Beberapa pemimpin Bersatu sedang hadapi pertuduhan rasuah

f1 min (16)

Pada Mei tahun ini, bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa di Mahkamah Sesyen di atas tuduhan meminta rasuah RM350,000 bagi membantu syarikat mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

“Faham (pertuduhan), saya mohon dibicarakan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, bekas Setiausaha Politik kepada Hamzah yang juga bekas Menteri Dalam Negeri itu didakwa meminta wang suapan berjumlah RM350,000 daripada Pengarah Urusan Nexuscorp Group Sdn Bhd, Wan Azhar Mohamed Yusof.

Ia sebagai upah membantu syarikat berkenaan mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti untuk peralatan infrastruktur, server, perisian serta radio pengguna sistem RMPNET PDRM bernilai RM381,112,042.44.

Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat syarikat terbabit di Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, di sini, jam 4 petang pada Disember 2020 mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan mengikut Seksyen 24 (1), tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Farhana Ismail, berkata tertuduh dibenarkan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas tuduhan rasuah.

“Syarat tambahan pasport disimpan Mahkamah (Sesyen Kuala Lumpur) hingga kes selesai, tiada gangguan terhadap saksi pendakwaan dan melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur setiap bulan.

“Sekiranya membenarkan tertuduh dijamin dalam kes ini (Mahkamah Sesyen Shah Alam), kami mohon jaminan dan syarat dikenakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur diguna pakai dalam kes ini,” katanya.

Fatin Farhana juga mengesahkan memohon untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Peguam bela Sayed Amir Muzzakkir, Md Yunos Shariff, menyokong permohonan pihak pendakwaan supaya menggunakan jaminan sama dan memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, sebelum hakim membenarkan permohonan itu.

Semalam, Sayed Amir Muzzakkir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menerima rasuah RM350,000 untuk tujuan sama. Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat Yayasan Tanah Aku, Solaris Dutamas, di sini, jam 4 petang, 4 Disember 2020 dan 3.30 petang 16 Disember tahun sama.

Pembelaan akan mengemukakan representasi

Peguam bekas setiausaha politik kepada mantan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu Mahkamah Sesyen, di sini pada Isnin bahawa, pembelaan akan mengemukakan representasi bagi mengkaji semula tiga pertuduhan suapan RM350,000 yang dihadapinya.

Ia membabitkan dakwaan kes rasuah berkaitan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). Semasa sebutan kes di hadapan Hakim, Rosli Ahmad, peguam, Md Yunos Shariff yang mewakili Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad berkata, representasi itu akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), bulan ini.

Beliau memohon, mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes untuk mengemukakan representasi bagi mengkaji semula semua pertuduhan tersebut. Mahkamah kemudiannya memutuskan 18 Oktober depan untuk prosiding kes seterusnya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Farhana Ismail berkata, pendakwaan telah menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada pihak pembelaan, menerusi e-mel.

“Kami akan memanggil 20 saksi pendakwaan untuk memberi keterangan, maka pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan kes,” katanya.

Mahkamah menjadualkan perbicaraan kes itu berlangsung selama 12 hari pada tahun depan, bermula 5 hingga 8 Mei, 26 hingga 29 Mei dan 23 hingga 26 Jun.

Ia didakwa sebagai upah untuk membantu syarikat itu mendapatkan tender Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian dan Radio Pengguna Sistem RMPNET Untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kementerian Dalam Negeri bernilai RM381,112,042.44.

Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat Yayasan Tanah Aku, di Solaris Dutamas Jalan Solaris Dutamas, di sini pada 4 dan 16 Disember 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun.

Ia termasuk didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Keesokkan hari, lelaki itu didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu meminta suapan RM350,000 daripada individu sama di pejabat syarikat itu, di Kawasan Perindustrian Seksyen 7, Shah Alam pada jam 4 petang, Disember 2020 lalu, bagi tujuan sama, dengan peruntukan sesyen yang serupa.

Ada kes lain berkaitan Bersatu yang perlu diketahui

Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, berhubung 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa, di Mahkamah Sesyen.

Semasa prosiding di hadapan Hakim, Suzana Hussin, Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh berkata, representasi berkenaan telah ditaklimatkan kepada AGC.

Bagaimanapun beliau berkata, permohonan Adam Radlan, 43, itu telah ditolak.

Mendengar perkara berkenaan, peguam, Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili pemimpin Bersatu itu mengesahkan prosiding terdahulu telah menetapkan tarikh-tarikh perbicaraan bermula November depan.

“Kami akan meneruskan pemeriksaan balas saksi pendakwaan pertama,” katanya.

Susulan itu, mahkamah menangguhkan prosiding itu kepada 13 November. Selain tarikh itu, bicara berkenaan akan dijalankan pada 15 Januari; 19, 20, 24, 25 Mac; 16, 17 Jun; 1 hingga 3 Julai dan 4, 5, 6, 11, 12 serta 13 Ogos 2025.

Mengikut pertuduhan, Adam Radlan didakwa atas satu pertuduhan meminta suapan wang tunai 3.5 hingga tujuh peratus daripada nilai projek yang akan diperoleh, daripada Mat Jusoh Mamat yang merupakan Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy.

Dia turut didakwa menerima suapan RM500,000 daripada individu sama sebagai upah, kerana membantu syarikat itu mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47.8 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *