Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Berita

Abam pergi meninggalkan kita, ini ‘perangai’ Abam yang kami tak mampu lupakan…

By Subeditor
February 10, 2020 4 Min Read
Comments Off on Abam pergi meninggalkan kita, ini ‘perangai’ Abam yang kami tak mampu lupakan…

Kematian adalah sesuatu yang misteri, tiada sesiapa yang boleh meramalkan. Kadang-kadang kita tengok orang tu sihat dan cergas, tiba-tiba dia dipanggil tuhan. Itulah perasaan yang kami alami pagi ini apabila dengar berita Abam yang merupakan anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak.

https://www.youtube.com/watch?v=A7t6VpsV2Ls

Pemergian orang-orang popular, terutamanya pelawak yang banyak menghiburkan kita memberi kesan yang membekas pada hati. Kami masih ingat ketika Allahyarham Yus (Jambu) meninggal dunia, rasa sedih tu datang secara tiba-tiba.

Sebelum ni, Abam ada mengadu sakit kepala dan demam, isterinya ada cuba ajak ke hospital

Mengikut laporan Astro Awani, berita mengejutkan itu dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” – Ali, seperti yang dilaporkan Astro Awani

S1
Abam. Via Astro Awani

Isteri Abam, Nor Hidayah maklumkan Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lepas.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu. Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” – Hidayah, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani

S1
Abam. Via The Vocket

Bagi mereka yang mungkin terlupa, Abam berkahwin dengan isterinya pada tahun 2017, hasil perkahwinan, pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lima bulan.

Ini ‘perangai’ Abam yang kami tak boleh lupakan, dan jadikan sebagai pengajaran

Cerita ni terjadi pada majlis Rumah Terbuka Raya Maharaja Lawak Mega 2016, dah lebih kurang empat tahun lepas, tapi cerita ni antara benda pertama yang terlintas dalam kepala kami apabila dengar khabar pemergian Abam, pagi tadi.

https://www.instagram.com/p/B8XiLVjAkZV/

Masa tu Abam tengah kenali hati budi seorang gadis, yang akhirnya jadi isterinya.  Cuma, apa yang buat kami respect dengan Abam ni, dia kata nak gembirakan hati ibunya, Sabariah Arshad, terlebih dahulu.

“Kami baru sangat berkenalan dan saya masih sibuk dengan karier seni. Mujurlah buat masa ini dia faham dengan komitmen saya. Lagipun sebelum berkahwin, saya mahu bawa emak menunaikan umrah hujung tahun ini. Selain itu, saya teringin memiliki kediaman yang selesa sebelum bergelar suami,” – Abam, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada tahun 2016

S1
Setelah berkenalan, mereka akhirnya bernikah pada tahun 2017. Via Astro Awani

Bagi Abam, dia ingin membahagiakan ibunya selagi hayat dikandung badan. Katanya ibunya dah banyak berkorban untuk anak-anak, dan kini masa untuknya menikmati kesenangan pulak. Ali beritahu Abam adalah abang yang baik dan sentiasa mengutamakan kebajikan keluarga.

“Contohnya, baru-baru ini kami singgah di Johor Premium Outlets (JPO). Dia beli beg tangan untuk emak dan saya pula belikan untuk isteri. Di kaunter bayaran, dia tak kedekut belanja isteri saya. Dia kata isteri saya jaga emak kami dengan baik,” – Ali, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada tahun 2016

Sedih. Via Giphy

Baru je hujung bulan lepas Abam viral sebab dikatakan dah ‘tebus’ gaji isterinya…

Baru je bulan lepas Abam ni tular sebab dia ‘beli’ gaji isterinya semata-mata nak mintak isterinya fokus jaga anak. Pelakon dan pelawak, Abam Bocey akui dia minta isterinya, untuk tinggalkan kerjayanya dan jadi suri rumah sepenuh masa. Abam masa tu kata; dia buat macam tu sebab tak nak anaknya dijaga oleh pengasuh luar.

S1
Bocey dan isteri. Via Roti Kaya

“Sebaik sahaja anak saya lahir tempoh hari, saya meminta isteri untuk berhenti kerja demi menjaga anak kami. Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya ‘beli’ gaji dia. Saya berhentikan dia kerja dan saya bayar gaji yang sepatutnya dia peroleh setiap bulan,” – Abam, seperti yang dilaporkan Astro Gempak

Tambah Abam lagi, gaji yang diberikan tu untuk kegunaan peribadi isterinya tak termasuk keperluan nafkah lain. Kalau isterinya nak beli apa-apa je dari duit tu, terserah isteri Abam, sebab Abam ni memang dah letakkan tu sebagai gaji isterinya.  Abam lebih suka jika anaknya dibesarkan dan mendapat didikan sepenuhnya oleh keluarga sendiri.

Via Giphy

Abam meninggalkan kita dengan pelbagai jenaka, semoga nasib warisnya akan terbela

Harimau mati meninggalkan belang, pelawak mati meninggalkan kita dengan kenangan dan jenaka mereka. Apa yang penting adalah waris warga seni perlu terbela setelah kematian mereka. Kami kerap berkata tentang keselamatan sosial para pekerja di Malaysia. Selain kelompok masyarakat yang miskin, anak-anak seni juga sering menghadapi masalah apabila berlaku ‘kejutan’ dalam pendapatan mereka.

Salam takziah dari kami di ORANGKATA, semoga roh Allahyarham Abam ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

 

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Masih tunggu kereta terbang? Orang Malaysia ni terlibat cipta bas tanpa pemandu

F1
Next

Twitter digodam untuk dapatkan data peribadi, salah satu pelakunya orang Malaysia?!

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme