Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
EkonomiIsu Semasa

Dividen KWSP tinggi, ada pihak yang tak berpuas hati

By Subeditor
March 5, 2025 4 Min Read
Comments Off on Dividen KWSP tinggi, ada pihak yang tak berpuas hati

Kenaikan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.30 peratus membantu meningkatkan tahap kesediaan persaraan rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang sekali gus memberikan jaminan kewangan lebih baik selepas bersara.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata peningkatan nilai dividen itu mampu mencapai nilai simpanan asas berjumlah RM390,000 sekali gus pencarum boleh mengeluarkan wang simpanan secara bulanan selama 20 tahun selepas bersara.

2992136
KWSP

Beliau berkata, dengan mengekalkan simpanan tersebut, maka ahli boleh menikmati kesan pengganda dan bersara dalam keadaan selesa.

“Di bawah Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) pencarum dilihat boleh mengeluarkan wang simpanan setelah bersara secara bulanan selama 20 tahun yang berjumlah RM1,625 di tahun satu dan meningkat kepada RM4,434 menjelang tahun ke 20. Sekiranya ahli mempunyai simpanan sebanyak RM1,000 pada usia 23 tahun dan mengekalkan simpanan sehingga berumur 60 tahun, maka boleh mencecah RM6,081.41 pada umur 60 tahun dengan andaian kadar dividen adalah lima peratus setahun.

“Pada pandangan saya tidak salah untuk mengeluarkan wang KWSP ini, tetapi apa yang penting ialah pencarum perlu membuat keputusan yang rasional dan tidak melakukan pembaziran,” katanya

MP Machang persoal mengapa dividen KWSP tinggi di luar kebiasaan

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membangkitkan penggunaan hampir keseluruhan pendapatan kasar yang diperolehi KWSP pada tahun lalu untuk pembayaran dividen. Bagi tahun lalu, KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, manakala jumlah agihan dividen pula sebanyak RM73.24 bilion, iaitu RM63.05 bilion untuk simpanan konvensional dan RM10.19 bilion untuk simpanan shariah.

wan ahmad fayhsal wan ahmad kamal re
Pernah dikenali sebagai ‘Mat Jargon’

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, kadar dividen 6.30 peratus untuk kedua-dua simpanan konvensional dan shariah yang diumumkan KWSP Sabtu lalu sebagai tidak sesuai kerana menggunakan hampir keseluruhan pendapatan kasarnya.

“Hampir keseluruhan pendapatan KWSP tahun lalu dibayar sebagai dividen berjumlah RM73.24 billion. Pemuda PH patut tanya, kenapa agaknya KWSP sanggup beri dividen yang tinggi kali ini? Ini di luar kebiasaan.

“Saya nak tanya juga, apakah mungkin kerana kritikan pembangkang yang semakin kuat ke atas pengurusan KWSP menyebabkan mereka cuba menenangkan para pencarum? Itu soalan kami kepada KWSP,” katanya pada sidang media di Parlimen

Sebagai perbandingan, jumlah pendapatan pelaburan KWSP pada 2023 adalah RM66.99 bilion, manakala jumlah agihan dividen pada tahun tersebut adalah RM57.81 bilion.

Wan Fayhsal minta pihak yang menuduhnya untuk menyaman

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencabar pihak yang mendakwanya mengeluarkan kenyataan berhubung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menyamannya segera.

Malah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu mendesak untuk ‘bertarung’ di landasan undang-undang sekiranya benar dia dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong pernah mengeluarkan kenyataan KWSP berada dalam keadaan kritikal dan bakal memberi dividen rendah.

“Saya ingin menjawab tuduhan fitnah yang dilemparkan ke atas saya dan Ka Siong yang dikatakan cuba menimbulkan kegusaran, panik, mengenai dividen KWSP. Tolong semak balik hansard (senarai penyata rasmi). Kalau betul saya dan Yang Berhormat Ayer Hitam salah dan telah menfitnah, saya cabar Angkatan Muda Pakatan Harapan (PH), saman kami sesegera mungkin,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Isnin.

Sebelum ini media melaporkan, Ketua Penerangan Angkatan Muda PH, Mohammad Ammar Attan mendakwa Ka Siong dan Wan Ahmad Fayhsal cuba menimbulkan panik dalam kalangan rakyat dengan mendakwa KWSP berada dalam keadaan kritikal dan bakal memberikan dividen rendah.

Selain itu beliau turut mendakwa dua ahli Parlimen itu berniat jahat semata-mata untuk meraih populariti politik murahan. Dalam pada itu Wan Ahmad Fayhsal mengingatkan Mohammad Ammar untuk peka dengan isu semasa dan fakta yang perlu disuarakan. Ujar beliau, Ammar sepatutnya mempersoalkan KWSP yang memberi dividen tinggi dan di luar kebiasaan.

“Apakah kerana kritikan yang semakin kuat ke atas pengurusan pelaburan KWSP oleh pembangkang dan backbenchers kerajaan menyebabkan mereka cuba pacify (menenangkan) pencarum? Saya faham sebagai ahli politik kerajaan, Ammar perlu menjadi benteng tetapi janganlah tabur fitnah kepada pembangkang yang cuba menyemak imbang dalam soal penjualan saham ini.

Wee Ka Siong juga menuntut Ketua Penerangan Pemuda PH Ammar Atan menarik balik kenyataan disifatkannya sebagai fitnah, berhubung komen presiden MCA itu mengenai dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Wee menafikan beliau berkata KWSP berada dalam keadaan kritikal, atau dana persaraan itu akan memberikan dividen yang lebih rendah, seperti yang didakwa Ammar. Beliau menjelaskan, komennya itu berkenaan dividen KWSP boleh jadi lebih tinggi daripada kadar 6.3% yang diumumkan hari ini.

Katanya, kadar dividen KWSP 2024 yang lebih tinggi tidak bermakna sebarang tiada kerugian berpunca daripada tindakan ‘jual murah, beli balik mahal’ saham MAHB.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1 min
Previous

Ramai khuatir apabila wartawan ditahan SPRM

f1
Next

Politik Sabah semakin hangat, bekas menteri dipenjara

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme