Pada 1 Syawal, Istana Negara mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Dewan Santapan Utama bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Majlis ini dihadiri kira-kira 2,000 orang termasuk beberapa menteri kabinet, perwakilan asing, dan tokoh terkenal daripada komuniti perniagaan.
Anehnya, isteri bekas Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mempersoalkan tindakan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad membawa anak-anaknya ke majlis ramah mesra Aidilfitri di Istana Negara. Datin Seri Norlin Shamsul Bahri, mempersoalkan tindakan Nik Nazmi melalui komentarnya di Instagram milik menteri itu.
“Wah majlis rasmi bawa anak beranak ke istana negara.. tak tahu protokol ke pak menteri?”
Bagi menjawab sindiran itu, Ahli Parlimen Setiawangsa itu membalas komen itu dengan menulis dia sekadar memenuhi jemputan daripada Istana Negara.
“Tapi saya tiada cucu jadi bawa anak dan isteri,” balasnya.
Dalam pada itu, kami melihat tinjauan MalaysiaGazette mendapati terdapat pelbagai reaksi warganet berhubung kenyataan itu Norlin. Kebanyakan mereka beranggapan apa yang dilakukan oleh menteri itu tidak salah, kerana beberapa jam selepas sindirian ini dilakukan, laman Facebook Istana Negara turut menunjukan terdapat ramai kanak-kanak lain pada majlis itu.
Apa yang lebih memalukan isteri bekas menteri ini, para wartawan yang menerima jemputan tersebut turut mengesahkan bahawa anak-anak mereka turut dijemput.
Wei Kiat fikir isteri bekas menteri jahil
Sindiran dikeluarkan isteri mantan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah kononnya tindakan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad membawa anak ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitiri di Istana Negara sebagai tidak mengetahui protokol, dianggap biadap dan jelas memaparkan kejahilannya.
Timbalan Ketua Penerangan PKR, Chua Wei Kiat mengatakan lebih melampau apabila isteri pemimpin itu, Norlin Shamsul Bahri dengan sewenang-wenangnya menyatakan seolah-olah makanan dinikmati beberapa anak Nik Nazmi sebagai ‘haram’ sekiranya hadir tanpa jemputan.
Wei Kiat menyifatkan Norlin sebagai cemburu dan mempertikaikan jemputan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk keluarga Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan, menghadiri majlis itu yang turut menunjukkan kebiadapannya terhadap Istana Negara.
“Saya mengambil maklum isteri kepada mantan Menteri, Saifuddin Abdullah iaitu Norlin Shamsul Bahri mempersoal tindakan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad membawa keluarganya hadir ke majlis hari raya di Istana Negara. Norlin yang dilihat cemburu bukan sahaja menuduh Nik Nazmi tidak memahami protokol, malah menjatuhkan hukum dengan menyatakan makanan dimakan anak-anak Nik Nazmi sebagai ‘haram’ jika hadir tanpa jemputan,” katanya menerusi kenyataan.
Walaupun Nik Nazmi sudah menerangkan bahawa jemputan itu turut dibuat untuk keluarga hadirin, malah Istana Negara memaklumkan perkara sama, Norlin masih mempertikaikannya.
“Bagaimanapun Norlin masih gigih mempertikai walau tahu beliau sudah melakukan kesilapan dengan menuduh Nik Nazmi tanpa selidik. Adakah Norlin Cemburu Yang di-Pertuan Agong menjemput keluarga Jemaah Menteri untuk hadir sama meraikan Aidilfitri?,” soalnya.
Selain itu, Wei Kiat yang juga ADUN Rawang berkata, Norlin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau menyalahkan peniaga bazar Ramadan selepas dijangkiti COVID-19 pada 2021.
Bagi mereka yang dah lupa
Dua tahun lepas, ramai yang tidak puas hati dan berang dengan isteri Datuk Saifuddin Abdullah yang menyalahkan peniaga bazar Ramadan ekoran penularan Covid-19. Datin Norlin Shamsul Bahri ketika itu memberi mengingatkan agar penjual di bazar Ramadan tidak hanya memikirkan perniagaan mereka sahaja.
“Jangan fikir nak keuntungan besar, peringatan kerajaan korang anggap fishy. Don’t be selfish. Korang tak rasa (dijangkiti Covid-19) bolehlah cakap macam itu. Please be considerate. Covid is pandemic. Bukan propaganda kerajaan ke apa. Beringatlah. Kalau tak nak kena Covid-19 hati-hati. Yang berniaga mulut jangan celupar sangat. Allah mendengar. Duit tak boleh bawa mati tapi Covid-19 boleh bawa mati,” – Norlin Shamsul Bahri
Netizen mengecam kenyataan ini kerana disifatkan amat kurang ajar kepada peniaga-peniaga bazar ketika itu. Tidak kurang juga yang mengingatkan kembali Norlin bahawa operasi bazar Ramadan adalah atas kebenaran kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu, kerajaan dianggotai suaminya sendiri.