BERSATU nak buka ahli kepada bukan Melayu, Ku Li gesa ahli Kabinet UMNO segera berundur

F1
BERSATU nak buka ahli kepada bukan Melayu, Ku Li gesa ahli Kabinet UMNO segera berundur

Ketika masyarakat Melayu berfikir gabungan parti politik Melayu akan membawa kepada kestabilan dan akan menjadikan Malaysia lebih makmur, nampaknya harapan ini perlahan-perlahan menghilang. Kita dulu selalu kritik Pakatan Harapan sebab diorang kadang-kadang bergaduh sesama sendiri, akhirnya muncul ‘idea’ yang kata; kalau gabungan parti politik tu hanya ada satu bangsa je, mesti ia akan stabil. Dalam erti kata lain, ramai yang guna formula – semua benda yang berlaku adalah salah DAP.

C482a7338b42462d8dd3dfa2bfd8e8ad 18
Kita memang perlukan satu sama lain. Via Twitter

Walaupun sesekali DAP agak gelojoh dalam isu-isu berkaitan bangsa, tapi bukan semua salah diorang. Nampaknya, gabungan parti yang semuanya Melayu bukanlah jawapan kepada permasalahan yang menghantui kita. Permasalahan bagaimana nak jadikan negara kita lebih baik dan bergerak ke hadapan. Pada akhirnya, kita kena akui – semua bangsa perlu bersama-sama bekerja, kerana Malaysia milik kita semua, bukan satu bangsa je.

BERSATU nak terima ahli bukan Melayu, nampaknya ia boleh jadi sebab mereka akan diceraikan

Baru-baru ni Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin cadangkan penubuhan sayap baru dalam parti yang akan membolehkan ahli sekutu bukan Melayu pegang jawatan. Dalam ucapannya kat Kongres Nasional 2020, Muhyiddin kata dia secara peribadi dah kemukakan usul tu dan dah tugaskan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Rais Yatim untuk meneliti penubuhan sayap berkenaan.

“Kami mencadangkan penubuhan chapter (sayap) baru yang akan membolehkan ahli bersekutu pegang jawatan,” – Muhyiddin, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Muhyiddin kata idea tu turut dikemukakan oleh pemimpin yang berucap pada kongres tu, termasuk Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santara yang ada memohon untuk bergabung dengan Bersatu. Menarik untuk kita melihat sejauh mana idea ni akan diterima oleh ahli-ahli Bersatu. Sebabnya kita tahu; kebanyakan ahli Bersatu yang ada pada hari ini berasal dari UMNO, atau lebih dikenali sebagai orang-orang yang tak dapat jawatan kat UMNO.

C482a7338b42462d8dd3dfa2bfd8e8ad 18
Bersatu. Via Harian Metro

Dalam erti kata lain, diorang menjadikan perjuang politik Melayu sebagai agenda utama ketika berpolitik. Ini belum lagi kita cerita tentang sekutu utama diorang yang ada dalam kerajaan hari ni – PAS dan UMNO. Kedua-dua parti ni memang konsisten nak pastikan parti diorang hanya didominasi oleh orang Melayu. Sekiranya BERSATU ambik keputusan untuk buka keahlian kepada masyarakat bukan Melayu, kemudian bagi jawatan tinggi kepada mereka, berkemungkinan BERSATU akan diceraikan oleh kedua-dua parti ini.

Bagi Ku Li, UMNO tak boleh buang masa dan perlu segera berundur dari Kabinet

Apa yang kami kata ni ada asasnya. Kini, BERSATU dikatakan tak layak untuk menganggotai Pakatan Melayu Islam yang didokong oleh Muafakat Nasional (MN), disebabkan pengumuman nak bukak keahlian kepada orang bukan Melayu.  Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa semua ahli UMNO yang jadi ahli Kabinet Perikatan Nasional agar berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang.

“Ini (berundur) patut dilakukan secepat mungkin supaya kita tidak membuang masa seperti untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang lebih besar seperti untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang lebih besar. Ia juga seperti kedudukan muda-mudi yang susah mencari pekerjaan dalam kita menghadapi pandemik COVID-19 yang mengancam negara pada masa ini,” – Razaleigh, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Kata Razaleigh, perkara macam ni patutnya dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO tak beberapa lama lagi. Katanya UMNO hanya memutuskan beri sokongan awal bagi penubuhan kerajaan untuk kestabilan politik negara.
Dia kata UMNO tak pernah jadi anggota kerajaan Perikatan Nasional, diorang hanya beri sokongan dari awal penubuhan kerajaan untuk jaga dan pelihara kestabilan politik negara.

C482a7338b42462d8dd3dfa2bfd8e8ad 18
Dua bendera, dapatkah bersama? Via KMU

Apa yang berlaku ni pun dah tunjukkan yang Perikatan Nasional (PN) tengah berada pada fasa tak stabil. Diorang sebenarnya tengah “berperang” sesama sendiri untuk menjadi yang paling berkuasa. Salah satu lagi bukti yang menunjukkan diorang tengah gaduh-gaduh manja adalah MIC yang tetiba tarik diri dari PN. Benda ni disahkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, keputusan MIC tu berlandaskan keputusan mesyuarat Dewan Tertinggi BN iaitu sokongan kepada PN hanya atas kapasiti Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

“Ini bererti, biarpun Perikatan Nasional itu mungkin didaftarkan dan disahkan penubuhannya, tetapi MIC bukan lagi sebagai anggota Protem Commitee atau jawatankuasa penaja kepada Perikatan Nasional itu,” – Zahid, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Selain tu, Zahid kata, parti-parti di bawah BN iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS tak menyertai PN sebagai parti komponen.
MIC pulak dikatakan tak berniat untuk mengkhianati parti-parti komponen dalam BN, khususnya UMNO apabila mendaftar dengan PN. Diorang kata wujud kekeliruan sehingga mendorong MIC buat keputusan itu. Diorang fikir UMNO dan BN akan menyertai PN selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Julai lepas.

Penyakit tak move on nampaknya masih berlaku dalam kerajaan Perikatan Nasional

Selain dari masalah koalisi politik yang tak stabil, nampaknya sesetengah individu dalam PN turut menghidap penyakit ini semua salah kerajaan terdahulu. Sesuatu yang dijumpai oleh beberapa menteri pada zaman PH dulu, nampaknya ia masih lagi diteruskan. Benda macam ni sebenarnya tak baik, apabila dah jadi kerajaan tu, baik fokus benda-benda yang berlaku hari ini. Memang benar, ada sesetengah hal yang berlaku adalah disebabkan kerajaan terdahulu, tapi kalau asyik nak ungkit benda ni je, orang naik bosan.

C482a7338b42462d8dd3dfa2bfd8e8ad 18
Contohnya. Via Twitter

Kita akan lihat sejauh mana krisis ni akan membawa kepada perpecahan dalam PN, dan jika ia berlaku – nampaknya PRU15 akan datang lebih awal daripada yang kita jangkakan.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top