Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Isu Semasa

YDPA titah pemimpin politik jangan ekstrem

By Subeditor
April 7, 2024 3 Min Read
Comments Off on YDPA titah pemimpin politik jangan ekstrem

Susulan isu logo kasut keluaran Vern’s Holding Sdn Bhd yang didakwa mirip kalimah ALLAH, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan pertemuan dengan pihak bertanggungjawab dalam masa terdekat, bagi menyelaras tindakan bersepadu menangani isu tersebut.

Ia termasuk pertemuan dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, menjadi komitmen utama jabatan itu untuk menjaga kesucian agama Islam dan maslahat umat Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang jelas terbukti membuat tindakan yang menghina agama Islam,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa, kasut Vern’s yang dibelinya memaparkan logo yang seakan-akan kalimah ALLAH.

Mengulas mengenai pertemuan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan Pengasas dan Pengarah Urusan Vern’s Holding Sdn Bhd, Datuk Seri Ng Chuan Hoo hari ini, Mohd Na’im berkata, jabatannya menyerahkan proses selanjutnya kepada siasatan PDRM.

“Jakim telah diarah untuk memberikan kerjasama penuh kepada PDRM dalam melengkapkan siasatan. Sekiranya terdapat elemen yang bertentangan dengan undang-undang, maka proses selanjutnya akan diambil oleh pihak PDRM,” katanya.

Mohd Na’im dalam pada itu menasihatkan semua pihak untuk sentiasa bertenang serta tidak mengambil apa-apa langkah melulu yang bertentangan dengan undang-undang negara.

Beliau berkata, menjadi kewajipan semua pihak untuk menjaga akhlak dan tingkah laku, agar keharmonian dan perpaduan dalam negara sentiasa terpelihara, pada masa sama semua pihak perlu mengambil pengajaran daripada situasi tersebut, agar ia tidak berulang pada masa akan datang. – Bernama

Sultan Ibrahim titah pemimpin politik perlu berhati-hati

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berharap pemimpin politik di negara ini, tidak ekstrem dalam memberikan pandangan berkenaan isu-isu agama dan perkauman.

Seri Paduka Baginda bertitah pemimpin daripada semua parti mesti menjadi jambatan atau penghubung antara masyarakat majmuk di Malaysia, dengan memberikan contoh perilaku yang matang.

“Saya ingin menasihati semua pihak untuk memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan, bukannya perpecahan.

“Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni,” titah Seri Paduka Baginda dalam hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.

Dalam hantaran itu, Sultan Ibrahim bertitah bahawa kejadian baru-baru ini sepatutnya membuka mata semua pihak daripada pelbagai lapisan masyarakat, untuk mempunyai tanggungjawab menjaga perpaduan negara.

“Perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat, akan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan sejagat Malaysia. Menjelang Hari Raya yang mulia ini, bermaaf-maafanlah antara satu sama lain dan buka lembaran baharu,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim telah berkenan menerima mengadap pimpinan kanan UMNO dan DAP di Istana Negara, yang tertumpu kepada perkembangan semasa berkaitan isu-isu sensitiviti agama dan kaum.

Pemimpin yang hadir pada sesi mengadap itu ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Dr Akmal yang sebelum ini amat ekstrem junjung titah

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk parti itu menjaga keharmonian dan memelihara kesucian agama Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu berkata, Sultan Ibrahim bertitah demikian supaya polemik yang berlaku ketika ini dapat diredakan.

“Alhamdulillah, pagi ini saya bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Rauf Ab Yusoh dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Saya menjunjung titah di atas nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga keharmonian negara dan memelihara kesucian agama Islam agar polemik yang berlaku dapat diredakan.

“Didoakan semoga Baginda dikurniakan kekuatan, kesihatan serta terus kekal bersemayam di singgahsana dan dapat memerintah negara dengan penuh kedaulatan dan kebesaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menjadi pemimpin UMNO yang lantang mempertahankan isu melibatkan 3R (agama, institusi raja dan kaum).

Tindakan tersebut katanya menjadi prinsip UMNO untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1
Previous

Zafrul letak jawatan Umno Selangor, timbulkan spekulasi

f1
Next

Dr Akmal disekat ke Sabah, Anifah setuju

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme