Rina Harun semakin kurus, tapi orang ramai persoalkan mutu kerjanya

F1
Rina Harun semakin kurus, tapi orang ramai persoalkan mutu kerjanya

Korang masih ingat tak ketika Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dikritik disebakan tips diorang kepada isteri dan ibu bekerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disuruh untuk buat suara Doraemon untuk menghiburkan suami.

Akibat daripada kenyataan ni, aktivis dan ahli politik kata, kementerian tu seharusnya bantu wanita yang berdepan keganasan rumah tangga dan kebajikan, bukannya memberi tumpuan kepada penampilan dan nada suara wanita.

Pengarah eksekutif Organisasi Pertolongan Wanita (WAO) Sumitra Visvanathan mengatakan sejak hari pertama PKP, ramai wanita menghubungi pihak mereka bagi dapatkan perlindungan daripada keganasan domestik.

WOA mengatakan Rina seharusnya pastikan mangsa keganasan domestik ada tempat sokongan dan lindungi mereka, termasuk bekerjasama dengan polis menyelamatkan mereka apabila ia sangat diperlukan.

728 X 90

“Kementerian menunjukkan bahawa mereka telah hilang sentuhan dengan peranan asas mereka melindungi wanita dan bukannya menguatkan lagi stereotaip tentang penampilan wanita,” – Sumitra Visvanathan, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Rina Harun muncul dengan fizikal baharu, ahli Parlimen persoalkan peranannya sebagai menteri

Selepas isu Doraemon ni tular di media sosial, Datuk Seri Rina Harun ambik masa untuk berdiam diri buat sektika. Kami fikir, mungkin dia ambik keputusan untuk bermuhasabah diri memandangkan dia telah melakukan kesilapan. Tiba-tiba dia jadi trending di media sosial beberapa hari ni, kami pun terkejut.

Rupa-rupanya benda ni berlaku kerana keadaan fizikal Rina Harun yang semakin kurus. Kami pun tak tahu apa yang dilakukan oleh Rina sehingga dia boleh memiliki fizikal yang kurus dalam masa yang begitu singkat. Ada yang memuji usaha yang dilakukan oleh Rina, tak kurang pula yang mengkritik dirinya kerana tak melakukan kerja sebagai seorang menteri.

Rina dikatakan seharusnya gunakan kedudukan, masa, tenaga, dan sumber yang ada untuk membetulkan apa yang salah di dalam sistem pentadbiran. Kalau ia dapat dilakukan, barangkali takde kritikan atau cemuhan yang dilontarkan rakyat Malaysia terhadap perubahan imej dirinya yang nyata dah menarik perhatian ramai pihak.

1043511
Via MalaysiaGazzete

Nasihat ni disuarakan oleh Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa itu, yang dikatakan tak peka terhadap banyak isu yang lingkari kaum wanita sejak kebelakangan ini.

“Apa yang kita telah lihat ialah hasil penggambaran anda yang amat mempersonakan – tetapi itu sahaja. Sikap berdiam diri anda adalah bukti anda sama ada tidak mempedulikan apa yang terjadi di sekeliling anda, atau anda sebenarnya tidak tahu bagaimana menguruskan situasi sebegini, yang mana agak memalukan kerana anda telah menjadi anggota Kabinet sejak 2018,” – Kasthuri Patto, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Menariknya, Rina ni merupakan antara anggota Kabinet yang kekal walaupun kerajaan dah bertukar tangan daripada Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional. Kami pun sebenarnya tak faham sangat apa yang menyebabkan Rina boleh menjadi menteri sehingga dua kali, sedangkan kritikan terhadapnya amat tinggi ketika menjadi menteri buat pertama kali ketika era Pakatan Harapan.

Dia menerima kritikan pelbagai pihak kerana tak mengeluarkan kenyataan mengenai beberapa insiden yang menimpa kaum wanita, serta isu melibatkan elemen penderaan, gangguan seksual, dan keganasan rumah tangga.

Sudahlah dia tak buat apa-apa kenyataan terhadap isu yang kami sebutkan di atas ni, tular beberapa gambar dirinya mengenakan busana rekaan seorang pereka tempatan dah menimbulkan lebih banyak kemarahan orang ramai, yang dikatakan tak sensitif dengan isu-isu berkaitan portfolio dipegang.

Kasthuri Patto kata ia agak mengecewakan melihat Menteri dan Timbalan Menteri KPWKM hanya berdiam diri, dan tak keluarkan kenyataan berkaitan isu bersangkut kementeriannya. Sejak dua bulan lepas pelbagai kejadian yang menggemparkan berlaku, termasuk gadis berusia 16 tahun didakwa dirogol di dalam lokap polis di Sarawak, dan kanak-kanak berusia 7 tahun mati dipercayai akibat didera.

“Pada Disember lepas, sewaktu sesi Parlimen, Rina secara sarkastik memberitahu saya beliau memerlukan Ahli-ahli Parlimen sepert saya untuk mengingatkan beliau bagaimana untuk melakukan tugas sebagai seorang Menteri. Jadi di sini saya ingin ingatkan Rina bahawa beliau bertanggungjawab terhadap semua rakyat Malaysia, bukan saya seorang,” – Kasthuri Patto, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Dia menambah, rakyat Malaysia perlukan seorang Menteri yang boleh jadi suara kepada golongan yang takde suara, serta suara kepada golongan wanita untuk menentukan polisi dan peraturan serta undang-undang di bawah KPWKM.

Sebenarnya orang ramai tak kisah pun tentang bentuk fizikal menteri, kalau diorang buat kerja

Pekerjaan utama wakil rakyat adalah untuk ‘mewakili’ suara-suara rakyat yang telah memilih mereka. Seperti yang berlaku pada Rina Harun, kami yakin kalau dia melakukan kerjanya dengan baik, pasti orang ramai tak kisah sangat pun dengan gaya penampilan yang dia miliki. Malangnya, melakukan aksi seperti alah-alah model ketika pekerjaan utama sebagai menteri kelihatan diabaikan, tentunya akan mengundang kemarahan orang ramai.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top