Ironman dah mati dalam Endgame, tapi Alif Satar belatih untuk Ironman

Alif Satar A Lifestyle Privilege Card

Bukan senang nak mula bersenam. Cuba korang bayangkan, nak bangun pagi pun ada yang tak larat lagi. Lagi-lagi nak lari jogging sejauh 5-10 kilometer. Betul lah apa Alif Satar pesan;

“It’s not easy, man. If it was easy, everybody would do it.”

Alif Satar ni rasanya tak perlu diperkenalkan lagikan? Hanya nak kena bezakan je mana satu Alif. Haa… yang ni Alif Satar si artis tampan, baru-baru ni banyak dipuji oleh warganet kerana dah cover line lepas komen Mark Adam terhadap Sherry yang dikatakan ‘tak patut’. Mark Adam pun dah minta maaf. Selain dari jadi pengacara profesional, dia juga seorang pelakon dan artis yang bercita-cita besar.

Nama je hampir sama. Rupa tu jauh beza dengan Aliff Aziz dengan Alif Syukri. Via NST

Ironman Tony Stark pun bertempur lebih dari sekali…

Antara cita-citanya adalah untuk sertai Ironman…buat kali kedua! Tahun lalu, dia berjaya tamatkan pertandingan yang amat mencabar tu di tempat ke-446 daripada 946 peserta. Korang ingat senang ke? Idea pertandingan gila ni datang dari sekumpulan tentera NAVY Seals yang nak buktikan mana satu lebih senang – berenang, berlari atau menunggang basikal.

Lepas didesak oleh rakan seperjuangan bernama Dan Hendrikson, barulah John dan Judy Collins, atlet triathtlon anjurkanlah Ironman di Hawaii. Kini ia jadi salah satu acara popular dalam kalangan komuniti penggemar sukan triathlon dan disertai oleh para atlet seluruh dunia. Cogan kata pertama yang digunakan adalah:

Via Pinterest

Lebih mencabar lagi, mereka kena siapkan semua ni dalam suatu tempoh masa yang diberikan. Menurut FAQ laman sesawang rasmi Ironman, acara renang perlu disiapkan dalam masa 2 jam 20 minit, manakala berbasikal pula selama 10 jam 30 minit dan berlari pula adalah selama 17 jam dari detik permulaan sesuatu acara. Maksudnya, tempoh masa tiap acara dikira dari saat pertama korang sampai ke stesen acara tertentu.

Berlatih jadi Ironman gaya Alif Satar, kalau kami mungkin tak sanggup…

Jarang kita nampak orang kongsi impian dan rutin persiapan mereka kat media sosial menjelang hari pertandingan. Alif Satar pula buat sebaliknya, malah siap buat video lagi nak cerita sejauh mana latihannya berjalan.

Muka kena berseri-seri yakin. Via Kosmo

Katanya, dia dah lama buat latihan semenjak kali pertama dia ikut Ironman. Nampaknya latihan untuk ketiga-tiga acara Ironman ni cuba diseimbangkan supaya dapat berentap dalam kalangan peserta lain dengan prestasi yang terbaik.

Kalau tahun lalu, dia cuma ambil ‘separuh triathlon’ je, iaitu 112.7 km. Kali ni, dia nak lagi up dan berlatih untuk acara renang sejauh 4 km, berbasikal sejauh 180 km dan larian 42km. Nak tak nak, latihan kena lebih baik dan lebih ‘gempak’ dari tahun lalu.

