Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
S1
Isu SemasaPolitik

Isu abu mayat Chin Peng, ini komen bekas Ketua Polis Negara…

By Subeditor
November 28, 2019 4 Min Read
Comments Off on Isu abu mayat Chin Peng, ini komen bekas Ketua Polis Negara…

Sekarang tengah kecoh isu abu mayat mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang dibawa pulang ke Perak pada 16 September lepas. Chin Peng dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 1924 dan tinggal dalam buangan di Thailand sejak Perjanjian Damai Hat Yai 1989.

Berdasarkan laporan media Thailand, Chin Peng meninggal dunia pada usia 90 tahun iaitu pada 16 September 2013 kat sebuah hospital di Bangkok akibat sakit tua.

Mayat Chin Peng ditaburkan di laut dan Banjaran Titiwangsa…

Penyelaras kumpulan yang uruskan abu mayat tu, Chan Kan Fook, 81 tahun, kata; diorang bawa pulang abu mayat Chin Peng dari Thailand ke Malaysia dua bulan lepas. Diorang anjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang pada hari abu mayat tu tiba di Ipoh.

S1
Chin Peng. Via TST

“Sebahagian abu mayat Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut, Perak serta sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat,” – Chan Kan Fook, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Sebelum ni, Chin Peng pernah failkan saman terhadap kerajaan Malaysia bagi dirinya dan PKM bagi menuntut kerugian serta menghalang kerajaan Malaysia atau ejen-ejen daripada mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai mereka.

S1

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 September 2009 tolak saman ‘tidak mampan’ tu sebab permusuhan antara PKM dengan kerajaan adalah fakta sejarah dan tak boleh dinafikan.

Secara logiknya, kalau orang yang hidup pun dibenarkan, apa lagi abu mayat

Takde keperluan untuk bangkitkan isu berkaitan abu mayat mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang dibawa pulang ke negara selepas enam tahun kematiannya.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor kata, ada segelintir pihak yang menghentam dan marah sebab ni tapi sebenarnya tak tahu atau mungkin terlupa tentang Rundingan Damai Hadyaai 1989 yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dengan PKM pada 2 Disember 1989.

Rahim Noor 010317 14
 Tan Sri Abdul Rahim Noor. Via The Star

Dia kata, jika diteliti isi kandungan perjanjian tu pasti semua akan faham bahawa ia menamatkan segala pertentangan yang timbul antara kerajaan Malaysia dan PKM buat selama-lamanya. Setelah perjanjian tu ditandatangani, maka tak kira apa kedudukan ahli-ahli PKM dari yang setinggi-tingginya hinggalah ke akar umbi, diorang berhak untuk pulang ke Malaysia.

Disebabkan perjanjian ni ada sesetengah anggota PKM yang pulang ke Malaysia selepas perjanjian tu ditandatangani tapi ada juga pemimpin seperti Abdullah CD, Rashid Maidin termasuk Chin Peng yang memilih untuk tak pulang ke tanah air.

S1
Perjanjian Hatyai 1989. Via M Zubair

“Jadi tidak logiklah jika hal bawa abu Chin Peng pulang itu hendak dijadikan isu…jika jasad boleh pulang kenapa tidak abu? Tiada isu, malah jika tindakan diambil ke atas ahli keluarga Chin Peng kerana membawa balik abu bekas pemimpin itu ia boleh disifatkan sebagai kerja bodoh dan buang masa… Jika orang ramai, nak saman kerana ahli keluarga mereka ditembak mati oleh Chin Peng sewaktu zaman komunis dulu itu wajar kerana ia hak individu tapi jika perkara ini (bawa pulang abu) saya tak nampak relevannya,” – Abdul Rahim Noor, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Abdul Rahim kata; dia lihat isu ni hanya dibangkitkan oleh segelintir pihak atau orang ramai yang mungkin bersikap rasis atau ada rasa perkauman yang tebal sebab menganggap Chin Peng sebagai seorang Cina yang menyebarkan ajaran komunis.

Bagi pemimpin UMNO ni pulak, semarakkan ideologi dan tabur abu mayat dua benda yang berbeza

Pemimpin UMNO sifatkan tindakan menabur abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan cubaan menyemarakkan perjuangan ideologi komunis sebagai dua isu berbeza.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa kata, pandangan bahawa perbuatan membawa pulang abu sebagai bersifat politik dan ditafsirkan untuk menghidupkan ideologi komunis serta melanggar keluhuran Perlembagaan Persekutuan adalah perlu ditolak.

S1
Annuar Musa. Via Inikan Bola

Sebaliknya dia kata, isu menabur abu yang dilaporkan di laut Lumut, Perak dan hutan Banjaran Titiwangsa adalah sesuatu yang dianggap berkaitan ritual agama, adat atau kepercayaan kaum.

“Ia selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 3 di mana semua rakyat mempunyai hak iaitu ‘Islam ialah agama Persekutuan tapi agama lain boleh diamalkan’. Selain itu, sensitiviti ahli keluarga mendiang dalam soal agama atau adat dalam soal ini kita perlu dihormati,” – Annuar Musa, melalui hantaran Facebooknya

Kita tak nafikan sejarah, oleh itu ambil juga sejarah perjanjian Hatyai 1989

Kita tak nafikan PKM dan Malaysia ada sejarah yang begitu hitam, menyebabkan ramai yang tak dapat terima keberadaan ‘abu’ mayat Chin Peng. Cuma, seperti yang dijelaskan oleh bekas Ketua Polis Negara – melalui Perjanjian Hatyai 1989, bekas ahli-ahli PKM dibenarkan untuk pulang ke Malaysia. Kalau korang tengok perjanjian tu, Kerajaan Malaysia siap kena bantu lagi untuk diorang mulakan hidup baru.

Kalau kita, bola sepak. Via Giphy

Kami rasa benda ni bukanlah isu yang terlalu besar, bawa abu mayat tak akan semarakkan pun ideologi komunis kat Malaysia. Sebab orang Malaysia tak minat pun bincang ideologi politik – lainlah kalau ia libatkan isu bangsa dan agama – itu orang Malaysia minat. Jadi bawak bertenang ye.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
S1
Previous

Telur ayam beracun di Indonesia, bahaya dimakan kerana boleh datangkan penyakit

S1
Next

Buat aksi bahaya selepas peperiksaan SPM, polis trafik tahan 13 orang…

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme