Koronavirus tengah hangat dibincangkan, menariknya ada beberapa filem tentang virus

F1
Koronavirus tengah hangat dibincangkan, menariknya ada beberapa filem tentang virus

Koronavirus telah menggemparkan seluruh dunia, kami pun ada tulis beberapa artikel tentang virus ni. Cuma, korang jangan terlalu panik sehingga sanggup sebarkan segala fakta yang tak benar kat media sosial. Sebaiknya korang rujuk dahulu pihak yang bertanggungjawab sebelum menyebarkan sesuatu berita.

Kali ni kami bukan nak cerita pasal koronavirus secara terus, tapi kami nak cerita tentang filem yang berkisarkan tentang wabak atau virus yang menarik untuk korang tonton.

1. The Flu, filem yang mengisahkan tentang virus H5N1…

Untuk pengetahuan korang, filem The Flue adalah merupakan sebuah filem hasil arahan Kim Sung Soo yang mengisahkan tentang bandar Bundusang di Korea Selatan yang terjejas akibat virus H5N1 yang telah tersebar apabila trak kontena yang membawa pendatang haram sakit daripada negara Vietnam untuk diseludup ke Korea.

Penyakit tu membawa maut dan berjangkit yang mana menjadikan semua penduduk setempat terdedah kepada penyakit tersebut.

Akhirnya, pihak kerajaan terpaksa untuk menutup bandar Bundusang dan mengisytiharkan darurat. Namun, masalah lain pula telah timbul yang mana bandar tersebut mengalami kekurangan vaksin. Para penduduk telah dibawa ke kem-kem untuk dikuarantin kerana virus tersebut tersebar dengan lebih cepat pada kadar yang jauh lebih membimbangkan yang mana sesiapa sahaja yang dijangkiti oleh virus tersebut akan mati dalam tempoh 36 jam.

Filem ini telah dibintangi oleh pelakon terkenal antaranya ialah Jang Hyuk, Soo-Ae, Park Min-Ha dan Yoo Hae-Jin.

2. Inferno, virus yang dicipta untuk membunuh manusia…

Filem Inferno merupakan hasil arahan daripada bekas pemenang anugerah Oscar iaitu Ron Howard. Filem ni mengisahkan tentang bagaimana seorang jutawan saintis iaitu Bertrand Zobrist (lakonan Ben Foster) yang mahu menjadi Tuhan dengan mencipta sejenis virus untuk membunuh manusia yang mana pada perspektifnya jumlah populasi manusia sudah berlebihan.

Zobrist nak lakukan pembunuhan itu sambil menyifatkan bahawa manusia wajar dihukum mengikut gambaran Inferno yang memiliki sembilan tingkat (neraka dalam bahasa Itali) seperti yang telah ditulis oleh seorang penulis terkenal iaitu Dante Alighieri.

Misteri demi misteri telah berjaya dirungkai sebaik sahaja watak protagonis, Robert Langdon bangkit dari lena dengan kecederaan di kepala yang telah menjadikannya hilang ingatan buat sementara waktu. Perlahan-lahan Langdon mula mencantumkan segala petunjuk yang dimilikinya dengan bantuan Dr. Sienna Brooks yang kemudiannya membawa para penonton kepada permasalahan sebenar di sebalik misteri yang berlaku.

3. Contagion, filem yang mengisahkan tentang virus H1N1 dan SARS…

Filem Contagion merupakan sebuah filem yang diarahkan oleh Steven Soderbergh. Filem ini dibintangi oleh para pelakon terkenal antaranya ialah Marion Cotillard, Bryan Cranston, Matt Damon, Laurence Fishburne, Jude Law dan Gwyneth Paltrow. Filem ini telah dapat sambutan ramai kerana kisah yang terdapat di dalam filem ini memaparkan penularan virus yang lebih kurang dengan kejadian virus H1N1 dan SARS.