Sebelum jadi Ironman, nak kena jadi Aquaman dulu…

Untuk acara renang, dia akui bahawa acara ni lah yang paling dia suka dan yang dia paling yakin dengan kebolehannya. Apa tidaknya, dia sudahpun banyak terlibat dengan aktiviti renang dari usia remaja. Namun kali ni, ada dugaan di sebalik keyakinan ni. Sampaikan doktor kata kat Alif Satar, kalau nak ikut Ironman juga: “…kalau bahu tercabut, sure you die…”. Seramnye…

Berbanding dua acara lain, acara renang ni lah yang paling banyak guna otot bahu dan tangan. Disebabkan kecederaan pada bahu ketika seronok bercuti sambil snowboarding di Sapporo, sebuah kawasan peranginan salji yang popular terletak di Jepun, dia terpaksa rehat selama 4 bulan sebelum perlahan-lahan sambung semula latihan renangnya.

Nampak ni dah macam rasa sakit. Via mStar

Bukan calang-calang basikal ye, harga mencecah ribuan ringgit…

Untuk acara seterusnya iaitu acara berbasikal, dia memang dah nampak sedia dengan penuh gaya. Basikalnya dulu dah upgrade, daripada basikal El Nario kepada Storck Aerfast G1 Platinum. Kos basikalnya pun nampak kena dengan ‘gaya’, iaitu mencecah RM43,000. Perbelanjaan untuk rangka je dah sampai RM23,000 campur set tayar lagi berjumlah kira-kira RM15,000. Nak tambah komponen, sampai juga RM40,000.

Sempat lagi tayang rangka basikal terbaharunya. Via Facebook

Dari segi latihan pula, dia memang dah selalu berlatih sejauh 180 kilometer setiap minggu supaya dapat biasakan diri untuk pertandingan kelak. Disebabkan Alif Satar jugaklah, penyanyi pujaan negara Datuk Siti Nurhaliza pun nak cuba berbasikal kat Bukit Hantu, Hulu Langat. Practice make perfect, tak gitu?

Lari jangan tak lari, gunakan teknik Long Slow Distance…

Lari pun bukan lari biasa-biasa, tau. Untuk pertandingan besar ni, tiap langkah tu kena ada ilmu kat dada. Dalam acara lari, ilmu tu pun nak kena ada kat kaki jugak. Begitulah tips Alif Satar, iaitu kena ingat teknik larian yang betul.

Via Shape Magazine

Teknik yang dia biasa gunakan untuk latihan adalah LSD. Bukan ‘ubat khayal’ ye… LSD ni adalah singkatan untuk Long Slow Distance. Kata Virtual Runner UK, teknik jenis ni ada banyak manfaat dan sesuai digunakan buat sesiapa je yang perlu banyak stamina, terutamanya untuk pelari jarak jauh. Kunci utama kalau nak tau macam mana pace korang, adalah bila korang boleh bercerita dengan kengkawan sambil lari.

Selain tu, antara tips larian yang diberikan oleh Alif Satar adalah jaga postur badan supaya korang boleh bernafas dengan baik. Pastikan kaki tak diangkat terlalu tinggi serta “…land on ball of your foot, not on your heels..”.

Undi jadi ikon KBS sebab aktif dalam bidang arena sukan 

Dalam ruang komen video Alif Satar, seorang warganet bernama ‘shawari shukor’ kata Alif ni sesuai jadi salah satu ikon belia dan cadangkan agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) collaborate dengan Alif Satar kerana aktif dalam bidang arena sukan lagi-lagi dalam peringkat antarabangsa.

Alifsatarkbs

Lantaran penglibatan Alif Satar dalam Ironman dan banyak berkongsi mengenai pengalamannya bersukan, dalam video rutin Ironman tu dia secara terbuka akui ramai yang datang berterima kasih padanya kerana dah terinspirasi dengan gaya hidup aktif yang diamalkan olehnya.

Kami ucapkan selamat maju jaya buat Alif Satar dan teruskan sebar amalan gaya hidup sihat. Malah, usaha ajak masyarakat ni kena dibuat oleh semua pihak, tak semestinya kerajaan je, supaya lebih aktif dari segi fizikal. Ikutilah aktiviti bersenam yang digemari macam zumba dan yoga. Kongsilah artikel ni dengan kawan korang. Jom aktif bersama-sama, baru seronok!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *