Gagal peperiksaan sebanyak 18 kali, akhirnya brother ni bakal jadi peguam

Sasa

Kalau kehidupan kita ni umpama kain putih, kegagalan tu umpama warna yang menghiasi kehidupan. Siapa je tak pernah gagal dalam sesuatu, ia adalah rencah kehidupankan? Cuma hanya sekumpulan kecil orang yang ada semangat untuk bangkit apabila berkali-kali gagal dalam hal yang sama. Kebanyakan orang; kalau dah 2-3 kali mencuba tak dapat-dapat lagi, kebarangkalian dia untuk berhenti tu tinggi.

Tapi lain pulak ceritanya dengan seorang brother ni, walaupun dah berkali-kali gagal dia tetap mencuba. Kami betul-betul tabik dengan dia…

Dia bukanlah lembam, cuma dia kena ambik masa sikit untuk belajar sesuatu…

Ceritanya tentang seorang brother yang alami kegagalan sebanyak 18 kali dalam pelajaran. Dia yang mengakui dirinya slow learner mendedahkan dia terpaksa mengharungi kegagalan sehingga tiga kali hanya untuk lulus dalam subjek tertentu. Dia kata; semakin banyak dia gagal, lebih mendalam subjek tu dia ingat dalam kepala, walaupun dia terpaksa menghabiskan masa selama 11 semester.

Nana
Via Erin Sakura

“Saya telah gagal sebanyak 18 kali sehingga saya akhirnya tamat pengajian,” tulisnya menerusi satu perkongsian di laman sosial Twitter sehingga menjadi tular, seperti yang dilaporkan MStar

Perkongsian Rafiq mengenai kegagalannya tu buat ramai terkejut, tapi akhirnya dia berjaya menamatkan pengajian kat universiti. Pemuda berusia 25 tahun tu kata, dia menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor pada tahun 2013.

Nana1
Via MStar

Pemilik nama Muhammad Rafiq Izzat Zaidi itu bagaimanapun jelaskan dia tak didiagnosis sebagai lembam, sebaliknya dia ambil masa untuk mempelajari sesuatu subjek di universiti.

“Saya bukan didiagnosis slow learner, tapi bila masuk universiti… saya tak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran yang berbeza. Saya bukan juga ada masalah belajar, cuma ambil masa nak faham sesuatu subjek. Sudahnya, semester pertama saya dah gagal empat subjek,” – Rafiq, seperti yang dilaporkan oleh MStar

Tabik. Via Giphy

Dia cakap jugak, kegagalan yang banyak tu sebabkan dia terpaksa melalui tambahan tiga semester menjadikan 11 semester keseluruhan untuk tamat pengajian. Dia tengok kawan-kawannya yang dah habis belajar sampai semester kelapan, tapi dia masih lagi sambung belajar.

Sebab lambat habis belajar, habis kena bahan oleh geng-geng pembawang…

Kemahuan Rafiq untuk jadi peguam sejak di sekolah rendah membuak-buak sehingga dia tak peduli gagal banyak kali dan terus belajar. Macam biasalah persatuan mak cik bawang akan selalu jadikan budak-budak yang lambat habis belajar sebagai bahan untuk diorang bincangkan.

Asa
Via redllymadawa

“Keadaan tu memberi tekanan buat saya, selain segelintir saudara-mara sering mengajukan soalan ‘Rafiq, bila nak habis belajar? Lama sangat Rafiq kat U tu’ antara kata-kata yang menjengkelkan saya yang menambah tekanan sedia ada,” – Rafiq, seperti yang dilaporkan MStar

Rafiq nyaris digugurkan dari pengajian selepas gagal subjek yang sama sebanyak tiga kali berturut-turut tetapi bersyukur diberi peluang kedua selepas membuat rayuan. Kegagalan demi kegagalan tak pernah buatkan anak sulung daripada empat beradik tu berputus asa disebabkan cita-citanya untuk bergelar seorang peguam satu hari nanti.

Momo
Via Erin Sakura

Apa yang lebih menyedihkan, dia pernah terfikir untuk bunuh diri.

Ketika itu, saya sedang memandu dan rasa nak rempuh kereta dari arah bertentangan untuk melepaskan tekanan. Bagaimanapun, saya tak lakukannya kerana saya fikir balik apa gunanya buat macam tu sebab bukannya dapat menyelesaikan masalah pun,” – Rafiq, seperti yang dilaporkan MStar

Rafiq kata, keluarganya dan beberapa pensyarah antara yang beri kekuatan kepada dirinya untuk berusaha sehabis baik bagi menamatkan pengajian. Dia turut jadikan kebanyakan pemimpin dan tokoh negara yang berlatarkan pendidikan dalam undang-undang sebagai inspirasi.

Via Giphy

Rafiq akhirnya menamatkan pengajian pada awal tahun ni dan kini memulakan kerjayanya sebagai pelatih dalam kamar sebelum bergelar sebagai peguam.

“Saya syukur kerana akhirnya tamat pengajian setelah melalui tempoh kegagalan yang panjang dan terus berusaha untuk bergelar peguam dan mempunyai firma guaman sendiri. Ingatlah, kalau dah jatuh tujuh kali, kena bangun buat kali kelapan. Kerja keras sememangnya berhasil,” – Rafiq, seperti yang dilaporkan MStar

Kegagalan berlaku apabila kita tak bangkit dari kegagalan…

Kami dah macam atuk-atuk yang tengah nasihat cucunya yang nak tidur. Tapi betul weh, kegagalan dan penolakan adalah dua hal yang selalu dihadapi oleh kebanyakan orang. Lebih-lebih untuk mereka yang masih muda, kerana pada waktu itu; orang muda akan cuba macam-macam benda untuk cuba mencari identiti diri mereka.

Sesekali proses mencari diri ni memenatkan, kerana dihiasi dengan kegagalan. Tapi lihatlah cerita brother ni; setelah gagal berkali-kali, akhirnya dia masih berdiri dan berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *