Sperma dari elemen api? Ini antara hujah dari Fynn Jamal yang dapat kecaman netizen

F1

Beberapa hari ni hangat pulak isu yang dibawa oleh Fynn Jamal, sorang penyanyi wanita yang popular dengan ulasan-ulasan berbentuk motivasi dan keagamaan. Bukan sekali ni Fynn Jamal ‘terlibat’ dalam kontroversi yang mengundang reaksi kecaman oleh warganet, namun ia tak ‘patahkan’ jugak semangatnya untuk keluarkan ulasan yang boleh ditafsirkan secara salah lagi-lagi dengan menggunakan dalil agama.

Fynn Jamal Kucing Mengawan Tudung 1
Fynn Jamal dan satu lagi jawapan kontroversialnya pasal rogol.. Via Astro Gempak

Wanita sebagai ‘bomba’ nafsu lelaki, Caprice dan Wardina bantah rogol adalah salah mangsa

Antara kenyataan berani Fynn Jamal ialah dia kata punca rogol ni dari wanita, khususnya dengan perilaku wanita yang dilihat selalu tayang muka dengan filter-filter comel kat media sosial. Lepas tu dia gunakanlah dalil agama dengan nama Rasulullah bahawa jika ada yang bangkitkan syahwat suaminya, maka suami kena laksanakan ke atas isterinya.

Dalam tangkap layar yang lain lagi, Fynn Jamal dengan panjang lebarnya seolah ‘menuduh’ bahawa wanitalah punca kejatuhan lelaki, punca terlalu ramai lelaki membujang dan berkahwin ke neraka, dan kemudiannya berkongsi fakta (yang tak diketahui asal dan sanad pun) dari “Ustaz Khalid Basmalah” bahawa sperma adalah dari elemen api.

Suami Sperma Api
Via Twitter

Oleh sebab wanita ni pun dia kata, bagi ‘jantan’ naik mood lalu bila wanita kata tak nak, lelaki tu dah tak boleh fikir dah. Walaupun dengan jawapan “tidak” sekalipun, kita tak boleh harapkan lelaki tu boleh kawal diri sendiri. Dalam satu lagi tangkap layar, Fynn ni bukanlah ada niat nak backup para perogol dan dah samakan perogol tu macam binatang. Tetapi kerana mereka ‘binatang’, Fynn rasa lebih baik nasihat kat lauk-lauk tu je lah…

https://twitter.com/sryzhm/status/1276400911124848641

Kecaman warganet ni jugak disambut oleh Caprice, dan seterusnya Wardina. Caprice dan Fynn ni setuju buat sesi langsung kat Instagram untuk ‘berdebat’ pasal perkara ni, sekaligus nak fahamkan apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Fynn Jamal sebelum ni. Antara yang dibangkitkan oleh Caprice adalah kaitan jenayah rogol tu dengan selfie pulak.

“Adakah Fynn sangka semua wanita berhias untuk lelaki. Mak saya bersolek bukan untuk my dad tapi dia mau feel good. Tapi bila Fynn kata pakai filter jadi rape, Caprice keliru – Caprice, seperti yang dipetik Mstar pada 28 Jun

Caprice Fyn Jamal
Caprice tengah debat dengan Fynn Jamal..  Via ProjekMM

Fynn mempertahankan ideanya bahawa menormalisasikan pengunaan filter ni memang untuk menunjuk-nunjuk dan bukan untuk keyakinan diri. Penggunaan filter ni jugak bukanlah punca terus jenayah rogol, contohnya asal pakai je terus kena rogol pulak.

Caprice membalas kembali:

“Pendapat saya, jenayah tetap jenayah walau apa pun aplikasi (seperti) filter, Facebook, Youtube…Media sosial seperti ini boleh saja digunakan untuk membangkitkan ummah, manusia saja yang salah guna.

Masyarakat juga turut bertanggungjawab terhadap jenayah seperti rogol. Bagi saya perogol ada sakit mental dan gila.

Saya cuma tak dapat terima penggunaan filter ada kaitan (dan perlu dipersalahkan) untuk kes rogol,”- Caprice, seperti yang dipetik Malaysiakini pada 28 Jun

Wardina jugak tampil bersuara dalam isu ni dalam sesi langsung di Instagram bersama Fynn Jamal. Wardina nasihatkan Fynn agar lebih berhati-hati dalam mengupas isu rogol dan aurat ni sebab kenyataan terdahulunya seakan-akan meletakkan jenayah tu di bahu wanita.

“Semua orang menutup aurat tapi hakikatnya rogol berlaku sejak sekian lama dan sukar dibendung. Walau niat Fynn untuk menyedarkan orang ramai tapi cara awak seperti menyalahkan wanita semata-mata. Tutup salah, tak tutup salah. Hakikatnya dalam dunia ini tak semua wanita menutup aurat misalnya wanita bukan Islam. Jadi isu ini kompleks dan ada banyak lapisan. Ia tidak boleh dibincangkan dengan cara sebegini”- Wardina, seperti dipetik Mstar pada 30 Jun

Wardina Fynn Jamal
Jarang Kak Wardina ni nak tampil di perhatian umum.. kali ni terus bagi nasihat. Via Kool FM

Wardina jugak turut menasihati Fynn agar memohon maaf secara terbuka dan bersimpati dengan mangsa rogol. Menyudahi isu tersebut, kesimpulan Wardina ni mungkin suatu yang harus direnungi ramai:

“Wanita bukan satu fitnah tapi seluruh dunia ini fitnah. Tapi kita perlu hidup dalam masyarakat yang mana wanita pun boleh keluar rumah dan pergi belajar”.

https://www.youtube.com/watch?v=kmF9gbO5VPc

Persoalan rogol tak seharusnya hanya cakap pasal nafsu dan aurat wanita je, ia adalah jenayah yang harus dibanteras segenap masyarakat

Apa yang dikatakan oleh Fynn Jamal tu bukanlah suatu yang mengejutkan sebab ni dah menjadi tanggapan mereka yang masih rasa punca utama isu rogol adalah hanya seputar nafsu, lelaki dan wanita yang kuat menggoda je (termasuklah penggunaan filter dan tak tutup aurat).

Jika kita mempertimbangkan hujah yang dikemukakan oleh Caprice dan Wardina, kedua-duanya tak setuju dengan kenyataan mudah Fynn tu sebab bukan je memperlihatkan wanita ni tak lebih dari objek seks je, ia jugak menampakkan seolah-olah lelaki ni rendah sangat hingga dianggap cuma ‘bernafsu binatang’ dan takkan dapat kawal nafsu pulak dah.

Jangan Merogol
Via Cukong Press

Sebenarnya ia tak hanya kerana nafsu je, sebab memang dah banyak kajian menunjukkan bahawa perogol ni biasanya mempunyai masalah kesihatan mental. Kami petik salah satu kajian terhadap perogol kat India, antara negara yang ‘popular’ dengan bermacam-macam kes jenayah ke atas kaum wanitanya.

Jaydip Sarker (2013) buktikan beberapa masalah kesihatan mental dan kegagalan kognitif yang menjadi punca jenayah tersebut terus berlaku adalah;

  • Masalah neurobiologikal
  • Manifestasi dari penyakit psikatrik yang diperkuatkan dengan salahguna dadah atau alkohol
  • Paraphilia, atau wujudnya fantasi-fantasi seksual secara melampau
  • Masalah intimasi, dan rasa kurang kasih sayang akibat dibesarkan oleh latar keluarga yang berpecah-belah
  • Kegagalan kognitif, dimana banyak stereotaip salah tentang wanita dan lelaki dalam masyarakat.
Rogol Jenaka
Ada jugak menjadikan rogol tu sebagai ugutan dan jenaka… Via Mstar

Kalau dinilai semula kenyataan Fynn Jamal, ternyata kita boleh golongkan masalah hujah Fynn ni kat kegagalan kognitif tu sendiri. Lebih buruk, meminjam dalil agama untuk meneguhkan fikiran tersebut agak berbahaya kerana ni tak menyelesaikan jenayah; malah boleh memberi lebih banyak alasan agar jenayah rogol tu jadi sekadar ‘fenomena’ pulak.

Lelaki pun boleh rogol lelaki, wanita pun boleh rogol lelaki… yang ni nak letak kat kategori salah mana dan siapa?

Male Rape Case Asean
Lelaki dirogol.. yang ni salah siapa lagi? -Via The Asean

Kalau dah nama jenayah, lebih baik kita selesaikan jenayah tu dari konteks kelakuan dan pelaku tu berbanding pukul rata bahawa puncanya sentiasa pada mangsa tersebut atau orang lain.

Kami kena puji jugak Fynn Jamal ni sebenarnya kerana dari satu sudut, dia berani je berdebat secara langsung di depan ramai penonton tu kat Instagram. Walaupun demikian, apa yang dikatakannya tu sudah bertentangan dengan situasi rogol sebagai jenayah dan tak sepatutnya diterima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *