Ditanya pasal kahwin, lelaki ni tetak rakannya sehingga mati

Ditanya pasal kahwin, lelaki ni tetak rakannya sehingga mati
Untuk mulakan perbualan, macam-macam soalan yang kita boleh tanya. Selalunya kita akan tanya khabar, lepas tu akan tanya macam mana kehidupan? Lain pulak jadinya apabila ada seorang lelaki berang ditanya soalan “bila nak kahwin”, dia bertindak menetak kepala rakannya sebelum melarikan diri.
Dalam kejadian yang berlaku pada minggu lepas, suspek, Aswin, 52, menetak bahagian kiri kepala mangsa dengan sebilah parang. Suspek kemudian melarikan diri ke Puskesmas Ratahan, Indonesia, meninggalkan mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala.
Via Teh Panas
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital oleh orang kampung, namun meninggal dunia pada hari yang sama kerana kecederaan parah yang dialaminya. Ketua Polis, Ronny Minggu, berkata, pihaknya telah menahan suspek di kediamannya dan akan didakwa kerana membunuh.
Siasatan awal mendapati, kes itu berpunca dari mangsa yang sering bertanya soalan klise “Bila nak kahwin?” yang menyebabkan suspek tersinggung. Difahamkan, teman wanita suspek kini sedang mengandung. Mesti dia stresslah tu sebab ditanya soalan macam tu, apa-apa pun perbuatan tetak orang tu memang salah!
Pesanan ringkas daripada kami kat ORANGKATA, bila nak bawak member berbual tu, pastikanlah topik yang korang nak bawa tu tak menyakitkan hati dan perasaan dia. Sebabnya kami tak nak isu macam ni berulang. Bab-bab kahwin ni sensitif kot, lebih-lebih lagi nak raya ni – mesti akan banyak mak cik dan pak cik bawang akan tanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print