Sanusi perang mulut dengan TMJ berpunca dari tak bayar gaji, ini ceritanya

sanusitmj1

Apabila dua sosok masyarakat berlaga kata, seronok jugak tengok sebenarnya. Sebelum ni, TMJ sememangnya dikenali sebagai sorang tokoh yang agak lantang dan berani bersuara. Manakala MB Kedah, Muhammad Sanusi jugak banyak kali terlibat dengan kontroversi, jugak bertikam lidah. Macam beberapa bulan lalu, MB Kedah ni bertikam lidah dengan Pulau Pinang dalam soal air. Sekarang ni pulak, dia dengan TMJ. Macam ada KPI je nak lawan siapa bulan ni ye…

sanusi tmj
Via Mykmu.net

Berpunca dari isu tak bayar gaji pemain, TMJ ‘tembak’ pengurusan pasukan Kedah sebelum bertembung JDT

Semua ni bermula dari isu tunggakan gaji para pemain Kedah Darul Aman (KDAFC). Sebelum ni, Persatuan Bolasepak Kedah memang berdepan masalah tunggakan gaji sebelum Liga Malaysia bermula. Namun ia dah diselesaikan beberapa hari sebelum bertembung dengan JDT. Mengetahui perkhabaran ni, TMJ tegur dulu pihak pengurusan KDAFC. Katanya dalam satu ciapan di Twitter:

“Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji? Sampai bila nak perangai macam ni? Kepala Pistol.”

tmj pistol
Via Malaysiakini.

Presiden KFA, MB Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membalas semula ‘tembakan’ tersebut dengan nada yang lebih sinis:

“Sekarang ni bulan 11 dah… bulan 1 sampai bulan 10 kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa??? Apa punya peluru kapur tala ikut suka dia…”

komen tmj kepala pistol
Via Labolamalaya

Ni bukan kali pertama TMJ tegur pengurusan KDAFC pasal tunggakan gaji. Tahun lalu pun, dia dedahkan tentang masalah tunggakan gaji KDAFC sehingga berlaku ‘perang dingin’ dengan bekas Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris. Asmirul tampil menjelaskan bahawa pihak penaja dah mohon tangguh pembayaran sehingga tamat gelombang pertama. Namun oleh disebabkan PKP yang dilanjutkan pada April tahun lalu… diorang pun terjejas teruk.

Akibat pandemik, pihak pengurusan dan badan gabungan di Kedah dan seluruh Malaysia sukar strukturkan semula kewangan pasukan masing-masing, apatah lagi nak adakan perbincangan dengan para pemain. Selain tu, Asmirul jugak mempersoalkan kewajaran JDT nak campur tangan dalam pengurusan Kedah seolah melangkaui FAM. Lagi-lagi nak tularkan perkara tu kat media sosial terutamanya ketika negara sedang gawat dengan Covid-19.

Kini pada tahun 2021, KFA sekali lagi menghadapi masalah tunggakan gaji selama 2 bulan namun dah berjaya diselesaikan. TMJ membalas semula:

“Salam Datuk. Gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. ‘Well done’, jaga diri dan jaga kesihatan. Kalau nak diet call, saya ajar,” – TMJ, seperti yang dipetik Mykmu.net

Kemudian Sanusi cepat membalas:

“Hang tak pakai seluaq lagi aku main bola dah…La ni pun dok main bola lagi…Diet apa dier?… “Diet sakan pun tak leh menang jugak… tertomos (tertumus) pulak…adeh!!

tmj tertomos
Sanusi gelakkan TMJ terjatuh kat padang.. Video lama ni.. -Via Kosmo

 Sanusi ‘tolak’ pemberian McDonalds dan jambangan bunga dari TMJ, lebih pilih makan cengkodok goreng

Selepas habis perlawanan bola sepak menentang JDT, Sanusi sindir JDT setelah hanya mampu catatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Kedah di Alor Star dalam aksi suku akhir pertama.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Kedah walaupun seri malam tadi, saya hadir (ke Stadium Darul Aman), memang jangka (Kedah) balun JDT, ternyata JDT bukan lawan calang-calang dan kita mengakui kehebatan mereka. Kedah walaupun negeri miskin tetapi semangat juang kita tinggi dan sekeras besi,”- Sanusi, dilaporkan oleh LabolaMalaya

kedah jdt
Antara aksi perlawanan Kedah vs Johor dalam Piala Malaysia.. -Via Makanbola

TMJ pun macam taknak lagi dah perang mulut di media sosial je, mengorak langkah hantar kiriman kat Sanusi. TMJ menerusi wakilnya, hantar bunga dan makanan segera McDonald’s kepada Sanusi. Tulis TMJ menerusi Instastories miliknya:

“No diet? One way to keep a Clown happy. McDonalds…Always work. (Tidak diet? Dalam perjalanan untuk Badut gembira. McDonalds sentiasa menjadi),”- seperti yang dipetik Kosmo

Sanusi membalas lagi menerusi hantaran kat Facebook miliknya;

“Coqkodok pisang dan coqbilih kucai tetap menjadi pilihan walaupun ada setambun McD di depan. Selera bahan tempatan yang segar tak mungkin dapat direntap burger dan ayam daging hidangan mat saleh hidung merah berkasut besar,” – seperti yang dipetik Utusan

Buat masa ni, TMJ belum lagi ‘membalas’ Sanusi. Kami tak menolak sekiranya ia terus berlangsung memandangkan kedua-duanya jugak sudah diketahui agak lantang dan taknak mengaku kalah. Walau bagaimanapun, kami harap ni sekadar usikan yang tak membawa kepada ‘percakaran’ yang lebih teruk pada masa hadapan.

Selain tu, kami jugak berharap isu tunggakan gaji pemain ni tak lagi berlaku khususnya ketika ekonomi pun dah semakin bergerak pantas selepas kelonggaran perintah pergerakan ni. Penstrukturan kewangan harus direncanakan sebaiknya agar kebajikan para pemain tak lagi terabai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *