Sebelum imej Black Hole wujud, dah ada 5 filem yang cuba gambarkan

Baru-baru ni, heboh sedunia pasal foto kabur Black Hole atau lohong hitam. Satu dunia teruja. Penemuan ni penting sebab sudah lama kita cuma membayangkan lohong hitam dengan pelbagai rupa.

Tak nampak sangat buat masa ni, tapi ni satu permulaan yang baik. Kredit imej: The Verge

Idea Black Hole ni dipopularkan sudah popular sejak abad ke 18 oleh John Michell dan Pierre-Simon Laplace. Kemudian, Albert Einsten pada 1915 pun mula sahkan idea sebuah bintang besar yang gelap tapi miliki kekuatan graviti yang tinggi. Sejak tu, semakin ramai ahli fizik berlumba-lumba bina teori untuk faham keadaan Black Hole ni. Kumpulan Stephen Hawking pula sudah berjaya buat teori graviti untuk Black Hole pada 1974.

Dalam dunia filem pula, lohong hitam ni jadi salah satu elemen dalam cerita sains fiksyen. Tak heranlah, cuba bayangkan betapa seramnya jatuh dalam sebuah lubang gelap. Sudahlah tak tahu apa benda kat dalam lubang tu. Haa, begitulah lohong hitam yang dipaparkan dalam filem.

1. Filem Event Horizon (1997)

Filem yang terpaksa disunting berkali-kali kerana terlalu ngeri. Kredit imej: IMDB

Idea lohong hitam sebagai suatu ‘tiub masa’ banyak main peranan dalam filem ni. ‘tiub masa’ tersebut dipanggil lohong cacing atau wormhole. Ketika kapal tersebut melalui lohong cacing, ia buatkan ramai anggota krew gila sehingga membunuh diri sendiri atau satu sama lain.

2.  Filem Supernova (2000)

Ni pun filem sai-fai seram. Kredit imej: Wikipedia

Masa ni, lohong hitam cuma ikut kreativiti para pembikin filem. Dalam filem ni, lohong hitam cuma dipertonton sebagai kesan khas je. Filem ni mengisahkan sekumpulan angkasawan yang ditugaskan untuk penyelamatan di sebuah planet yang melombong ais. Sepanjang ekspedisi ni, mereka terjumpa sesuatu yang buatkan mereka tekad larikan diri. Letupan planet mereka terdampar tu akhirnya wujudkan lohong hitam.

Ni lah yang dikatakan supernova, dan akhirnya menjadikan lohong hitam. Kredit imej: Black Hole Encyclopedia

3.  Filem Zathura: A Space Adventure (2005)

Cerita sai-fi untuk kanak-kanak pun ada juga tentang lohong hitam. Kredit imej: Wikipedia

Bukan semua cerita sains fiksyen ni kena rentas ruang masa ataupun kena keluar masuk ke angkasa. Filem Zathura ni mengisahkan sepasang adik beradik yang terjumpa permainan papan seperti Jumanji. Apabila permainan sudah dimulakan, kena habiskan supaya dapat sampai ke destinasi; sebuah tempat yang dinamakan Zathura. Lohong hitam jadi butang ‘reset’ dan semuanya bertukar normal.

4. Filem Star Trek (2009)

Siap ada ‘signature’ lagi. Dah boleh print, letak kat bilik korang. Kredit imej: Amazon.com

Penggemar filem sains fiksyen mesti pernah dengar Star Trek, kan? Ni merupakan salah satu cerita sains fiksyen yang paling lama ditayangkan di Amerika Syarikat dan sangat nostalgik buat generasi 60-an hingga sekarang. Nero, orang jahat dalam filem ni sudah guna alat pengembaraan masa untuk kembali ke masa silam dan hancurkan Vulcan dan manusia sebagai usahanya membalas dendam. Lohong hitam dalam filem ni kesan dari sebuah cecair hebat yang boleh musnahkan planet.

5.  Filem Interstellar (2014)

Dalam poster pun dah nampak macam mana idea kasar pasal lohong hitam dalam imaginasi Christopher Nolan. Kredit imej: Hero’s Journey

Antara filem yang menonjolkan elemen lohong hitam terbaik dan paling dekat dengan foto lohong hitam terbaharu. Filem ni mengisahkan sepasukan angkasawan ditugaskan untuk cari planet baru supaya manusia boleh tinggalkan Bumi untuk hidup di planet lain. Terdapat beberapa planet yang sesuai untuk manusia, tapi jaraknya dengan sebuah lohong hitam besar dinamakan ‘Gigantua’ agak dekat.

https://www.youtube.com/watch?v=YdSz12Glhlw

Kami dapat simpulkan bahawa bukan setakat rupa, malah kegunaan lohong hitam juga berbeza dalam filem-filem sains fiksyen yang dibikin. Haa, ada tak filem kegemaran anda dalam senarai ni? Jangan lupa kongsikan pada kami tentang filem, novel atau cerita pendek pasal lohong hitam di ruangan komen!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *