Kelantan terima RM400 juta dari kerajaan Persekutuan, Kelantan ucap syukran pada Tun M

F1
Kelantan terima RM400 juta dari kerajaan Persekutuan, Kelantan ucap syukran pada Tun M

Kelantan ni sebuah negeri yang unik, di samping terkenal dengan budu (makanan); ia juga merupakan negeri yang selalu ada isu dengan kerajaan Persekutuan. Sebabnya simple je, kerana ia ditadbir oleh PAS untuk sekian lama. Secara umumnya, benda biasalah negeri yang tak ditadbir oleh parti pemerintah akan selalu gaduh – kadang-kdang pergaduhan tu berasas, kadang-kadang bergaduh sebab propaganda.

S1
Via WikiMedia

Kalau korang pernah pergi Kelantan, korang akan tengok banyak papan tanda ‘ini adalah projek kerajaan Persekutuan’. Claim jangan tak claim. Apa-apa pun, baru-baru ni kerajaan Persekutuan bagi Kelantan duit raya pada hari Krismas untuk sambut tahun baru.

Kelantan terima RM400 juta dari Persekutuan, ucap terima kasih kepada Tun Mahathir

Kelantan terima bantuan ‘one-off’ berjumlah RM400 juta daripada Kerajaan Persekutuan pada 25 Disember lepas, kata Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad Yaakob kata; Kerajaan Negeri terima surat khas daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Disember lepas dan peruntukan tu akan digunakan untuk tingkatkan sosio-ekonomi, kesejahteraan rakyat dan mengukuhkan fiskal kewangan negeri.

Diorang mengucapkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir atas bantuan yang diberikan dan ia pertama kali diorang terima bantuan ‘one-off’ ni.

“Kita tak pernah minta bantuan ‘one-off’ ini dan hanya meminta untuk bayaran royalti (petroleum) sahaja sebelum ini,” – Ahmad Yaakob, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Via Giphy

Dalam masa yang sama, Ahmad kata penjawat awam Kelantan dan kakitangan lantikan politik negeri akan terima tambahan bayaran bonus, masing-masing berjumlah RM500 dan RM250 pada minggu hadapan.

S1
Ahmad Yaakob. Via UPK Kelantan

Dia kata bayaran bonus tu diberikan berikutan ada lebihan sebanyak RM45 juta dalam prestasi kewangan Kelantan pada tahun 2019.

“Walaupun belanjawan negeri defisit (ketika dibentangkan) namun kita telah mendapat lebihan tiga tahun berturut-turut. Kita cuba sedaya upaya untuk mengurus kewangan negeri dengan sebaik mungkin dan mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali setahun untuk memantau pelaksanaan pergerakan kewangan,” – Ahmad Yaakob, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Untuk perbelanjaan tahun 2020, Kelantan unjurkan perbelanjaan defisit sebanyak RM46.07 juta

Bagi mereka yang nak tahu berkenaan belanjawan Kelantan, untuk belanjawan 2020 Kelantan ia menyaksikan defisit meningkat sebanyak RM11 juta (31.36 peratus) menjadikan jumlahnya RM46.07 juta berbanding RM35.07 juta tahun ni.

S1
Via Penerangan PAS Kelantan

Datuk Ahmad Yakob dalam pembentangan bajet negeri beritahu; walaupun setiap tahun anggaran belanjawan negeri catatkan defisit, tapi untuk dua tahun berturut-turut, kerajaan negeri catatkan perbelanjaan sebenar lebihan atau surplus iaitu RM38.2 juta untuk tahun 2017 dan RM40.4 juta untuk 2018.

Kali ni diorang memperuntukkan sejumlah RM1.1 bilion sebagai perancangan berbelanja secara berhemah.

“Prestasi kewangan negeri pada 2019 juga dijangka dapat mengurangkan jumlah defisit semasa hasil daripada kerajaan negeri berbelanja secara berhemat dan mengikut keutamaan kerajaan. Selaras dengan tema Sederap Usaha Tertuai Sejahtera, maka belanjawan kali ini akan memberi tumpuan menambah baik tiga teras utama iaitu keberkatan, kemakmuran dan kebajikan,” – Ahmad Yaakob, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

S1
Via Economic Help

Menurutnya, anggaran hasil negeri pada tahun 2020 dijangka sebanyak RM748.71 juta yang meliputi hasil cukai sebanyak RM202.22 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM386.84 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM159.65 juta.

Dia kata jumlah tu menunjukkan berlakunya peningkatan dalam hasil sebanyak RM5.01 juta berbanding anggaran hasil tahun 2019 sebanyak RM743.71 juta manakala hasil tanah kekal sebagai penyumbang terbesar dengan jumlah RM309.39 juta daripada keseluruhan jumlah hasil.

Diorang mensasarkan tahun 2020 – peningkatan jumlah kutipan tunggakan premium dan cukai tanah sebanyak RM21.40 juta dengan hasil hutan menjadi penyumbang ketiga terbesar berjumlah RM123 juta daripada jumlah keseluruhan jumlah hasil dan hasil perlombongan, dijangka menyumbang sebanyak RM41.45 juta daripada jumlah hasil.

S1
Hutan Kelantan. Via Utara News

Untuk perbelanjaan pulak; anggaran perbelanjaan mengurus tahun 2020 dijangka sebanyak RM794.78 juta berbanding RM778.78 juta tahun sebelumnya iaitu meningkat sebanyak RM16 juta merangkumi perbelanjaan tanggungan sebanyak RM42.65 juta dan perbelanjaan bekalan RM752.13 juta

“RM27.4 juta daripada perbelanjaan tanggungan diperuntukkan untuk membayar hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan. Jumlah ini adalah sama dengan jumlah pada tahun ini. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan sentiasa konsisten dalam membayar hutang kepada kerajaan persekutuan mengikut kemampuan aliran tunai kerajaan negeri,” – Ahmad Yaakob, Sinar Harian

Semoga yang diberikan oleh Persekutuan akan digunakan untuk kebaikan rakyat

Kami harap duit one-off yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan ni akan digunakan sebaiknya oleh kerajaan Kelantan. Penting untuk rakyat Kelantan menikmati pembangunan, dan yang paling penting – agama tidak melarang kita daripada mengejar kemajuan. Perbelanjaan surplus tak semestinya baik, terutamanya ada perbelanjaan untuk rakyat dipotong atau dikurangkan.

Rakyat sebenarnya tak terlalu melihat petunjuk perbelanjaan, tapi mereka nak ‘rasa’ apa yang berlaku; kos hidup semakin rendah, peluang pekerjaan yang dicipta – hal yang akan membawa kepada kesejahteraan hidup.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top