Jho Low dah berubah menjadi BERUANG, sebab tu susah gila nak tangkap…

Jolow

Bila sebut je nama Jho Low, kebanyakan rakyat Malaysia tentunya akan rasa marah. Apa tidaknya nama mamat ni memang terkenal sebagai salah seorang yang merompak duit rakyat Malaysia. Tak keterlaluan jugak untuk kami katakan; antara punca kekalahan Barisan Nasional pada PRU14 yang lepas adalah kerana nama Jho Low yang terkait dengan bekas PM kita, Najib Razak.

21
Dah boleh buat wanted poster macam dalam kartun kot, guna gambar ni. Via Straits Times

Sehingga ke hari ni Jho Low tak dapat dibawak ke Malaysia untuk tujuan perbicaraan, benda ni menyebabkan kes-kes yang berkaitan dengan Jho Low agak sukar untuk disiasat. Apa-apa pun pihak berkuasa kita tengah dalam proses nak dapatkan mamat ni semula ke Malaysia. Ia dapat kekangan apabila negara yang jadi tempat Jho Low bersembunyi berikan macam-macam alasan, seperti…

Jho Low dah bertukar menjadi beruang, makin sukar untuk pihak berkuasa cari dia…

Negara lokasi Low Taek Jho atau Jho Low, 38 tahun, dipercayai bersembunyi enggan beri kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menangkap ahli perniagaantu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kata, sebaliknya pihak berkuasa negara itu memberi alasan tak masuk akal termasuk dakwaan Jho Low sudah membuat pembedahan wajah.

Hai, saya Jho Low. Via Giphy

Ini termasuklah mendakwa ahli perniagaan dalam buruan itu sudah membuat pembedahan wajah dan kini menyerupai beruang dan berjalan seperti seladang.

“Alasan yang diberikan kononnya dia (Jho Low) sekarang mengubah rupa, alasan yang diberikan kepada saya dia mungkin sudah menjalani pembedahan mukanya. Dia sudah mengubah rupa bentuk mukanya tetapi dia terus berada di negara itu dan mendakwa kononnya dia susah nak dikesan,” – Abdul Hamid Bador, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Dia kata macam tu ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Negara (tolak rasuah) di Batalion 24 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau.

Digp Handover 1505 (3)
Via Kedahku

Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Abd Rahim Jaafar; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah serta Komander Briged Sabah (PGA) Senior Asisten Mancha Ata.

Guna pasport Cyprus, Ketua Polis kita tak terkejut sebab banyak negara jual kedaulatan…

Mengulas tentang laporan terbaharu Jho Low dikesan menggunakan pasport Cyprus, Abdul Hamid berkata, perkara tu bukan benda baru sebab ada negara tertentu jual nilai kedaulatan dengan cara mudah termasuk menjual pasport.

“Ini kerana negara berkenaan memerlukan wang untuk ekonomi dan dia (Jho Low) ini perompak tegar, sudah mengambil kesempatan (eksploitasi). PDRM sedang menyiasat perkara ini dan sudah berhubung dengan penguat kuasa antarabangsa dan saya tak perlu sebut siapa dia, untuk menjejaki jika ada harta hasil rompakan wang negara kita dilaburkan atau digunakan untuk membeli apa-apa juga harta di sana,” – Abdul Hamid Bador, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Katanya, polis sedang dalam operasi menjejak ke mana perginya wang dibelanjakan perompak moden itu. Kata polis, Dia (Jho Low) memang ada kat tempat yang disebutkan tadi, dia memang dilindungi, satu pendekatan atau tindakan oleh negara berkenaan yang tak bertanggungjawab, enggan berikan kerjasama kepada kita.

Sepatutnya dalam memerangi kes jenayah, sepatutnya mana-mana negara kita harus bekerjasama dan bukan bertindak melindunginya sebab kes ada kaitan politik sebelumnya. Ini perbuatan jenayah, dia (Jho Low) merompak wang sebuah negara dan dia dapat perlindungan di sebuah negara.

43
Muka macam-macam ada. Via FB

Tapi mamat ni seolah-olah kebal pula dan mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa negara tempat yang dia bersembunyi tu.

Ditanya mengenai sama ada PDRM sudah membuat permohonan ekstradisi terhadap Jho Low, Ketua Polis kita kata polis dah lakukan semua prosedur untuk bawak pulang ahli perniagaan itu. Semuanya dah ada, semuanya dah kita buat tapi kalau pihak itu tak mahu menyerahkan kepada kita, kita tak boleh nak buat apa.

Sebenarnya lagi payah kalau manusia dah jadi beruang, tapi benda tu alasan negara asing je…

Sebenarnya benda ni lebih kurang je dengan kes Zakir naik apabila kerajaan India mintak dia dibicarakan di India, tapi kerajaan kita ambik keputusan untuk lindungi. Betul tak betul keputusan kerajaan tu bergantung pada pandangan masing-masing. Tapi pada asasnya, lebih kurang sama, kita tak beri kerjasama kepada India untuk bawa balik Zakir Naik.

Adakah kita pergi melawat zoo dan periksa setiap beruang yang ada kat sana untuk pastikan dia akan didakwa di Malaysia? Barangkali bukan beruang atau ber-uang (berwang), kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *