Pemergian Mejar Mohd Zahir, sempat pesan ‘show terakhir’ kepada ibu

Dsds

Semalam kita dikejutkan dengan cerita seorang pegawai tentera yang terkorban selepas terkena tembakan ketika lakukan demonstrasi tentera. Mejar Mohd Zahir Armaya disahkan meninggal dunia selepas tertembak semasa lakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia kat Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Mejar Mohd Zahir sepatutnya beraksi sebagai penjenayah dalam aksi tu, kemudian dia rebah…

Demonstrasi yang dipersembahkan tu bermula sekitar 8.30 pagi dan kumpulan demonstrasi Mohd Zahir adalah persembahan ketiga yang dilakukan. Ketika kejadian, mangsa berbaju putih dan bertopeng beraksi sebagai penjenayah yang ditembak mati oleh anggota tentera.

Mejar Mohd Zahir. Via Kosmo!

Mangsa rebah dan diheret ke tepi sebelum persembahan ditamatkan. Lepas tu, mangsa didapati tak sedarkan diri sebelum topeng mukanya dibuka dan mukanya berlumuran darah. Mohd Zahir yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sebelum disahkan meninggal dunia.

Mangsa berasal dari Kuala Lumpur meninggalkan isteri dan lima anak berusia antara lima bulan hingga 9 tahun. Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca menyebabkan kematian Mejar Zahir, yang juga seorang pegawai komando 11 Rejimen Grup Gerak Khas.

https://www.youtube.com/watch?v=Pjrp4rCDCvs

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Haris Ibrahim berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa ketika itu sedang melakukan acara persembahan tembak sempena Majlis Perbarisan Pelancaran Divisyen ke-5 Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi. Ketika kejadian mangsa tertembak oleh rakannya sendiri dalam jarak lingkungan lima meter, menggunakan senjata api semasa acara persembahan tembak di majlis berkenaan,” – Dipetik dari Berita Harian

Yang di-Pertuan Agong turut rakamkan ucapan takziah, kirimkan doa untuk Allahyarham Mohd Zahir

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir Armaya, yang meninggal dunia ketika melakukan tugasan rasmi di Kem Lok Kawi, Sabah pagi ini.

Via Kosmo!

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa simpati dan sedih kepada keluarga Allahyarham Mohd Zahir dan menzahirkan harapan agar keluarganya tabah menghadapi suasana pilu serta dugaan daripada Allah SWT.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” – Kenyataan Rasmi Istana, dipetik dari MG

Via Awani

Yang di-Pertuan Agong, yang merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), turut zahirkan penghargaan atas jasa dan sumbangan Allahyarham Mohd Zahir yang berkhidmat sebagai pegawai komando.

Show terakhir, itulah pesanan yang dihantar kepada ibunya…

Perkataan ‘show terakhir’, itulah pesanan terakhir Mejar Mohd Zahir Armaya AR Badul kepada ibunya, Rusunjan Mohd sebelum insiden kat demonstasi tentera kat Kem Lok Kawi. Rusunjan, 56 tahun, dari Kampung Indai di Tuaran kata; Zahir mengucapkan kata-kata itu di WhatsApp, berkenaan peranannya dalam pertunjukan sempena pelancaran Divisyen Ke-5 Infantri (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri (13 Bgd).

Ibu mangsa. Via FMT

Dia dapat berita buruk mengenai Zahir daripada pihak tentera semasa dia berada di pasar.

“Zahir menghubungi saya malam semalam, dia beritahu dia terlibat dalam satu pertunjukkan cara – dia kata itu ‘show’ terakhirnya. Saya menasihatkan dia supaya berhati-hatilah selalu…sebagai seorang ibu, saya redha dengan apa yang berlaku,” – Katanya ketika ditemui di Hospital Queen Elizabeth di mana Zahir diisytiharkan meninggal dunia, seperti yang dilaporkan FMT

Rusunjan kata Zahir berhasrat untuk lawat kampung halamannya di Tuaran, yang sudah hampir 7 tahun tak dikunjunginya. Dia juga mahu beli buah-buahan untuk dimakan bersama ahli keluarga di Sabah selepas demonstrasi tu.

Sedih. Via Giphy

Dia maklumkan jenazah Zahir akan diterbangkan ke Perak, mereka sebenarnya mahu dia dikebumikan di Sabah tapi diorang faham permintaan isterinya. Zahir, komander Rejimen Gerak Khas ke-11, meninggalkan 5 orang anak berusia 9 tahun hingga 5 bulan.

Bagi A.R badul, dia reda cuma kecewa dengan kejadian tu…

Bagi yang tak tahu lagi, Zahir merupakan anak ke-3 daripada 7 anak AR Badul, atau nama sebenar Armya Aman Ramlie. Pelakon dan pelawak legenda, A.R Badul reda tapi kecewa dengan kejadian yang menimpa anaknya, Mejar Mohd. Zahir Armaya yang maut akibat terkena tembakan, semalam.

Via Astro Awani

Menurut A.R Badul; dia yakin wujud kelalaian sepanjang latihan sehingga mengakibatkan anaknya maut dalam kejadian tu. Dia bagaimanapun enggan melulu buat kesimpulan sebaliknya menanti maklumat penuh daripada pihak berkaitan.

“Saya sedih sebab saya merasakan kejadian ini berlaku akibat kelalaian. Mengenai tanggungjawab seorang askar kepada negara, saya faham. Mereka sering jatuh, patah dan cedera. Sekiranya meninggal dunia ketika berkhidmat untuk negara atau meleraikan penunjuk perasaan saya boleh terima,” katanya kepada Kosmo! Online

Semoga kita tidak sesuka hati buat spekulasi berkenaan insiden ni…

Satu benda yang kami tak berapa berkenan apabila ada kes-kes macam ni berlaku; akan ramailah yang akan cuba buat macam-macam versi cerita ikut imiginasi diorang. Benda-benda macam ni sepatutnya tak berlaku, apa kata kita biarkan pihak berkuasa lakukan siasatan. Lagi satu, kalau boleh – hentikanlah menyebarkan video kejadian; hormatilah perasaan keluarga mangsa. Kementerian Pertahanan Malaysia pun kata akan siasatkan.

Kami kat ORANGKATA ucapkan takziah kepada keluarga mangsa, moga-moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Begitulah pengorbanan yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia, sesuatu yang patut kita hargai.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *