Pasangan Jepun ini terpengaruh dengan video masakan Sugu Pavitra, sanggup guna Google Translate

F1
Pasangan Jepun ini terpengaruh dengan video masakan Sugu Pavitra, sanggup guna Google Translate

Apa khabar, rakyat Malaysia? Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, macam-macam hal kita dengar, kan? Daripada kisah netizen lawan artis, netizen kecam golongan kayangan, kemudian netizen kritik budak universiti nak balik rumah… Rupa-rupanya, musim kuarantin ini, netizen banyak betul masa.

Tapi tak semua benda yang tular itu negatif, kan? Baru-baru ini, tular di media sosial pula pasal pasangan Sugu Pavitra yang meraih subscribers lebih 100k. Jadi, bila dah cecah 100k subcribers ni, YouTube akan bagi “gaji” la. Selain tu, YouTubers yang dah dapat 100k subscirber ni akan dapat plat “Silver Button”.

Youtube Silver Play Button Adafruit
Kepada yang tak tahu macma mana rupa “Silver Button” tu, inilah dia… Via Adafruit blog

Ramai yang puji pasangan ni sebab diorang buat video simple-simple je. Tak ada guna barang-barang grand macam Chef kat TV. Bahan-bahan memasak pun bahan yang senang dapat. Jadi sebab tu lah ramai yang suka dengan video masakan diorang,

Bukan saja rakyat Malaysia yang mencuba resepi diorang… orang Jepun pun gigih ikut resepi diorang guna Google Translate!

Pasangan Jepun yang sanggup guna Google Translate dan buat bahan sendiri

Kepada yang tak tahu, ada satu channel YouTuber nama “iChang” yang boleh dikatakan popular juga dalam kalangan netizen Malaysia di YouTube. Channel ini dikendalikan oleh pasangan Jimmy-Ichang yang merupakan rakyat Jepun tapi menetap di Hong Kong. Okay… apa kaitan dengan Malaysia?

Kisahnya macam ni… pasangan ini pernah mengembara ke Malaysia. Banyak negeri jugalah mereka pernah singgah selain KL macam Pulau Pinang dan Johor. Menariknya, mereka berdua sangatlah suka dengan Malaysia. Jadi bila balik Hong Kong, mereka rindu makanan-makanan di Malaysia.

Apa yang mereka buat? Mereka cuba memasak menggunakan resepi dari YouTube dan internet. Dan… yang paling mengagumkan, mereka tonton video cara masak kari dari channel Sugu Pavitra.

Bukan saja gigih guna Google Translate, mereka juga buat serbuk kari sendiri sebab kat Hong Kong susah nak cari jenama Babas. Selain buat serbuk kari, Jimmy, suami Ichang pergi tebas sendiri daun pisang. Itu pun diorang tonton cara menebas di YouTube. Gigih, kan?

Selain kari ayam dari Sugu Pavitra, mereka juga dah buat roti canai, nasi lemak, dan nasi kandar. Episod Nasi Kandar ini lawak sikit, sebab ada satu video mereka semasa berada di Malaysia, mereka belajar cara ‘order’ nasi kandar dari YouTuber Malaysia di Jepun. Diorang punya terpengaruh tu, sampai hari ini bila buat video masakan, mereka sebut “makan bos” semasa sesi mukbang di hujung video.

Episod terbaru, mereka rujuk video Sugu Pavitra lagi untuk buat ‘french fries’.

Sugu Pavitra memang antara yang paling banyak dirujuk dalam video-video Ichang. Kali ini, dalam video terbaru, mereka buat ‘french fries’ pula. Lebih menarik, mereka buat Burger Ramly sekali. Untuk menggamit suasana gerai burger di Malaysia, Jimmy buat sendiri ‘gerai burger Ichang’ di luar rumah mereka.

Ichang
gigih ya bukak gerai di luar rumah – via YouTube

Makanan di Malaysia adalah pesona yang menarik tumpuan masyarakat antarabangsa

Malaysia bukan saja kaya dengan kepelbagaian kaum dan etnik, tapi makanan di Malaysia juga sedap-sedap. Kalau tak, takkanlah orang Jepun pun mengidam makanan dari Malaysia, kan? Walaupun musim pandemik ini telah mengurung masyarakat seluruh dunia, tapi dalam masa yang sama juga, banyak masa terluang bersama keluarga.

Sugu Pavitra dan pasangan Ichang ini patut dicontohi oleh para suami isteri. Memasak bukan saja aktiviti yang melibatkan golongan isteri dan anak perempuan saja, tapi suami juga boleh mainkan peranan. Tolong tumbuk bahan dalam lesung ke, tolong rasa makanan ke, barulah rumah tangga harmoni, tak gitu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top