarang dah senyap sunyi sahaja macam dalam perpustakaan. Moga adalah usaha daripada pihak kerajaan atau mana-mana badan untuk bantu jaga kebajikan artis-artis yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *