Kerajaan benarkan kedai gunting rambut dibuka, ramai PENING dengan keputusan ni

F1
Kerajaan benarkan kedai gunting rambut dibuka, ramai PENING dengan keputusan ni

Untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga; kerajaan umumkan kelonggaran 9 industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP, termasuklah perkhidmatan gunting rambut dan dobi. Pengumuman ni dapat reaksi negatif daripada kebanyakan orang, kerana ramai yang berpandangan – belum masanya kedai gunting rambut dibuka, dan jangkitan yang lebih teruk boleh berlaku.

Kami faham je, rambut dah tumbuh panjang, memang tak selesa nak buat kerja. Cuma, tak apalah rambut panjang kejap, jadi rokers, nanti bila kadar jangkitan Covid-19 dah rendah semula, korang guntinglah dengan macam mana gaya sekali pun, takde siapa yang akan larang.

Ketua Pengarah Kesihatan harap kerajaan tangguh keputusan untuk bukak semula kedai gunting rambut

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sarankan kerajaan tanggih sementara operasi kedai gunting rambut yang dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga. Katanya kerajaan boleh lakukan perancangan buka semula premis tu, tapi pelaksanaannya tak boleh dilakukan semasa PKP 3.

Menurutnya, kita sedang berjuang memerangi COVID-19, dan kita masih belum menang. Apa yang penting ialah tindakan. Kita dah dapat tanda-tanda kejayaan. Antara tindakan kita yang berjaya menurunkan kes ialah kawalan sempadan, kawalan terhadap perhimpunan dan amalan penjarakan sosial.

“Semua tindakan kita perlu diperketatkan untuk PKP fasa tiga dan dari segi perancangan untuk membuka atau had pergerakan, KKM syor agar kita kekalkan apa yang dilakukan semasa PKP fasa satu dan dua. Mungkin perancangan boleh dilaksanakn, tetapi tangguhkan sementara,” – Noor Hisham, seperti yang dilaporkan AWANI

D1
Siapa nak gunting rambut? Via Youtube

Perancangan buka perkhidmatan gunting rambut boleh dibuat selepas PKP fasa tiga, tapi ia bergantung kepada pencapaian negara dalam kurangkan kes COVID-19. Kita kena lihat kalau selepas fasa ketiga apakah tindakan kita. Perancangan bermula dari sekarang mungkin kita boleh dilaksanakan selepas fasa tiga.

Cuma, apa yang penting kita kena pantau data seharian dan melihat sama ada kita capai unjuran untuk kurangkan kes COVID-19 di negara kita, tambahnya.

Menurut Dr Afif, ada kajian yang kata gunting rambut boleh turunkan tekanan darah

Dr Afif Bahardin pertahankan cadangan supaya kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi kembali untuk fasa ketiga perintah kawalan pergerakan (PKP). Afif jelaskan pandangannya dibuat dalam konteks keperluan dasar yang dapat bantu peniaga biasakan diri dengan keadaan selepas pandemik Covid-19, atau apa yang dipanggil sebagai “normal baru”.

Dddd
Via Talkedabout.org

“Saya tulis (pandangan) sebagai adun Seberang Jaya dari PKR. Saya bukan pegawai Azmin. Sila ambil maklum,” – Afif, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Kenyataan tu susulan pengumuman Azmin Jumaat lepas, berkenaan kedai gunting rambut antara perkhidmatan dan sektor yang dibolehkan menyambung operasi, selepas ditutup sejak penguatkuasaan PKP pada 18 Mac lepas.

Cuma peniaga perlu buat permohonan kepada kementerian tu terlebih dahulu. Afif yang merupakan bekas exco kesihatan Pulau Pinang memetik satu kajian perubatan oleh The New England Journal of Medicine, yang didakwanya mendapati menggunting rambut boleh turunkan tekanan darah.

Kenyataan tu cetuskan kritikan termasuk daripada mereka yang merujuk kajian yang dibuat pada 2018 itu secara langsung. Ada yang mengatakan kajian itu dibuat dalam konteks yang berbeza dengan kerisauan hari ni, iaitu kebimbangan penularan Covid-19 kat kedai gunting rambut.

Tak seperti keadaan di negara pada masa ni, kajian tu libatkan pemantauan pesakit tekanan darah tinggi dan peranan tukang gunting yang galakkan diorang untuk dapatkan rawatan atau menukar gaya hidup.

Macam mana nak buka kedai gunting rambut, kalau peniaga pun tak nak ambik risiko?

Lebih seribu kedai gunting rambut di Kuala Lumpur dan Selangor ambik keputusan untuk tak beroperasi sehingga 30 April ini walaupun ada berita yang laporkan diorang dah dibenarkan beroperasi. Sebabnya risiko yang perlu diambil terlalu besar bukan je kepada pelanggan tapi turut libatkan pekerja kedai gunting rambut.

Timbalan Presiden Persatuan Jurugaya Rambut India Wilayah Persekutuan dan Selangor, Akillan Anandakrishnan kata diorang tak mahu ambik risiko kesihatan walaupun berdepan tekanan ekonomi.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April ini, kami semua telah mengambil keputusan untuk tidak beroperasi sehingga 30 April ini. Kebanyakan ahli persatuan kami bimbang dengan risiko jangkitan dan kesihatan yang akan dihadapi sekiranya beroperasi,” – Akillan Anandakrishnan, seperti yang dilaporkan AWANI

Jika ahli-ahli dibawah persatuannya nak beroperasi, diorang perlu patuhi garis panduan ditetapkan seperti perlu ada alat pengimbas suhu badan, proses sanitasi serta menjarakkan kerusi antara pelanggan.

Sepatutnya kerajaan berfikiran panjang sebelum buat keputusan macam ni

Permohonan syarikat dalam sektor tambahan termasuk kedai gunting rambut ni, akan diputuskan untuk kelulusan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Cuma, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kata bukan semua permohonan tu akan dapat kelulusan beroperasi semula.

D1
Kena gunting rambut sendirilah nampaknya. Via Cosmopolitan India

Kami harap kerajaan fikirkanlah masak-masak tentang keputusan ni. Jangan sebab nak kelihatan bantu peniagaan gunting rambut, kita akan dapat banyak kluster baru Covid-19. Kami pun tak faham apa yang MITI fikir masa ambik keputusan untuk benarkan kedai gunting rambut terus beroperasi. Cuba korang bayangkan, macam mana orang tu boleh gunting rambut sambil kekalkan jarak sosial yang selamat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top