Filem “Contagion” ini mengisahkan tentang kepantasan sejenis virus pembawa maut yang disebarkan oleh udara dalam hanya masa beberapa hari. Dalam pada masa wabak tersebut merebak dengan pantas, sepasukan doktor daripada seluruh dunia telah bergabung bergandingan bahu untuk mencari penawar dan cuba mengawal kepanikan orang ramai yang telah menular lebih cepat berbanding virus tersebut.

Kalau korang nak tahu, filem ini juga turut memaparkan sisi lain kehidupan insan biasa yang masih berjuang dalam masyarakat yang sedang bergolak.

4. Train To Busan, virus yang menukar manusia kepada zombi…

Korang mesti sangat tahu tentang kisah filem ini kan? Filem Train To Busan adalah merupakan sebuah filem dari Korea Selatan yang telah diarahkan oleh Yeon Sang-Ho. Filem ni dibarisi oleh para pelakon terkenal seperti Gong Yoo, Ma Dong-Seok, Jung Yu-Mi, Kim Su-An dan Kim Eui Sung. Untuk pengetahuan korang, filem ini telah berjaya memenangi beberapa anugerah terkemuka dalam beberapa festival filem yang diadakan di Korea Selatan.

Filem “Train To Busan” ini mengisahkan tentang seorang pengurus dana saham amanah iaitu Seok-Woo yang sangat sibuk dan sering mengabaikan anaknya Soo-Ahn. Bersempena dengan ulang tahun kelahiran anaknya, Soo-Ahn telah meminta Seok-Woo membawanya bertemu dengan ibunya yang berada di Busan setelah mereka dua bercerai.

Oleh sebab rasa serba salah dengan anaknya, Seok-Woo telah bawa anaknya ke Busan dengan menaiki kereta api KTX di Seoul. Sebelum berlepas daripada stesen Seoul, seorang wanita dengan luka gigitan di kakinya menaiki kereta api tersebut. Wanita itu kemudiannya telah bertukar menjadi zombi dan menyerang seorang pekerja kereta api yang kemudiannya juga bertukar menjadi zombi.

Via Giphy

Jangkitan dan virus tu merebak dengan pantas di dalam kereta api tersebut dan Seok-Woo dan para penumpang yang lain harus mencari jalan bagi menyelamatkan nyawa mereka.

5. Resident Evil, filem seram yang mengisahkan tentang virus T…

Filem Resident Evil adalah merupakan filem aksi seram tahun 2002 yang telah ditulis dan diarahkan oleh Paul W. Anderson. Filem ini dibintangi oleh Milla Jovovich, Michelle Rodriguez, Eric Mabius, James Purefoy, Martin Crewes, dan Colin Salmon. Untuk pengetahuan korang, ia juga merupakan sekuel pertama dalam siri filem Resident Evil yang diadaptasikan berdasarkan siri permainan video dengan nama yang sama.

Dengan eleman pinjaman dari permainan video Resident Evil dan Resident Evil 2, filem tersebut mengikuti heroin amnesiac Alice dan sebuah band Pertubuhan Umbrella Komando yang mana mereka cuba untuk membendung wabak virus T di kemudahan bawah tanah rahsia.

Filem ini menerima ulasan bercampur-campur dari pengkritik dan juga satu kejayaan box office, yang meraih lebih daripada $ 100 juta di seluruh dunia. Filem ini adea lima siri: Resident Evil: Apocalypse (2004), Resident Evil: Extinction (2007), Resident Evil: , Residen Evil: Retribusi (2012), dan Residen Evil: The Final Chapter (2016).

Cubalah tengok movie yang kami syorkan ni, dan jangan lupa jaga kesihatan!

Korang dah tengok tak semua filem-filem yang ada kat dalam senarai kat atas tu? Kalau belum, nanti korang cubalah tengok, filem yang kami suggest ni boleh tahan best. Apa-apa pun, macam biasa; kami nak akhiri artikel ni untuk nasihatkan korang supaya sentiasa berjaga-jaga, jaga kebersihan, dan cepat-cepat ke hospital kalau badan rasa tak sihat!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top