Presiden Perancis marah tentera Israel, rupanya Perancis ada kawasan di Israel

F1

Sejak beberapa hari ni, fokus kita tertumpu pada coronavirus virus, menyebabkan kita terlepas benda-benda lain. Ia menunjukkan betapa masalah kesihatan ni boleh sebabkan perhatian kita tertumpu sepenuhnya pada hal yang boleh datang mudarat pada tubuh badan kita. Hari ni kami nak bawak korang sembang benda lain pulak.

Tentang Israel, sebab baru-baru ni timbul kekecohon di sana…

Israel kurang ajar, ganggu lawatan Presiden Perancis ke gereja milik kerajaan Perancis

Bersempena dengan forum Fifth World Holocaust Forum, Presiden Perancis, Emmanuel Macron, turut menyertai persidangan ni. Dalam masa yang sama, sebagai pemimpin negara Perancis, dia melakukan lawatan ke beberapa tempat di Israel, termasuklah kawasan milik kerajaan Perancis seperti Church of St Anne di Jerusalem.

St Anne
Gereja St Anne di Jerusalem adalah milik Perancis. Via BBC

Kekecohan timbul apabila pengawal Israel cuba nak masuk gereja tersebut sebelum Presiden Macron masuk. Tindakan kurang ajar tu telah menyebabkan Presiden Macron berang kerana menyalahi peraturan dan etika. Tambahan pula, sudah terang lagi bersuluh, kawasan gereja itu milik kerajaan Perancis dan Israel takde hak ke atasnya, apatah lagi nak menggangu lawatan Presiden Perancis.

Situasi yang sama juga pernah berlaku pada tahun 1996, apabila Presiden Perancis pada waktu tu, Jacques Chirac hilang sabar bila diprovok oleh pengawal Israel di gereja yang sama. Lebih kurang ajarnya, pengawal Israel tu suruh Presiden Chirac baliklah negara sendiri. Tapi Presiden Chirac bertegas takkan tinggalkan gereja itu sampai pengawal Israel itu tinggalkan kawasan gereja Perancis itu.

Gereja St Anne adalah hadiah dari Khalifah Uthmaniyyah kepada Perancis sejak 1856

Semestinya anda tertanya-tanya, macam mana sebuah gereja di Israel boleh dimiliki oleh kerajaan Perancis, kan? Sebenarnya, gereja ini dihadiahkan oleh Khalifah Uthmaniyyah kepada Perancis pada tahun 1856. Khalifah Uthmaniyyah sangat menghargai jasa dan bantuan Perancis semasa Perang Crimean. Dalam Perang Crimean ini, Perancis dan British bersekutu dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah bagi menghalang kemaraan tentera Rusia.

95600 Slice
Crimean War. Via National Army Museum

Gereja ini juga jadi lambang perjuangan tentera Salib yang dipelihara sejak ditubuhkan sejak 1138. Dalam tradisi Kristian, gereja ini juga dipercayai merupakan rumah milik “Virgin Mary” atau Maryam bersama ibu bapanya.

Selain Gereja St Anne, Perancis turut memiliki banyak wilayah di luar negara (Overseas Territory)

Ramai yang tak tahu, sebenarnya negara Perancis mempunyai banyak wilayah di luar negara mereka. Seperti Pulau Hawaii yang sebenarnya berada dalam negara Amerika Syarikat walaupun kedudukan geografi berasingan, begitu juga dengan beberapa wilayah Perancis ini.

Kawasan Perancis Di Luar Negara
Inilah kawasan Perancis di luar negara – via Twitter

Di Jerusalem saja, ada 3 kawasan milik Perancis selain St Anne Church iaitu ‘abbaye Sainte-Marie de la Résurrection d’Abu Gosh (the abbey of St Mary of the resurrection of Abu Gosh), le Tombeau des Rois (the tomb of the kings) dan the Eglise du Pater Noster (Church of Our Father).

Maison De Victor Hugo 1
Muzium di Pulau Guernsey, UK ini sebenarnya milik Perancis. Via DSLEV

Selain di Jerusalem, Perancis juga ada kawasan di bawah kedaulatan mereka iaitu 7 gereja di Vatican City, sebuah hutan sebesar 680 hektar di  Jerman (Fôret du Mundat), kawasan Villa des Médicis di Rome dan sebuah muzium, Maison de Victor Hugo di Pulau Guernesey di Selat Inggeris, UK.

Menceroboh kawasan di bawah kedaulatan sesebuah negara macam menceroboh sempadan negara tu…

Kita mungkin kurang faham kenapa isu pengawal Israel ini mencetuskan kemarahan Presiden Perancis. Mungkin juga kita kurang arif tentang kawasan-kawasan seperti ini kerana negara kita tak ada wilayah luar negara seperti Perancis ini.

Walaupun sekecil-kecil kawasan seperti gereja dan muzium, kalau ia di bawah kedaulatan sesebuah negara, kita tak boleh masuk sesuka hati. Prosedurnya samalah macam kita masuk sempadan negara mereka. Jadi, sebelum ke mana-mana, ambil tahu dahulu kawasan ini milik negara yang mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *