Bapa durjana, rogol dan rakam anak perempuan yang berusia 12 tahun

1211
Bapa durjana, rogol dan rakam anak perempuan yang berusia 12 tahun

Tiada berita yang lebih membuatkan kami termenung daripada berita seseorang yang sepatutnya melindungi anaknya – tapi dia pula yang ‘memakan’ anaknya. Kami pun tak tahulah; bagaimana seseorang manusia tu boleh bertindak di luar fikiran kewarasan fikiran. Walaupun kes seorang ayah merogol anak bukanlah kes baru, tapi kes kali ni lebih menyedihkan, sebabnya…

Rogol anak 12 tahun yang ada kad OKU, bukan sekali tapi berkali-kali…

Seorang pemandu lori mengaku bersalah merogol, melakukan seks luar tabii dan hasilkan video pornografi anak kandungnya berusia 12 tahun, anak yang dirogolnya tu merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) bagi kategori masalah pembelajaran.

Lelaki berusia 41 tahun tu membuat pengakuan atas empat pertuduhan didakwa ke atasnya oleh Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah.

11
Via Astro Awani

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua dia didakwa merogol anaknya kat sebuah rumah di Marang kira-kira jam 11 pagi pada 20 September lalu sebelum mengulangi perbuatan itu kat beranda rumah yang sama kira-kira 5 pagi pada keesokan hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan dikenakan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Apalah nak jadi dengan dunia ni?! Via Giphy

Lelaki tu turut tertuduh didakwa melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap mangsa di sebuah rumah di Marang kira-kira jam 11 pagi pada 20 September lalu. Dia yang didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu bakal dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan dengan kesalahan.

Selain tu, dia turut didakwa hasilkan video pornografi menggunakan telefon bimbit mangsa pada masa, tarikh dan tempat sama seperti pertuduhan melakukan seks di luar tabii. Bagi kesalahan tu, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 30 tahun dan dikenakan tidak kurang daripada enam sebatan jika disabitkan kesalahan.

Geramnya kami dengar. Via Giphy

Mahkamah dah jatuhkan hukuman, bapa durjana ni akan meringkuk 40 tahun dalam penjara…

Penjenayah tadi tu akan dijatuhi hukuman 40 tahun penjara dan 24 sebatan atas empat pertuduhan yang kami sebutkan tadi. Keputusan tu dibuat hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman selepas tertuduh yang berusia 41 tahun mengaku bersalah atas semua pertuduhan.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 376b Kanun Keseksaan, Seksyen 377b Kanun Keseksaan dan seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menghasilkan video pornografi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua tertuduh dah lakukan persetubuhan dengan anak kandungnya yang berusia 12 tahun. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, mahkamah masing-masing jatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan lapan sebatan serta memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan.

Manakala bagi pertuduhan ketiga tertuduh dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan dua sebatan sementara itu bagi pertuduhan keempat tertuduh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun dan enam sebatan.

321
Via Astro Awani

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap. Selain tu, mahkamah turut arahkan pemandu lori tu diletakkan di bawah pengawasan selama setahun mengikut seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu hakim dalam penghakimannya berkata perbuatan yang dilakukan tertuduh amat keji dan terkutuk – tertuduh sepatutnya beri contoh dan mendidik anaknya memandangkan mangsa adalah OKU tapi bertindak sebaliknya apabila mengambil kesempatan dengan melakukan perbuatan terkutuk itu. Pendakwaan tu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.

Kalau dah duduk dalam, nak menyesal pun dah tak guna bro. Via Giphy

Kami pun tak tahu macam mana orang boleh sekejam ni, tapi kita kena fikirkan sesuatu

Manusia ni sebenarnya susah nak diramal; ada orang yang baiknya nak dekat-dekat level nabi, ada pulak yang jahatnya sampai level syaitan pun malu nak mengaku saudara. Masyarakat kita harus sentiasa melindungi kumpulan masyarakat yang terdedah kepada jenayah seperti ini. Selalunya apabila ia melibatkan keluarga; kes tu akan ditutup sebab ahli keluarga malu.

Kerajaan pun dah perkenalkan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, setahu kami benda ni sedikit sebanyak membantu menghukum penjenayah seksual terhadap kanak-kanak. Semoga lepas ni kita tak dengar dah kes-kes yang kejam macam ni.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top