Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Isu Semasa

MB Perlis disiasat SPRM, ramai suruh berhenti

By Subeditor
May 15, 2024 3 Min Read
Comments Off on MB Perlis disiasat SPRM, ramai suruh berhenti

Dua penjawat awam kerajaan negeri termasuk seorang pegawai kanan kepada Menteri Besar Perlis, diarahkan bercuti daripada tugas masing-masing.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, keputusan itu dibuat berikutan individu terbabit sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan memalsukan dokumen bagi tujuan tuntutan palsu.

Menurutnya, hanya dua daripada enam individu yang disiasat SPRM Putrajaya sejak dua minggu lalu merupakan penjawat awam kerajaan negeri, manakala selebihnya adalah kontraktor.

“Dua penjawat awam negeri ini sudah pun (diarah) bercuti daripada tugas masing-masing selepas mereka dibebaskan daripada siasatan tempoh hari. Yang lainnya bukan penjawat awam, mereka pula kemungkinan sudah pun menjalankan kerja perniagaan masing-masing, ” katanya ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Persiaran Wawasan

Sebelum ini, enam individu termasuk seorang anak lelaki kepada Mohd Shukri, berusia 27 hingga 37 tahun direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Turut ditahan, dua penjawat awam membabitkan seorang pembantu juruteknik di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan seorang pegawai kanan kepada Menteri Besar. Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman sebelum ini mengesahkan penahanan reman enam individu yang disiasat berhubung pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu sedangkan kerja-kerja berkenaan tak dilaksanakan.

Keseluruhan projek berkenaan melibatkan kerja-kerja baik pulih, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan bermula dari 2022 sehingga kini dianggarkan bernilai RM600,000.

Walaupun ada dakwaan rasuah, MB Perlis tetap nak pertahankan jawatan

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berhasrat untuk beri tumpuan kepada menguruskan negeri biar pun terdapat desakan untuk beliau meletakkan jawatan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis itu tegaskan, beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Perlis dan siasatan SPRM tidak menjejaskan kedudukannya setakat ini. Menurutnya, desakan untuk beliau berundur sekadar bualan dalam media sosial dan bukan disuarakan di peringkat parti mahupun pentadbiran negeri.

“Itu hak semua orang (untuk bercakap) sebab negara ini beri kebebasan untuk bercakap, jadi bagi ruang kepada mereka, saya masih Menteri Besar Perlis. Desakan (letak jawatan) itu sebenarnya datang daripada media sosial, ramailah yang mahu saya berundur tetapi desakan ini tidak timbul dalam kalangan parti atau pentadbiran negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini

Dalam pada itu, Mohd Shukri mengesahkan ditahan selama lapan jam oleh SPRM Putrajaya untuk diambil keterangan pada Selasa lepas.

“Saya diambil keterangan sahaja, bukan ditahan. Saya ikut peguam saya, penahanan selama sembilan jam itu hanyalah untuk bantu siasatan. Saya terima siasatan SPRM ini dengan hati yang terbuka, mungkin ia beri ruang untuk saya lebih berdisiplin bagi memastikan pembersihan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Jika ada keperluan, mungkin saya dipanggil semula oleh SPRM dan saya bersedia untuk bagi kerjasama,” katanya.

SPRM boleh panggil MB Perlis bila-bila masa, PN tak bincang kedudukan MB

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli boleh dipanggil pada bila-bila masa sekiranya ada keperluan bagi siasatan berkaitan kes salah guna kuasa yang sedang dijalankan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan siasatan dijalankan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan, jika ada keperluan beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan. Beliau memberi kerjasama yang baik dengan pegawai SPRM ketika dirakam keterangan sebelum ini,” katanya

Tambahnya, anak Menteri Besar Perlis itu yang sebelum ini ditahan reman sebelum ini sudah dilepaskan dengan jaminan minggu lalu.

Kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis sedia menggalas tanggungjawab memimpin negeri itu disifatkan hanya pandangan peribadi ketuanya, Abu Bakar Hamzah.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perubahan kepemimpinan negeri paling utara tanah air itu juga tidak pernah dibincangkan dalam Perikatan Nasional (PN).

“Jadi saya tidak mahu komen pandangan individu kerana prinsip yang kita pegang mestilah dibincang dalam PN peringkat negeri. Memang tidak ada dibincangkan, tiada sebab, (malah) tak timbul soal perubahan kerajaan negeri di Perlis,” katanya ketika ditemui selepas Ceramah Kelompok di Taman Ampang Pechah

Sebelum ini, Abu Bakar dilapor memberitahu Bersatu sedia menggalas tanggungjawab memimpin negeri itu sekiranya diminta berbuat demikian. Ia rentetan krisis integriti yang melanda kepimpinan negeri itu terutama melibatkan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) PN Kuala Kubu Baharu menegaskan, setiap perkara yang berlaku dalam PN dibincangkan semua parti komponen dalam gabungan itu dan dimuafakati atas prinsip kebersamaan.

“Dalam PN tiada amalan ‘big brother’ (abang besar), semua parti adalah sama dan mempunyai hak untuk berbincang, bukan soal pandangan individu.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1
Previous

Perikatan Nasional kalah, Muhyiddin dan Hadi patut berundur

f1
Next

Polemik ADUN lantikan Pahang, ada pandangan berbeza

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme