LIMA pembedahan yang buat muka orang jadi menakutkan, ada yang siap nak jadi binatang

Eric Sprague1

Secara umumnya, pasti semua orang kat dalam dunia ni nak ada fizikal yang cantik dan lawa. Sehinggakan ada yang sanggup untuk melakukan pembedahan plastik demi dapatkan fizikal yang mereka impikan. Namun, tak semua pembedahan plastik tu akan berakhir jadi indah. Kat bawah ni kami senaraikan pembedahan plastik yang bertukar menjadi mimpi ngeri dalam hidup mereka.

1. Jocelyn Wildenstein, mempunyai wajah yang menyerupai raksasa…

Dia dikenali melalui akhbar dan sangat terkenal dengan jolokan “The Bride of Wildenstein” yang merujuk kepada The Bride of Frankenstein. Jocelyn Wildenstein didakwa telah membelanjakan hampir US$4,000,000 kepada pembedahan kosmetik selama bertahun-tahun dan telah berakhir dengan sebagai salah satu kes pembedahan plastik yang paling buruk dan terkenal.

Jocelyn Wildenstein Botched Surgery Photos
via : eh.com.my

Pada akhir 1970-an, Jocelyn Wildenstein merupakan seorang wanita yang sangat cantik dan merupakan ibu kandung kepada dua orang anak hasil daripada perkahwinannya dengan seorang peniaga seni yang sangat kaya. Perkahwinan mereka berakhir apabila Jocelyn menangkap suaminya berada di atas katil bersama seorang model Rusia berumur 21 tahun.

Kalau korang berada kat tempatnya, mesti korang akan berfikir untuk mengaut segala duit milik suaminya kan? Tetapi tidak bagi Jocelyn kerana sebaliknya dia memutuskan untuk memenangi cinta suaminya dengan menjadikan dirinya lebih cantik menerusi pembedahan. Walaupun suaminya telah meninggalkannya, dia tetap akan sentiasa melakukan pembedahan plastiknya itu.

2. Pete Burns, menghabiskan wang simpanannya untuk lapan belas pembedahan…

Untuk pengetahuan korang, Pete Burns adalah merupakan seorang bekas penyanyi band British Dead or Alive yang sangat popular dengan lagu berjudul “You Spin Me Round (Like a Record)”, mempunyai suntikan polyacrylamide yang luas di bibirnya bersama dengan implan di pipi dan beberapa pembentukan semula hidung serta tatu. Pada awal tahun 2006, Pete Burns telah mendedahkan bahawa dia telah menghabiskan hampir kesemua wang simpanannya untuk melakukan lapan belas bulan pembedahan rekonstruktif selepas prosuder pada bibirnya mengalami kegagalan.

Zhertvi Krasoti 12 Lyudej Izurodovavshih Sebya Plastikoj
via : commercialbuildinginspectorsnetwork.com

3. Dennis Avner, juga digelar sebagai manusia harimau…

Dennis Avner yang juga sangat dikenali dengan gelaran sebagai “Catman” atau nama Amerika aslinya iaitu “Stalking Cat” telah menjalani satu pembedahan yang sangat luar biasa untuk kelihatan seperti seekor harimau. Pengubahsuaian yang telah Dennis Avner lakukan adalah termasuk tatu yang luas, implan transdermal yang mana berfungsi untuk membolehkan misai tumbuh, implan subdermal untuk mengubah bentuk muka dan pembentukan gigi untuk menjadikannya kelihatan seperti gigi harimau. Korang rasa seram tak?

Dennis Avner
via : geewi.com

4. Hang Mioku, wanita Korea yang ketagih menyuntik minyak masak ke wajahnya…

Salah satu kes pembedahan plastik yang paling mengerikan adalah kisah pembedahan plastik Hang Mioku. Hang Mioku merupakan seorang wanita berusia 48 tahun yang berasal dari Korea Selatan. Dia menjadi sangat ketagih dengan pembedahan plastik sehingga tidak dapat dikenali kerana dia terlalu obses untuk menyuntik minyak goreng ke wajahnya.

Akibat daripada kerap melakukan perkara tu, mukanya mula kelihatan besar dan cacat. Malah, pakar bedah yang dikunjunginya enggan melakukan lebih banyak kerja padanya dan salah seorang daripada pakar bedah yang ditemuinya menganggap bahawa obsesinya terhadap pembedahan plastik adalah merupakan salah satu bentuk gangguan psikologi.

6141
via : rebelcircus.com

Struktur muka Hang Mioku telah menjadi sangat besar sehinggakan dia dipanggil sebagai “Kipas Berdiri” oleh kanak-kanak di kawasan kejiranan kerana bentuk mukanya yang besar tidak sesuai dengan bentuk tubuhnya yang kecil. Sebaik sahaja kisah Hang Mioku tersebar luas dan dipaparkan di televisyen Korea, para penonton yang melihat berasa kasihan kepada dirinya dan telah menghantar sumbangan derma kepadanya bagi membolehkannya menjalani pembedahan untuk mengecilkan saiz mukanya.

Pada sesi pertama, pakar bedah berjaya mengeluarkan 60g bahan asing dari muka Hang Mioku dan 200g daripada lehernya. Selepas beberapa sesi lain, saiz wajahnya berjaya dikecilkan dengan banyak tetapi masih luka dan cacat yang mana merupakan cabaran besar buat pakar pembedahan plastik Korea.

5. Eric Sprague, manusia yang mengubah dirinya menjadi reptilia…

Eric Sprague telah dilahirkan pada tahun 1972 dan merupakan salah seorang manusia terawal yang mempunyai lidah berpecah ataupun bercabang yang terdapat di muka bumi ini. Lelaki berusia 37 tahun ini telah mengubah dirinya menjadi reptilia melalui proses mencacah tatu yang mana telah berlangsung selama 700 jam, lima tanduk Teflon yang telah ditanamkan di bawah kulit keningnya, memalsukan giginya menjadi taring tajam, bifurasi lidahnya dan peregangan septum serta telinga yang mana akhirnya menjadikan Eric Sprague seorang manusia cicak.

1467948826 Small
via : piercing59.skyrock.com

Lebih baik bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ni…

Korang dah tengok kan semua pembedahan plastik yang ada kat atas tu? Seram tak? Sebaiknya kita sebagai manusia ,haruslah lebih menerapkan rasa syukur dalam setiap diri individu agar kita tak buat benda-benda yang pada akhirnya akan merugikan diri kita sendiri macam apa yang ada kat senarai di atas tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *