Godfrey Gao meninggal dunia kerana terlebih kerja, macam mana pulak masa kerja di Malaysia?

S2
Godfrey Gao meninggal dunia kerana terlebih kerja, macam mana pulak masa kerja di Malaysia?

Untuk meneruskan kehidupan, kita harus bekerja. Wang tak boleh beli kebahagiaan, tapi wang boleh beli banyak benda yang membahagiakan. Paling penting ia boleh beli barangan asas seperti makanan, rumah dan pakaian. Cuma, dalam era moden ni – kita selalu gila dengar orang alami masalah kesihatan sebab terlebih bekerja. Dulu-dulu, ada menteri yang siap suruh rakyat Malaysia baut dua kerja.

Baru-baru ni, seorang artis terkenal meninggal dunia kerana dikatakan terlebih kerja. Bukan cerita main-main ni, orang terlebih kerja sampai meninggal dunia…

Godfrey Gao meninggal dunia ketika tengah penggambaran, katanya terlebih bekerja…

Kematian pelakon dan model terkenal Godfrey Gao akibat serangan jantung berkemungkinan besar disebabkan oleh gaya hidupnya yang terlalu sibuk. Pengerusi Jabatan Perubatan Kecemasan kat Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan, Fang Cheng-Chung kata ia berdasarkan gaya hidup Godfrey yang sering dibebani kerja selain gemar berjaga hingga lewat malam. Ingat, jangan berjaga kalau korang takde benda penting nak buat.

Gaya hidup macam ni boleh akibatkan stres melampau dan akhirnya sebabkan peningkatan hormon stres yang boleh bawa kepada tekanan darah tinggi, gangguan aliran darah, dan gangguan pada rentak denyutan jantung.

Tabiat tidur lewat untuk tempoh yang panjang boleh akibatkan masalah kardiovaskular walaupun individu tu sentiasa amalkan senaman dan pengambilan pemakanan seimbang. Aktor kelahiran Taiwan-Kanada tu disahkan meninggal dunia semasa jalani penggambaran bagi program realiti popular “Chase Me.”

“Saya sudah tidak mampu lakukannya lagi,” itu kata-kata akhir daripada bintang filem terkenal tu selepas berhenti berlari dan rebah tidak sedarkan diri ketika rakaman babak rancangan tersebut sekitar jam 2 pagi.

S2
Via SCMP

Agensi berita BBC laporkan kru rakaman anggap ia sebahagian daripada babak tu, tapi rasa sesuatu tak kena pada artis tu, sebelum bergegas memanggil staf perubatan untuk beri rawatan.

Rancangan “Chase Me” yang jalani penggambaran kat sekitar Ningbo, China, difahamkan libatkan banyak aktiviti fizikal, dan Godfrey dijemput untuk jadi tetamu dalam sebahagian babak tu. Laporan tu menyebut jantungnya terhenti seketika, tetapi kembali berdenyut, dan dia terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

S2
Rancangan Chase Me. Via mothership.sg

Malangnya selepas terima lawatan intensif selama tiga jam di pusat perubatan, diorang gagal pulihkan aktor berusia 35 tahun itu.

MTUC pernah gesa kurang hari bekerja, tapi MEF kata pekerja Malaysia kurang produktif…

Kalau nak cakap pasal Malaysia pulak, beberapa bulan lepas, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ada gesa kerajaan gubal undang-undang bagi kurangkan bilangan hari bekerja dalam setahun dan jumlah jam bekerja seminggu, tapi Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mengadu pekerja di Malaysia mempunyai terlalu banyak cuti.

S2
J Solomon. Via FMT

Mengulas laporan Kementerian Sumber Manusia yang kini merangka kajian semula Akta Pekerjaan, Setiausaha Agung MTUC, J Solomon sarankan cuti tahunan dipanjangkan lebih 16 hari dari yang digunapakai sekarang dan tempoh bekerja maksimum ditetapkan 48 jam seminggu.

Solomon jugak cadangkan pekerja diberi cuti bersalin kepada bapa selama sebulan dan ibu pula 90 hari. Tapinya, Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan kata produktiviti Malaysia rendah disebabkan bilangan hari bercuti yang diberikan kepada pekerja.

Bukan main penat lagi ye. Via Giphy

“Kita mempunyai terlalu banyak cuti umum dan cuti rehat, ini memberi kesan kepada daya saing negara. Apa yang boleh dilakukan kerajaan adalah meningkatkan bilangan hari bekerja. Kita mesti mengkaji semula beberapa peruntukan cuti, seperti cuti tahunan. Apabila Akta Pekerjaan diperkenalkan pada 1955, pekerja digalakkan bekerja 6 hari seminggu, tetapi sekarang, kebanyakan syarikat bekerja 5 hari seminggu,” – Shamsuddin Bardan, seperti yang dilaporkan FMT

Dia kata warga Singapura 3.8 kali lebih produktif daripada rakyat Malaysia dan cadangkan kerajaan lihat bagaimana jam kerja diuruskan di republik itu.

S2
Datuk Shamsuddin Bardan. Via RMN

Shamsuddin jugak cadangkan kerajaan jelaskan definisi “gaji”, mengatakan pelbagai undang-undang dan peraturan berkaitan pekerjaan masing-masing ada tafsirannya tersendiri, buatkan ia sukar untuk selesaikan pertikaian antara majikan dan pekerja.

Nak seimbangkan kehidupan dan pekerjaan bukanlah satu benda yang mudah…

Kita semua tahu, dalam keadaan yang semua benda nampak mahal ni – kita perlu kerja keras untuk menyara keluarga. Lebih-lebih lagi kalau nak hidup ‘selesa’. Cuma, dalam bekerja tu – kita kena pastikan yang kita ambil masa untuk rehat dan nikmati kehidupan. Kalau dalam subjek Pendidikan Agama Islam dulu, kita selalu dengar ayat – memberikan hak kepada tubuh badan.

Jadinya kami nasihatkan korang untuk selalu jaga kesihatan, kerja tu kerja jugak; tapi badan tu nak pakai lama, jadi kena jaga elok-elok.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top