Kuasa anak muda, ini TIGA belia yang ada pencapaian yang membanggakan…

Doc76bxapaqlcly0ebsw9

Beberapa minggu ni, kita menerima berita yang membanggakan negara dan boleh dikatakan, kita boleh anggap mereka sebagai ‘pemecah rekod’ dalam sejarah pencapaian rakyat kita. Bagi generasi muda yang lain, pencapaian mereka ni boleh dijadikan kisah inspirasi agar dapat majukan diri dan harumkan nama negara.

Dapat biasiswa paling tua di dunia untuk sambung belajar…

Bila nak sambung pelajaran, bantuan berbentuk biasiswa ni lah yang selalu dapat bantu ramai orang masuk universiti dan buatkan mereka fokus nak belajar. Sebab tu lah mana-mana biasiswa, khususnya Biasiswa Rhodes ni menjadi perhatian ramai pelajar yang bercita-cita nak sambung belajar kat mana-mana universiti luar negara yang berprestij.

Via Giphy

Bayangkan ye, saingan nak dapat biasiswa tersebut memang sengit. Kelayakan nak terpilih menjadi calon dalam saringan pertama pun dah banyak syarat kena lepas terlebih dahulu. Kali ni, hanya 100 penerima je yang akan dipilih dari lebih 60 buah negara seluruh dunia.

Antara penerima yang terpilih adalah anak muda kita sendiri, iaitu Nurul Ezzaty binti Hasbullah yang baru berusia 23 tahun. Dia ni masih lagi tengah sambung belajar dalam jurusan kesihatan dan masyarakat di Universiti Pennsylvania, tapi kerana banyak aktif dalam beberapa projek sukarelawan yang besar seperti di Guatemala, London, Warsaw dan West Philadelphia.

Nurul Ezzaty Sabah Rhodes
Nurul Ezzaty ketika terlibat dalam projek kesukarelawanan di Sabah, Malaysia. -Via Says.com

Dia syukur sangat sebab terpilih jadi sebahagian daripada komuniti Rhodes, dan kejayaan ni bukanlah milik dia sorang je.

“Saya lahir dalam keluarga kelas pertengahan, daripada ibu bapa yang dah miliki pendidikan tertiari, dan dibesarkan dalam ibu kota di Malaysia. Menyedari pencapaian yang telah saya peroleh, bukanlah milik saya seorang, dan kepercayaan saya sebagai seorang Muslim, membakar semangat saya untuk gunakan peluang ni untuk belajar dan memperkembangkan diri…”- Nur Ezzaty, seperti yang dipetik oleh Says.com

Ezzaty Hasbullah Rhodes Scholarship
Via Tube Viral

Dia bakal menghabiskan jurusannya di Universiti Pennsvlyania dan sambung belajar di bawah biasiswa tersebut dalam jurusan Ijazah Sarjana di Oxford dalam bidang data sains sosial dan dasar awam.

Pecah rekod sejarah calon Malaysia dapat markah paling tinggi…

ACCA, atau dengan nama yang lebih panjang, The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) ni adalah badan profesional perakaunan bertaraf dunia berperanan untuk iktiraf sesiapa yang layak ditauliahkan sebagai seorang akauntan. Sebelum tu, mereka kena lalui ujian dulu.

Setakat ni, beberapa pelajar kita memang dah dapat markah tinggi. Contohnya, Wan Nor Mafudah pada tahun 2018 dapat 95 markah dan diangkat sebagai pelajar Malaysia yang pertama dapat anugerah pelajar terbaik dunia dalam bidang perakaunan.

Wan Nor Mafuzah Acca
Wan Nor Mafudah bersama ibu bapanya. Via Says.com

Setahun lepas tu, muncul sorang lagi anak muda dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang pecah rekod Wan Nor Mafudah iaitu dengan 100 markah untuk sesi Julai-Disember 2019. Hakeem Mohammad Akmal yang berusia 18 tahun ni mengakui dia takde ambil subjek perakaunan ketika peringkat SPM. Namun atas berkat ilmu yang diberi oleh para pensyarah, usahanya membuahkan hasil juga.

Disiplin dan penjagaan masa pun penting juga. Memetik kata-katanya dari Berita Harian:

“Saya juga sama seperti orang lain melakukan aktiviti bersama rakan seperti menonton filem dan bersukan tetapi sentiasa meletakkan batasan dan memantau jadual aktiviti dan menyeimbangkannya dengan pelajaran…” – Hakeem Mohammad Akmal, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, pada 6 Disember 2019

Banner Hakeem Acca Full Mark
Via Twitter

Dia merupakan seorang pelajar Fakulti Perakaunan sebelum ni dah lanjutkan pengajian dalam program profesional perakaunan Certified Accounting Technician (CAT) sejak Julai 2019. Bercita-cita nak sambung belajar di ACCA yang berpusat kat London dan ingin meneruskan kerjaya dalam bidang percukaian di Malaysia; Hakeem buktikan anak Malaysia boleh berjaya dalam ujian perakaunan yang utama dan paling popular digunakan seluruh dunia.

Logo Visit Malaysia 2020 buruk sangat, nasib baik kita ada…

Kalau korang ingat lagi pada Januari 2018, ramai warganet kita tak puas hati pasal visual logo yang dikatakan tak menarik langsung dan ‘kebudak-budakan’. Selain tu, logo tu juga dikatakan nampak tak profesional dan rekaannya seperti dihasilkan dengan menggunakan Microsoft Paint.

Logo Perbandingan Visit Malaysia
Via Mashable SE Asia

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ketika itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pertahankan logo sebelumnya.

“Kami memiliki jabatan dalam kementerian sendiri dan mereka bertanggungjawab untuk mereka cipta semua logo sejak Tahun Melawat Malaysia yang pertama (1990) sehingga sekarang yang merupakan logo kelima… Kami tidak membayar kepada mana-mana syarikat pengiklanan untuk membuat rekaan tersebut…Saya lebih percayakan kakitangan sendiri daripada netizen. Lagipun, ia bukan ditujukan buat orang tempatan, sebaliknya untuk pelancong,” – Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, seperti yang dipetik oleh Mstar pada 28 Januari 2018.

Kemudian, sinar baharu terbit jua… Pada 11 Mac 2019, kerajaan PH ambil keputusan untuk buka penyertaan untuk penciptaan logo terbaharu menggantikan logo Visit Malaysia yang lama. Ni barulah kami sokong, berilah orang muda nak tonjolkan bakat kreatif mereka. Akhirnya ia dimenangi oleh Alfred Phua Hong Fook, yang berusia 23 tahun dengan logo yang lebih menyerlahkan ciri-ciri Malaysia.

Doc76bxapaqlcly0ebsw9
Alfred Phua Hong Fook, bersama logonya terpampang di sebuah kapal terbang. -Via The Star

Logo tersebut menurut Alfred, hanya disiapkan dalam masa 10 hari! Dia merupakan graduan dari INTI Centre of Art & Design di Subang Jaya cuba fikirkan rekaan yang betul-betul melambangkan Malaysia dan pada masa yang sama, mudah dilihat di mana-mana saja.

Logo Malaysia Maksud 2020
Via The Rakyat Post

Kena percaya tenaga muda, beri ruang perkembang bakat tersendiri…

Ketiga-tiga kisah yang kami himpunkan ni seharusnya jadi inspirasi kepada generasi muda, dan menjadi bukti kepada semua rakyat terutamanya kepada kerajaan dan generasi lama bahawa tenaga muda tu perlu. Kalau tak diberi ruang seluasnya untuk mereka tunjukkan bakat mereka, bagaimana nak majukan generasi muda kita?

Via Giphy

Orang muda kita memang dah semakin bijak, berpendidikan, matang dan mempunyai bekalan idea kreatif yang lebih segar berbanding generasi lama. Dah sampai masanya kita kena lebih celik terhadap keupayaan belia dan lebih percaya dengan kemampuan mereka dalam segenap aspek pembangunan negara. Bukannya hanya nak jadikan belia sebagai sasaran undi politik je.

Kami ucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan para belia yang dah berusaha sebaik mungkin nak mantapkan bakat, lanjutkan pendidikan dengan cita-cita nak majukan negara. Kejayaan mereka adalah milik kita semua; yang penting kita kena bagi sokongan dan dorongan secukupnya kepada mereka.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *