Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Isu Semasa

Pemilihan PKR 2025, beberapa info yang menarik

By Subeditor
March 14, 2025 4 Min Read
Comments Off on Pemilihan PKR 2025, beberapa info yang menarik

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini sangat penting kerana buat pertama kalinya, anggota parti akan memilih kepimpinan baharu ketika presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri. Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sebagai parti tunjang dalam kerajaan Madani, pemilihan kali ini sudah tentu diharap dapat menyusun kepimpinan yang mampu memperkukuh pentadbiran kerajaan.

Pada masa sama katanya, ia turut menjadi platform langkah awal parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang boleh berlaku bila-bila, selewat-lewatnya pada 2027.

“Kita tahu bahawa ke depan ini selesai saja pemilihan PKR, kita mungkin berbaki satu atau dua tahun lagi untuk membuat persiapan sebelum PRU. Pilihan raya ini juga mungkin boleh dilakukan lebih awal, bergantung kepada Perdana Menteri. Tetapi perkara pokoknya adalah sesiapa pun yang memimpin PKR selepas ini, mereka mempunyai tanggungjawab yang besar, harus mempunyai visi dan tugas serta paling penting, memberikan sokongan dan membantu Perdana Menteri yang juga presiden kita,” katanya

jbdcampaign081119
Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin

Selain itu, Shamsul Iskandar yang juga Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri berkata, pemilihan parti kali ini harus mengambil kira keupayaan untuk menghadapi pelbagai cabaran, terutamanya dalam menghadapi serangan daripada pembangkang dan fitnah yang dilemparkan.

Untuk itu, beliau berkata, parti perlu memiliki kepimpinan yang berdaya tahan dan mempunyai visi yang jelas dalam merangka program-program yang boleh mendekatkan parti dengan rakyat.

Mengambil contoh kepimpinan muda sedia ada antaranya Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar berkata pemilihan parti itu juga memberikan isyarat kepada rakyat bahawa PKR tidak ketandusan kepimpinan berwibawa.

“Ini harus kita tunjukkan kepada warga dan rakyat kesediaan kita, komitmen kita dan semangat kita untuk menyediakan barisan pemimpin pelapis yang benar-benar ampuh untuk berdepan dengan pilihan raya dan juga berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola Pusat PKR Zahir Hassan berkata, pemilihan parti itu dilihat bertujuan menguatkan dan memperkukuh parti menerusi pemerkasaan anggotanya dan kepimpinan parti itu sendiri.

screenshot 2025 03 14 104729
Anwar-Rafizi

Beliau berkata, perkara berkenaan dapat dicapai dengan memastikan anggota dapat menjalankan peranan sebagai ahli parti, bukan hanya di peringkat kepimpinan cabang atau kepimpinan pusat semata-mata sebaliknya berperanan di peringkat akar umbi.

Pada 26 Januari lalu, PKR dilaporkan memutuskan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan diadakan pada 24 Mei ini.

Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh berkata, pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

Perlawanan yang sengit yang akan berlaku untuk Ketua Wanita Keadilan, Amir Optimis

Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, mengesahkan pencalonannya bagi jawatan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk sesi 2025-2028 sekali gus mencabar penyandang jawatan itu yang juga Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga berkenaan mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam pemilihan parti akan datang ketika berucap dalam majlis sempena Hari Wanita Sedunia.

“Bersandarkan komitmen dan pengalaman lebih 20 tahun memberdaya wanita, saya optimis bahawa kita mampu membangkitkan daya tahan, saing dan juang Wanita PKR demi mengukuhkan agenda perubahan di peringkat nasional. Marilah kita semua bekerja keras dalam satu pasukan untuk memastikan Wanita PKR kembali bersemangat, berpadu dan bersedia menghadapi cabaran mendatang,” kata beliau.

Sebelum ini, Rodziah dilaporkan kalah tipis kepada Fadhlina dengan perbezaan hanya 32 undi pada pemilihan 2022.

Menerusi pemilihan tersebut, Fadhlina memperoleh 18,923 undi berbanding Rodziah yang sekadar mendapat 18,891 undi.

Tambah Rodziah, dengan pembentukan saf kompeten, beliau mampu membina legasi besar yang tidak akan dilupakan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini sebagai peluang terbaik untuk memperkukuhkan sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang turut memaklumkan akan mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden PKR berkata, ia bagi memastikan Anwar dapat terus mentadbir negara dengan sokongan padu daripada seluruh anggota parti.

doc7qgd2gii6kx1b5y2m7lr
Datuk Seri Amiruddin Shari

“Saya menekankan bahawa kita harus mengambil peluang pemilihan ini bagi mengukuhkan sokongan terhadap YAB Presiden agar beliau dapat terus mentadbir negara dengan sokongan jitu seluruh anggota PKR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR Selangor. Amirudin turut menyeru agar semangat reformasi terus menyala dalam kalangan ahli parti bagi memastikan perjuangan PKR terus relevan dalam landskap politik negara.

Persaingan dalam pemilihan parti dijangka semakin sengit, namun Amirudin kekal optimis bahawa PKR akan terus kukuh dengan kepimpinan yang berwibawa.

Nik Nazmi kata sistem baharu akan lebih telus

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, menyifatkan proses pemilihan parti membabitkan pemimpin peringkat pusat parti itu yang menggunakan sistem undi perwakilan pada tahun ini sebagai lebih telus.

Dipetik laporan Berita Harian, beliau yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata sistem itu dapat mengurangkan penggunaan ‘cai’ atau regu dalam kalangan pemimpin yang menawarkan diri bertanding.

“Keputusan mengguna sistem undi perwakilan itu juga bukannya dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya diluluskan secara sebulat suara dalam Kongres Khas KEADILAN. Penggunaan sistem undi perwakilan ini bagi memastikan pemilihan yang dibuat lebih adil dan representatif. Pemilihan sebelum ini hanya mengutamakan kuantiti semata-mata. Pada masa yang sama, pemilihan ini juga memperuntukkan supaya ada elemen kepelbagaian kaum serta menetapkan masing-masing 30 peratus wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai syarat wajib perwakilan setiap cabang,” katanya.

Beliau berkata begitu sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim sebelum ini yang mendakwa perubahan sistem pemilihan itu menjejaskan prinsip demokrasi dalam parti.

Mengulas lanjut Nik Nazmi menjelaskan, kaedah satu anggota satu undi masih diterapkan di dalam parti berkenaan untuk memilih calon yang layak.

“Pemilihan di peringkat Cabang masih kekalkan satu anggota satu undi,” katanya.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1
Previous

PM minta jangan gunakan isu perkauman sebagai modal politik

f1
Next

DAP bantu Barisan Nasional yang yakin dengan PRK Ayer Kuning

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme