Malaysia tak halang pelancong China datang melancong, dan dikecualikan VISA?!

F1

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia maklumkan mengenai tiga kes yang disahkan dijangkiti 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) dalam kalangan orang rapat kepada dua kes yang merupakan bapa dan anak, yang terdahulu disahkan dijangkiti penyakit yang sama oleh Kementerian Kesihatan Singapura (KKS). Pengumuman ni menandakan wabak Koronavirus dah memasuki Malaysia, menyebabkan orang ramai yang panik.

PANIK!!!!!!! Via Giphy

KENA INGAT: Untuk sesebuah negara haramkan pelancong dari mana-mana negara secara terus, ia bukan semudah yang kita fikirkan. Ia melibatkan hubungan dua negara; dari segi pelancongan, hubungan diplomatik dan dagang. AirAsia dan Malindo Air dah batalkan semua penerbangan ke dan dari daerah Wuhan, China (daerah virus ni mula dijumpai).

Lagipun, untuk menghalang pelancong daripada memasuki Malaysia atas sebab wabak, penyakit tu perlu diumumkan sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) oleh World Health Organisation (WHO). Setakat ni, kerajaan dah perketatkan pengawasan di airport yang ada penerbangan antarabangsa. Okay, mari bincang pasal visa pulak…

Orang Cina tak sama dengan rakyat China ye, bukan main sedap mulut je kata semua Cina komunis…

Kami tak nak sentuh pasal migran China yang dah kena tangkap lepas dipercayai jalankan sindiket kegiatan menipu dalam talian, ataupun pasal kes rakyat China yang beli kad pengenalan warganegara palsu. Kami pun tak nak sebut pasal kelakuan segelintir pelancong China jugak, sebab benda ni berlaku kat seluruh dunia.

Bila kami tengok kat dunia maya, ramai masih salah faham apa beza masyarakat kaum Cina di Malaysia dengan migran dari China. Begitu jugak dengan masyarakat kaum India dengan migran dari India. Selain tu, ramai tak perasan bahawa wujud sesetengah orang yang selalu baca komen-komen berbaur kebencian terhadap kaum lain ni akhirnya akan ‘ter’belajar benda yang salah pulak.

Reaksi kami tiap kali baca komen berbaur rasis…Via Giphy

Orang China tu rakyat tanah besar China, tak sama langsung dengan rakyat kita yang berbangsa Cina di Malaysia. Sama jugak ceritanya dengan orang dari tanah besar India… Tambah lagi, etika segelintir pelancong China yang bertandang ke negara-negara lain amat berbeza dengan rakyat kita ketika melancong. Negara lain siap puji lagi rakyat kita sebab sopan dan jaga adab serta etika bila melancong ke negara luar.

Pengecualian visa adalah langkah kerajaan nak tarik minat para pelancong…

Sistem kat negara kita ni agak ketat juga bila bercakap pasal kewarganegaraan, jadi takde isu pelancong-pelancong ni nak ‘diwarganegarakan’. Cuma, ada laporan tentang segelintir pelancong China yang masih tak faham adab dan kebudayaan setempat. Duta China, Bai Tian pun sedar masalah etika dan adab pelancong dari negara mereka tu.

“Orang China (di tanah besar) miliki tamadun setua 5000 tahun lalu, dan kami tahu bagaimana nak jaga kelakuan dengan baik serta tak menyusahkan orang lain… Apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia (mengenai denda ke atas dua pelancong China di Sabah) adalah betul. Dari pihak kami, kami akan didik para pelancong kami untuk menjaga kelakuan di Malaysia…”- Bai Tian, seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post pada 24 November 2019

Bai Tian Duta China
Ni lah Bai Tian…Via ISMAweb

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, kerajaan umumkan pengecualian visa kepada pelancong dari China dan India dengan syarat-syarat tertentu. Bukan suka hati je tau nak kecualikan visa ni. Tapisan Imigresen tu beroperasi macam biasa, tapi para pelancong dari kedua-dua negara tu boleh daftar melalui sistem elektronik dan sistem maklumat kita sama ada secara individu atau melalui agensi pelancongan.

Kat pintu ketibaan nanti, mereka kena tunjuk bukti wang saku, kad kredit atau kad bank dengan jumlah wang yang mencukupi serta kemukakan jadual perjalanan mereka. Benda ni pun termasuklah tiket pergi-pulang mereka. Lepas daftar kat sistem maklumat tu, mereka kena datang ke Malaysia dalam tempoh 3 bulan. Tempoh pengecualian visa tu pulak adalah selama setahun, dengan tempoh lawatan terhad dalam masa 15 hari tanpa tempoh lanjutan.

Cop yang ditunggu-tunggu kat kaunter imigresen…Via Giphy

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi optimis dengan usaha pengecualian visa ni akan mampu salurkan lebih banyak keuntungan dalam pembangunan ekonomi negara. Dijangka seramai empat juta pelancong dari China dan sejuta dari lagi India akan bertandang ke Malaysia pada tahun ni.

Sistem lebih penting untuk diperbaiki, kecualikan visa tak cukup

Datuk Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS berpandangan pengecualian visa ni tak cukup nak kawal lambakan warga asing khususnya pelancong dari kedua-dua negara tadi daripada terlebih tempoh masa tinggal kat Malaysia. Katanya lagi, lebih 95% pelancong China dan India takde rekod tarikh keluar antara 2016 hingga 2018. Dalam tempoh tu jugak, Malaysia pun kecualikan visa pada 2016 hingga 2017 lalu tapi isu pemastautinan ni masih tak selesai.

Chinatown Kuala Lumpur
Via Kuala Lumpur

“Masalah kritikal yang dihadapi ialah wujud kelemahan yang serius dalam pelaksanaan Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) dan juga MyIMMs ketika pemprosesan di pintu masuk pelancong… Meskipun banyak syarat yang perlu dipatuhi, namun isu yang dihadapi selama ini lebih besar. PAS mahu pengecualian visa 2020 dibatalkan selagi mana isu itu masih belum diselesaikan,”- Seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 1 Januari 2020

Ada betulnya jugak pandangan ni. Walaupun kerajaan dakwa pengecualian visa ni bakal kawal isu pelancong terlebih tempoh sah tinggal kat Malaysia sebab beberapa syarat dah diperketat, tapi kalau sistem maklumat tu tak dikemaskini selari dengan jumlah para pelancong yang disasarkan melawat Malaysia, isu tersebut pasti akan lebih sukar diselesaikan.

Via Giphy

Masalah kelemahan sistem maklumat kita membolehkan orang salahgunakan untuk kepentingan peribadi mereka pulak. Sindiket pendaftaran yang diwujudkan oleh pihak tak bertanggungjawab ni boleh salahgunakan sistem maklumat kita ni. Perkara ni ada kami bincangkan sebelum ni, kita dah gunakan sistem biometrik yang menyukarkan mengelak kegiatan sindiket pendaftaran dari terus ‘menipu’ kita.

Memandangkan China sedang dilanda wabak, kerajaan patut perketatkan pemeriksaan kesihatan pelancong dari sana

Okay, naik main sekat semua pelancong dari sesebuah negara ni bukan semudah yang kita fikirkan. Banyak benda kena dipertimbangkan, terutamanya dari segi imej Malaysia. Apa yang kita boleh buat – ketatkan kawalan di pintu masuk lapangan terbang untuk pelancong-pelancong yang datang dari negara berpotensi membawa wabak, terutamanya China.

Pastikan diorang diperiksa dengan ketat; dan hanya orang yang betul-betul sihat je perlu dibenarkan melawat Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *