Kes penguatkuasa MPSJ dikatakan memukul lelaki warga emas, ini kesudahannya

F1
Kes penguatkuasa MPSJ dikatakan memukul lelaki warga emas, ini kesudahannya

Baru-baru ini tular video yang memaparkan seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bergaduh dengan lelaki warga emas. Video tu dapat macam-macam reaksi, ada yang menyokong pegawai MPSJ tu, ada pulak yang mengecamnya. Susah nak dapat kebenaran siapa yang mulakan provokasi dan mula ‘memukul’, lebih-lebih lagi melalui video pendek.

S1
Insiden yang kami cakap tu. Via Metro

Apa yang jadi kebimbangan kami adalah – ia melibatkan dua bangsa yang berbeza. Macam yang kita dah biasa tengok; selalunya kalau ada dua bangsa yang berbeza bergaduh, sesetengah orang cenderung untuk mengulas isu tu dari sudut perkauman. Benda ni tak patut berlaku, ia umpama menyimbah minyak ke api yang kita semua nak ‘matikan’. Api apa lagi, api perkauman lah.

Walaupun tindakan memukul penguatkuasa menggunakan payung tak wajar, pegawai penguatkuasa sepatutnya bersabar

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze menggesa anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melakukan kekasaran terhadap seorang lelaki di USJ9 di sini memohon maaf kepada individu terbabit. Dia kata; pihaknya kecewa dengan tindakan kasar anggota penguatkuasa tu selepas menonton video insiden yang tular di media sosial.

S1
Michelle Ng Mei Sze. Via Uppre

Menurutnya, walaupun tindakan lelaki tu memukul anggota penguatkuasa dengan gunakan payung adalah tak betul, namun anggota penguatkuasa tak wajar balas dengan kekasaran melampau.

“Pegawai penguatkuasa tersebut harus meminta maaf daripada individu terbabit. Pihak MPSJ pula perlu memperbetulkan situasi ini dengan individu tersebut. MPSJ juga perlu mengambil semua langkah yang wajar bagi memastikan semua pegawai penguat kuasa dilatih dengan secukupnya bagi menangani situasi tegang dan memastikan situasi seperti ini tidak berulang pada masa akan datang,” – Michelle Ng, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Kejadian ni dipercayai berlaku selepas anggota penguatkuasa tu ambik tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan milik lelaki tu. Penguatkuasa tu pada mulanya minta supaya lelaki tu tak gunakan kekerasan, namun lelaki warga emas tu pergi hempuk pengkuatkuasa tu menggunakan payung. Disebabkan berang dengan perbuatan lelaki tu, anggota penguatkuasa tu menumbuk dan menjatuhkannya dia di lantai.

Ohh. Macam tu rupanya ceritanya. Via Giphy

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tu. Katanya, pihaknya dah terima laporan daripada anggota penguatkuasa yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 186, Seksyen 332 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Dia dalam masa yang sama minta jasa baik netizen menghentikan penyebaran video terbabit bagi mengelakkan spekulasi negatif dalam kalangan masyarakat.

Korang jangan nak membawang lebih-lebih, kedua-dua mereka dah berdamai

Semalam kita dengar cerita baik apabila kedua-dua mereka mengadakan pertemuan yang diadakan di pejabat Adun Subang Jaya. Adun tu maklumkan kedua-dua pihak setuju untuk berdamai. Dalam hal ni, kita patut puji Adun Subang Jaya sebab dia bertindak kepada pendamai untuk kedua-dua pihak. Sepatutnya benda ni dicontohi oleh wakil rakyat yang lain.

S1
Via Berita Harian

“Pegawai MPSJ dan individu itu telah berjumpa dengan saya hari ini, bersama seorang pengantara yang diakreditasi, Sean Oon. Saya amat berbesar hati dan berbangga untuk memaklumkan bahawa, selepas berbincang dengan kedua-dua pihak, mereka dengan sukarela berdamai dan menyelesaikan salah faham. MPSJ, pegawai itu dan individu berkenaan juga bersetuju agar isu antara mereka dikira selesai secara muktamad,” – Michelle Ng, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Dalam kenyataan MPSJ sebelum tu, diorang maklumkan telah menggantung tugas penguatkuasaan pegawai tu dan siasatan dalaman tengah dijalankan. Bagaimanapun tak dapat dipastikan sama ada status penggantungan itu masih kekal, selepas pertemuan kedua-dua pihak ni. Kami harap pegawai tu tak digantung tugas, dan kami yakin dia dah ambik pengajaran tentang apa yang berlaku.

Orang yang kuat bukanlah orang yang boleh angkat benda-benda berat je, tapi juga mampu kawal emosi

Pertama sekali kami rasa bersyukur sebab insiden ni tak diulas atau dihebahkan dengan neraca perkauman, sebabnya bahaya – nanti tak pasal-pasal ada isu perkauman disebabkan benda yang boleh diselesaikan melalui perbincangan ni. Lepas tu, kami nak nasihatkan korang supaya sentiasa mengawal emosi, jangan disebabkan perbuatan korang ketika tengah emosi – korang akan menyesal tak sudah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top