Lelaki ni terselamat daripada nahas kapal terbang disebabkan lambat sampai

Baru-baru ni Ethiopian Airlines mengesahkan 149 penumpang bersama lapan kru di dalam pesawat miliknya yang terhempas terkorban. Pesawat Ethiopian Airlines ET302 itu dilaporkan terhempas selepas enam minit ia berlepas dari Addis Ababa pada jam 8.44 pagi waktu tempatan ke Nairobi, Kenya pada Ahad (10 Mac 2019). Takziah buat keluarga mangsa yang terkoban.

Tapi…bak kata pepatah Melayu – tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia takda siapa yang tahu. Ada orang yang terselamat daripada nahas kapal terbang yang mengerikan tu. Sebabnya dia mewarisi sesuatu yang sering dikaitkan dengan masyarakat Malaysia – iaitu datang lambat. Nyawa dia terselamat sebab dia lambat datang.

Nyawa lelaki ni terselamat sebab dia tertinggal flight…

Nama mamat yang terselamat ni Antonis Mavropoulos – dia kata pintu masuk dah ditutup apabila dia cuba untuk masuk ke pesawat dan dia sempat melihat penumpang-penumpang lain sedang beratur di dalam terowong untuk memasuki pesawat tersebut. Kesemua 157 penumpang di dalam pesawat itu meninggal akibat terhempas.

Antonis Mavropoulos berkongsi sebuah gambar di Facebook dengan tajuk “My Lucky Day”, dan tulis sebab-sebab mengapa dia terlepas pesawat ET302. Pada pukul 8.38 pagi, pesawat tu berlepas dari Addis Ababa Bole International Airport dan hilang hubungan enam minit lepas tu. Penumpang pesawat Boeing 737 MAX 8 terdiri daripada 149 penumpang dan 8 krew.

Saya terselamat. Via FB Antonis

Mavropoulos ni berasal dari Greece dan tengah kerja di syarikat kitar semula. Dia terbang ke Nairobi untuk menyertai Persidangan Alam Sekitar dan perlu mengambil pesawat sambungan di Addis Ababa. Ketika pesawat pertama dia tiba di Ethiopia, Mavropoulus beritahu siaran berita Greek, Skai TV, dia ada kurang daripada 30 minit untuk pergi ke pintu pelepasan pesawat sambungannya.

“Ketika saya tiba, pintu pelepasan sudah ditutup dan saya dapat lihat penumpang terakhir berada di dalam terowong (untuk masuk ke dalam pesawat), “Saya menjerit kepada mereka untuk membenarkan saya masuk tetapi saya dihalang,” – Mavropoulos dalam paparan Facebook beliau yang kini sudah viral.

Terus pegawai keselamatan di airport tu kata; hang patut bersyukur sebab tak naik kapal terbang tu…

Mavropoulos beritahu Skai TV bahawa dia berasa sangat marah tetapi seorang pegawai lapangan terbang terus meminta maaf dan membantu dalam menyediakan tiket untuk menaiki pesawat yang akan terbang pada lewat pagi hari yang sama.

Selepas menunggu selama tiga jam, Mavropoulos berkata dia sudah bersiap sedia untuk menaiki kapal terbang seterusnya. Tiba-tiba, beliau ditahan oleh dua pengawal keselamatan dan diberitahu bahawa beliau tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat tersebut atas faktor keselamatan.

Pihak pengawal keselamatan tersebut kemudiannya membawa dia ke pihak atasan. Selepas tu, pihak atasan memberitahu dia – supaya tidak marah dan saya patut bersyukur kerana menjadi satu-satunya penumpang yang tidak menaiki ET302 yang masih hilang.

Via Tenor

“Pada mulanya, saya fikir dia bohong tetapi dari caranya saya tidak berasa ragu-ragu lagi,” kata Mavropoulos.

Pegawai keselamatan lapangan terbang kemudiannya membuat semakan latar belakang Mavropoulos dan punca dia tidak menaiki pesawat tersebut, tulis Mavropolous. Sementara menunggu, dia terbaca berita terkini berkenaan ET302 dan segera menelefon keluarganya untuk memaklumkan bahawa dia tiada di dalam kapal terbang tersebut.

Dia siap kata – tepat pada masa itu, saya hampir pengsan kerana berasa sangat beruntung. Mavropoulos menambah dia percaya dia terlepas pesawat itu kerana tempoh masa pesawat sambungan yang sangat singkat dan tiada bagasi yang didaftar masuk.

Dalam dunia ni tak ada yang kebetulan, semua ada hikmahnya…

“Saya menulis paparan tersebut kerana saya ingin memberitahu semua orang setiap utas benang – setiap kebetulan –  yang menjadi punca nasib saya melekat pada utasan benang yang bernasib baik. Ada pelbagai campuran benang yang tidak kita rasai – tetapi apabila satu utas benang terputus, semua akan turut putus dengan serta-merta.”

Mavropoulos mengakhiri paparannya dengan kata-kata daripada artis Rock berbangsa Inggeris, Jethro Tull, “Maybe not too old to rock n roll – but certainly too young to die.” (Mungkin terlalu tua untuk rock n roll – tapi terlalu muda untuk mati)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *