Penguatkuasa menyamar jadi tukang masak, tangkap orang tak puasa

Benda ni selalunya juga kita dengar kalau bulan Ramadan tiba; pasukan penguatkuasa agama menyamar untuk tangkap orang tak puasa. Baru-baru ni, seramai 32 orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Segamat (MPS) menyamar sebagai pekerja kedai makan bagi menangkap orang Islam yang makan secara terbuka di bulan puasa.

Dua daripadanya, yang pandai membuat roti canai, teh tarik dan mee goreng mamak, akan menyamar sebagai tukang masak dan dan pelayan, lapor News Straits Times.

“Kami telah memilih secara khas pegawai-pegawai yang berkulit gelap untuk melakukan tugas penyamaran. Mereka kedengaran meyakinkan apabila bercakap bahasa Indonesia dan Pakistan, jadi pelanggan akan percaya bahawa mereka benar-benar diupah untuk memasak, menyediakan makanan dan mengambil pesanan,” kata Yang Dipertua MPS Mohd Masni Wakiman, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Gambar hiasan. Via AmazingNara

Katanya terdapat 185 gerai dan premis makanan berlesen bawah MPS yang terletak di 15 lokasi, antaranya Segamat, Bandar Putra IOI, Segamat Baru, Jalan Segamat Muar, Taman Yayasan, Buloh Kasap, Jementah, Batu Anam, dan Bandar Utama.

Mohd Masni kata selepas pesanan makanan dibuat, anggota penguatkuasa MPS akan mengambil gambar secara rahsia pihak yang makan dan segera melaporkannya kepada Majlis Agama Islam Segamat.

Siap tak puasa, sila masuk van jenazah. Gambar sekadar hiasan. Via Milo Suam

MPS tidak mahu dilihat tidak membuat sebarang usaha bagi menangani isu umat Islam makan secara terbuka ketika bulan Ramadan. Menurut diorang ia bukan sahaja tidak menghormati Islam, tapi juga memburukkan imej MPS, kerana tindakan itu dilakukan di gerai-gerai di bawah pemantauannya.

UPDATE: Pagi tadi masa kami bangun, kami ada terbaca artikel kat Malaysiakini tentang MPS menafikan yang diorang ni berlakon untuk tangkap orang yang tak puasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *