займ срочно

Ini senarai 5 selebriti yang ada anak kembar, salah satunya sama tarikh lahir dengan bapa

F1
Ini senarai 5 selebriti yang ada anak kembar, salah satunya sama tarikh lahir dengan bapa

Korang mesti ada artis kegemaran korang yang tersendiri kan? Kat Malaysia ni dah ramai artis dan setiap tahun kita pasti akan dengar ada je artis yang akan tamatkan zaman bujang diorang. Setelah pasangan artis ni berkahwin, anak diorang selalunya akan terus ramai ‘pengikut’. Sebab selain daripada bayi ni comel, peminat ayah dan ibunya mesti nak tengok perkembangan budak tu kan?

Korang tahu tak yang kat Malaysia ni sebenarnya dah ramai artis yang mempunyai anak kembar? Kat bawah ni kami berikan senarainya…

1. Datin Seri Zizie Izette, mendapatkan anak kembar melalui proses pembedahan…

Zizie Izette binti Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Datin Seri Zizie Izette adalah merupakan seorang pelakon yang terkenal yang telah dilahirkan pada 17 November 1978 di Petaling Jaya, Selangor. Datin Seri Izette merupakan anak kepada pasangan Abdul Samad Jaaman dan Khaty Fauziah. Kalau korang nak tahu, Datin Seri Izette ni juga adalah merupakan kakak kepada pelakon terkenal iaitu Shaheizy Sam.

Ee10b377 5ce3 4dd7 86b6 2eddb12cf699
Via xtra.com.my

Datin Seri Zizie Izette telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Datuk Seri Bung Mokhtar pada tahun 2009. Mereka berdua telah dikurniakan lima orang cahaya mata sehingga kini yang mana pada tanggal 29 Disember 2017, Datin Seri Zizie Izette telah selamat melahirkan pasangan anak kembar lelaki menerusi kaedah pembedahan. Anak kembar tersebut telah diberikan nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.

2. Datin Paduka Eina Azman, dikurniakan pasangan kembar lelaki dan perempuan…

Ainur Syakina Azman atau lebih dikenali sebagai Datin Paduka Eina Azman telah dilahirkan pada 13 Mac 1995 bertempat di Temerloh, Pahang. Datin Paduka Eina Azman ada lima orang adik-beradik dan dia merupakan anak saudara kepada penyanyi dan pelakon terkenal iaitu Juliza Adzlizan. Dia telah memulakan karier seninya menerusi drama 5 jingga yang bersiaran di saluran TV9 dan kemudian namanya telah melonjak naik setelah memegang watak utama dalam drama bersiri Mimpi Cinderella yang bersiaran di slot Lestari TV3.

Eina Family
Via Murai.my

Datin Paduka Eina Azman telah mendirikan rumah tangga bersama dengan seorang ahli perniagaan yang bernama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014. Pada tahun 2016, mereka berdua telah dikurniakan pasangan kembar lelaki dan perempuan (sepasang) yang diberi nama Karl Kareef dan Arianna Aubrey.

3. Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, memiliki tarikh lahir yang sama dengan anak kembarnya…

Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah dilahirkan pada 27 Julai 1972 di Kuala Lumpur dan merupakan seorang doktor bedah ortopedik Malaysia yang juga merupakan angkasawan Malaysia yang pertama telah berjaya ke angkasa lepas.

Dia merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Sebelum bergelar sebagai seorang angkasawan, dia pernah berkhidmat di Hospital Seremban, Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sebagai doktor ortopedik dan pensyarah perubatan pelatih.

I
Via shelizanisahidayah.blogspot.com

Untuk pengetahuan korang, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor ini telah melangsungkan perkahwinannya bersama Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010 dengan berkonsepkan Istana Kayangan. Mereka telah dikurniakan pasangan kembar pada 27 Julai 2017 dan diberi nama Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Lebih manis lagi, apabila anak kembar tersebut lahir pada tarikh yang sama dengan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

4. Fad Bocey, mempunyai anak kembar yang berlainan watak dan personaliti…

Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam atau lebih dikenali sebagai Fad Bocey merupakan seorang pelawak dan pelakon di Malaysia. Dia dilahirkan pada 13 Februari 1991 di Gelang Patah, Johor Bahru. Dia merupakan seorang artis yang sangat aktif dalam bidang lawak serta lakonan serta pernah memenangi beberapa gelaran juara bersama-sama dalam kumpulan Bocey.

6 Di Sekitar Majlis Akikah Anak Fad Bocey Isteri Rotikaya
Via rotikaya.com

Fad Bocey telah melangsungkan perkahwinannya bersama dengan gadis pilihannya, Nur Syahirah A.Rahman pada 14 Mac 2015 dan mereka berdua telah pun dikurniakan sepasang cahaya mata kembar lelaki yang bernama Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan. Kalau korang nak tahu, walaupun Hayyan dan Zayyan adalah anak kembar namun Fad Bocey menyatakan bahawa karakter dan personaliti mereka berdua sangat berbeza yang mana Hayyan dikatakan lebih pendiam berbanding Zayyan.

5. Azhar Sulaiman, dikurniakan anak kembar yang cantik dan segak…

Korang semua mesti kenal dengan pelakon terkenal Azhar Sulaiman kan? Azhar Sulaiman telah dilahirkan pada 22 Julai 1971 bertempat di Bentong, Pahang, Malaysia. Dia telah memulakan karier seninya dengan berlakon menerusi drama Cinta dan Sayang pada tahun 1989. Pada tahun yang sama juga, dia telah memulakan pengajiannya dalam bidang Diploma Senibina di ITM Manjung, Perak.

Untuk pengetahuan korang, Azhar Sulaiman juga merupakan bekas salah seorang finalis Hero Remaja 1990/1991 bersama-sama dengan Esma Daniel dan Badrul Muhayat.

Azharbsulaiman 34537444 2026627274322543 1400224458790141952 N
Via gincugula.com

Azhar Sulaiman telah menamatkan zaman bujangnya pada tahun 1996, berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin. Hasil daripada perkahwinan mereka itu, mereka berdua telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang mana terdapat satu pasangan kembar yang bernama Kasih Iris Leona dan Andika Ress Pahamin.

Tak kisahlah anak kembar atau bukan, anak adalah amanah yang perlu dijaga

Sudah tentu mereka yang dah bergelar bapa atau ibu tak boleh lupakan perasaan diorang ketika menerima kedatangan anak. Ada yang pandangan rendah dengan komitmen sebagai ibu bapa – sehingga diorang berharap orang lain untuk beri didikan kepada anaknya. Contohnya, diorang fikir sekolah tu boleh 100% didik anak diorang, tanpa sokongan ibu bapa. Benda ni tak betul, sebab pembesaran anak-anak memerlukan sokongan ibu bapa.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top