Monyet ditembak hanya kerana tak sebut baby sayang, ramai kecam

UPDATE: Lelaki yang menembak monyet ni telah pun ditangkap oleh pihak Polis. Ahli perniagaan berusia 54 tahun itu yang juga pemilik lesen senjata api ke atas pistol berkenaan ditahan bersama anaknya berusia 19 tahun di kediaman mereka di Taman Kenangan, Setiawan, Perak, pada jam 9 malam kelmarin.

Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menembak seekor monyet gara-gara tidak memanggilnya baby sayang.

“Kalau kau tak cakap baby sayang, aku tembak kau. Satu, dua, tiga,” kata lelaki itu sebelum melepaskan tembakan menggunakan sepucuk pistol kepada haiwan tersebut yang kemudian kelihatan terkulai layu. Lain kali cakap baby sayang. Dia tak nak cakap baby sayang,” – Ucap lelaki tersebut, seperti yang dilaporkan Mstar

https://www.youtube.com/watch?v=VR3y_sS2V80

Bagaimanapun tidak dipastikan jenis senjata yang digunakan untuk menembak, begitu juga lokasi kejadian. Turut tak dapat dipastikan nasib monyet tu. Tapi bila tengok video tu, kami rasa marah gila. Adakah patut dia buat monyet macam tu! Langsung takda hati dan perasaan.

Panggilan baby sayang ni mula meraih perhatian di laman sosial selepas netizen mengemukakan soalan kepada pelakon dan pengacara, Mira Filzah untuk memilih panggilan antara baby atau sayang, dan selebriti itu memilih baby sayang.

Mira Filzah turut mengulang kicau perkongsian Ken di Twitter dengan keterangan “This is the stupidest thing ive ever seen. Who is this guy?! (Ini adalah perkara paling bodoh saya pernah lihat. Siapa lelaki ini?!).”

Via Mstar

Ada ganjaran RM2,000 bagi sesiapa yang ada maklumat pasal video ni

Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah RM2,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat mengenai individu yang menembak seekor monyet, gara-gara tidak menyebut baby sayang.

“Animal Malaysia menawarkan ganjaran RM2,000 tunai kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat siapakah pembunuh ini? Di manakah tempat tinggalnya, siapakah ibu bapanya dan maklumat lain hingga tertangkapnya pembunuh haiwan yang sadis ini,” menurut Animal Malaysia dalam satu kenyataan di halaman rasmi Facebooknya pada Isnin

Via Mstar

Animal Malaysia turut mempersoalkan kesahihan video tersebut, sama ada ia berlaku di Malaysia atau luar negara. Menerusi video tular itu, tindakan kejam lelaki tersebut membangkitkan kemarahan netizen, dengan beberapa netizen menyuarakan hasrat menambah nilai ganjaran seperti yang dapat dilihat di ruangan komen laman Facebook Animal Malaysia.

“Saya naikkan RM1,000 lagi kalau sesiapa dapat beri maklumat sampai tertangkapnya syaitan ni. Apa-apa boleh terus PM (mesej secara terus),” kata seorang netizen seperti yang dilaporkan oleh Mstar

Pada bulan yang mulia ini, kita sepatutnya ada kasih-sayang dan simpati yang tinggi. Mencederakan haiwan adalah sesuatu yang tak patut dilakukan. Kita semua ciptaan tuhan, dan seharusnya hidup berkongsi alam ini. Semoga lelaki yang kejam ini akan dikenakan hukuman yang setimpal.

 

Laporan asal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *