AGONG letak jawatan? Kami ramalkan siapa next Agong

AGONG letak jawatan? Kami ramalkan siapa next Agong

Baru ja kejap tadi, Sultan Muhammad V letakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa hari ini. Benda ni buat ramai kecoh, group WhatsApp dah ‘hang’ sebab makcik dan pakcik bawang dalam tu datang dengan macam-macam teori. Kalau dikumpulkan teori-teori yang ada – boleh buat novel setebal novel Salina karya A. Samad Said.

Novel Salina. Via AkuDanRasa

Gila tak kecoh, ni kali pertama Agong letak jawatan. Punyalah banyak politikus yang orang awam minta letak jawatan – alih-alih Yang di-Pertuan Agong pula yang letak jawatan. Kalau nak baca kenyataan rasmi berkenaan peletakan jawatan Agong, boleh rujuk di sini. 

Kami tengok sistem giliran Sultan untuk jadi Agong

Mari kita imbau sedikit sejarah insititusi Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Ini adalah giliran untuk Sultan menjadi Agong mengikut sistem giliran;
1 – Negeri Sembilan
2 – Selangor
3 – Perlis
4 – Terengganu
5 – Kedah
6 – Kelantan
7 – Pahang
8 – Johor
9 – Perak

Via Sentiasa Panas

Kalau ikut giliran yang ada dalam ni, sepatutnya Sultan yang bakal jadi Agong yang seterusnya adalah Sultan dari negeri Pahang. Tapi, apa-apa pun kita kena tunggulah pengumuman yang seterusnya. Sebab untuk lantik Agong ni pun ada prosuder yang banyak dan rumit. Banyak hal yang perlu dipertimbangkan dan dibincangkan, bukan macam pilih ketua kelas kat sekolah, main angkat tangan je.

Ada juga Sultan yang tak pernah jadi Agong

Raja-raja Melayu selepas merdeka yang tak pernah jadi Yang di-Pertuan Agong ialah:
1. Sultan Ibrahim (Johor) – mangkat (m). 1959
2. Sultan Yusuf Izzuddin Shah (Perak) – m. 1963
3. Tuanku Munawir (Negeri Sembilan) – m. 1967
4. Sultan Abu Bakar (Pahang) – m. 1974
6. Sultan Ismail (Johor) – m. 1981
7. Sultan Idris Shah II (Perak) – m. 1984
8. Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Terengganu) – m. 1998
9. Sultan Ismail Petra (belum mangkat) (Kelantan)

Beberapa fakta menarik tentang Agong

Enam negeri – Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah dan Kelantan dah dua kali hantar Sultan mereka sebagai Agong. Perlis, Terengganu dan Kedah pula jadi negeri yang berjaya melengkapkan kitaran lima tahun pemerintahan Agong sebanyak dua kali.

Negeri Sembilan hanya lengkap lima tahun untuk sekali (Tuanku Jaafar) kerana Tuanku Abdul Rahman mangkat sewaktu menjadi Agong setelah tiga tahun jadi Agong.

Selangor dan Kelantan berkongsi nasib yang lebih kurang sama.

via Giphy

Selangor tak lengkap kedua-dua giliran sebab Sultan Sir Hisamuddin hanya sempat jadi Agong selama empat bulan setengah manakala Sultan Salahuddin menjadi Agong selama dua tahun setengah. Keseluruhan tempoh Agong dari negeri Selangor memerintah tak sampai pun tiga tahun.

Kelantan pun tak lengkap juga kerana Tuanku Yahya Petra mangkat setelah tiga tahun setengah menjadi Agong. Cucunda baginda Sultan Muhammad V pula meletak jawatan sebagai Agong setelah dua tahun memerintah.

Negeri Pahang, Johor dan Perak menunggu giliran kali kedua untuk menghantar Sultan mereka sebagai Agong. Jadi kemungkinan besar Agong yang seterusnya akan datang dari Pahang, Johor atau Perak. Anda rasa siapa yang akan naik?

Pengundian sulit Raja-Raja Melayu seramai sembilan orang akan menentukan siapakah Agong yang ke-16. Buat masa ini dijangka Timbalan Agong, Sultan Nazrin akan memangku tugas-tugas Agong.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print