Wanita British kutuk Nasi Lemak, tentera BAWANG Malaysia bersatu mengecamnya

F1
Wanita British kutuk Nasi Lemak, tentera BAWANG Malaysia bersatu mengecamnya

Masih ingat tak pada isu ‘Rendang Crispy‘ 2 tahun lepas? Kalau rendang yang dikritik tak rangup atau “crispy” pun dah buat netizen di Malaysia meroyan sampai rancangan realiti Master Chef diserang oleh tentera bawang, kali ini, Katie Morley, seorang wartawan di British pulak yang jadi mangsa kritikan netizen.

Zaleha Rendang 14052019
Berkat sokongan netizen, akhirnya Puan Zaleha berjaya terbitkan buku resepinya. Via Malaymail

Sebabnya, Katie ada tweet pasal nasi yang dia order dalam flight tak sedap. Katanya telur tak berapa masak, ikan bilis berbau dan berlendir. Euww! Tapi masa tu dia tak tahu nasi ini sebenarnya Nasi Lemak sebab dia tulis “chicken curry” padahal dalam gambar itu nasi lemak yang dihidang dengan sambal ikan bilis.

Tweet1
Tweet Katie Morie yang dikecam ramai. Via Twitter

Kesian Katie Morie, manalah dia tahu makanan dalam flight itu Nasi Lemak

Tapi, kalau kita jadi Katie, agak-agak kita lalu tak nak makan nasi lemak dalam kapal terbang yang rasa memang ke laut sangat? Walaupun ramai yang marah sebab Katie cakap Nasi Lemak tak sedap, ada juga yang cadangkan dia cari Nasi Lemak di darat. Tak kurang juga yang suruh dia naik AirAsia atau MAS untuk rasa Nasi Lemak yang lebih sedap daripada apa yang dihidangkan dalam British Airways.

Selama ini makanan dalam flight sedap ke? Via Giphy

Walaupun dah dikecam netizen dari Malaysia, tapi Katie tak ambil pusing sangat dengan komen-komen negatif. Bagusnya dia ni, dia pergi cari Nasi Lemak seperti yang dicadangkan oleh netizen di Twitter. Dalam tweet terbarunya, dia kata dia pergi Restoran Zheng di Chelsea yang menghidangkan Nasi Lemak. Rupa-rupanya, memang sedap Nasi Lemak ni! Haa, baru dia tahu makanan Asia memang sedap dan cukup perasanya. Tak macam makanan di Barat yang kurang rasa (flat and tasteless).

 

Tweet2
Dia cakap sedap! Haa, tau takpe. Via Twitter

Disebabkan keterbukaan hati Katie Morie yang gigih juga cari Nasi Lemak di bumi UK itu, netizen yang sebelum ini marah padanya turut memohon maaf. Haa, kan bagus begitu? Ini antara tweet yang kami sempat tangkap layar (screenshot)…

Via Twitter 

Selain makanan, rakyat Malaysia turut bersatu membawang bila Nas Daily cari pasal

Kelakar juga bila kita tengok netizen di Malaysia ini. Kalau bergaduh bab politik bukan main masing-masing tak nak mengalah. Tapi apabila makanan tempatan dikritik, fuh, boleh pula bersatu hati. Mungkin perangai bawang netizen kita agak keterlaluan, tapi dalam masa yang sama, kita tak boleh nafikan kita semua ada semangat sayangkan makanan tempatan.

Nas Daily Insert
Punyalah power netizen Malaysia ni membawang, sampai Nas Daily buat status khas untuk orang Malaysia saja. Via The Vocket

Selain makanan, ada juga isu lain yang buat satu Malaysia bersatu-padu menjadi pahlawan papan kunci. Salah satunya, bila Nas Daily, vlogger terkenal di Facebook mengkritik Malaysia dalam beberapa buah video. Yang paling menjentik perasaan marah orang Malaysia adalah sebab dia buat video pasal pelarian Syria yang terkandas di KLIA selama beberapa bulan. Seolah-olah nasib malang pelarian itu tak dibela padahal kita dah layan pelarian Syria itu dengan baik, kot!

Memang mudah membawang di media sosial, tapi harus berpada-pada…

Kami pun nak ingatkan juga pada anda semua, memang dunia digital tak ada sempadan. Tapi cubalah untuk kawal segala komen yang keterlaluan. Kalau dalam dunia fizikal kita boleh berhemah dan menjaga pertuturan, mengapa tidak di alam maya, kan? Selain makanan dan kritikan orang luar, apa lagi yang anda rasa dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia di media sosial?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top