Mengapa lebih ramai lelaki meninggal dunia akibat COVID-19? Ini sebabnya

F1
Mengapa lebih ramai lelaki meninggal dunia akibat COVID-19? Ini sebabnya

Statistik dapati secara purata lelaki lebih pendek umur daripada wanita. Selain tu, lelaki jugak paling terdedah dengan pelbagai penyakit kronik seperti jantung dan kanser. COVID-19 seperti mengikuti corak yang sama. Statistik di kebanyakan negara di dunia mendapati jumlah lelaki mendapat wabak virus pembunuh itu adalah lebih tinggi berbanding wanita.

Mm Mb
Data ni menunjukkan umur wanita lebih panjang. Via Our Data In World

Kadar kematian lelaki akibat COVID-19 kira-kira lebih sekali ganda tinggi berbanding wanita. Dari China, ke Perancis, Itali, Denmark, Iran sehingga ke Jerman, coraknya serupa.

Di seluruh dunia, statistik menunjukkan kadar kematian lelaki akibat COVID-19 lebih tinggi

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh The Wall Street Journal pada hujung Mac lalu, peratusan kematian pesakit lelaki COVID-19 di Itali dan Denmark dah cecah 71 peratus berbanding pesakit wanita 29 peratus.

Cuma laporan tu tak dedahkan data kat Amerika Syarikat (AS). Namun, berdasarkan laporan portal Vox Media, di New York, angka kematian 6,200 orang, 60 peratus merupakan pesakit COVID-19 lelaki. Jika berdasarkan peratusan tu dan statistik semasa di negara ni, peratusan kematian pesakit COVID-19 lelaki di Malaysia agak tinggi berbanding negara lain.

Berdasarkan statistik semalam dengan 77 kematian, 59 kematian libatkan pesakit lelaki manakala hanya 18 kematian melibatkan pesakit wanita. Benda ni bermakna dari segi peratusan, jumlah kematian bagi pesakit lelaki di Malaysia adalah 76.6 peratus berbanding kaum wanita 23.4 peratus. Mengapa COVID-19 lebih mudah merebak dan lebih ‘fatal’ dalam kalangan kaum lelaki, khususnya di Malaysia?

Mm Mb
Statistik kematian akibat COVID-19 di Malaysia. Via KKM

Berkongsi pendapat mengenai trend COVID-19 mengikut gender, Pakar Perunding Perubatan dan Paru-paru, Sunway Medical Centre Velocity di Kuala Lumpur, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa kata; ada banyak faktor yang menyumbang kepada corak statistik serupa di seluruh negara.

Dr Nurul Yaqeen senaraikan enam faktor utama – tahap imunisasi, gaya hidup tidak sihat kaum lelaki, kelebihan hormon estrogen, disiplin membasuh tangan, kecepatan mendapatkan rawatan dan kelebihan kromosom X pada wanita.

Mm Mb
Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa. Via Business Malaysia

Secara puratanya, wanita ada sistem imunisasi yang lebih cekap berbanding kaum lelaki. Hormon estrogen iaitu salah satu hormon utama pada wanita juga membantu beri perlindungan daripada jangkitan virus kepada wanita.

“Selain itu, wanita mempunyai lebih kromosom X berbanding lelaki. Kromosom X ini bertanggungjawab untuk menjana komponen penting dalam sistem imunisasi terhadap jangkitan virus,” – Nurul Yaqeen, seperti yang dilaporkan SINAR HARIAN

Ada dua “benda” yang sering dikaitkan dengan lelaki yang boleh membawa penyakit

Selain tu, ramai yang kata kadar kesedaran dan disiplin terhadap kesihatan dalam kalangan wanita lebih tinggi apabila diorang lebih gemar basuh tangan dan segera dapatkan rawatan sekiranya ada simptom penyakit tertentu.

Via Giphy

Lelaki lebih terdedah kepada penyakit kerana kebanyakan diorang bekerja di luar rumah dan kerap berumpul beramai-ramai di luar rumah.

“Kajian sains sosial juga telah membuktikan lelaki biasanya mengambil mudah terhadap penyakit-penyakit yang dihidapi mereka. Lelaki sukar untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan di peringkat awal gejala. Kebanyakan kaum lelaki sering berjumpa doktor setelah berada di peringkat pertengahan atau akhir penyakit iaitu ketika penyakit sudahpun menjadi serius atau sukar dikawal,” – Nurul Yaqeen, seperti yang dilaporkan SINAR HARIAN

Ketika mengupas mengenai gaya hidup tak sihat lelaki, Dr Nurul Yaqeen sebut dua perkataan iaitu merokok dan alkohol. Ini mungkin masa yang terbaik untuk perokok fikirkan semula tabiat merokok yang telah diakui pakar-pakar perubatan dunia meningkatkan risiko wabak COVID-19.

Apabila korang dah mabuk, otak pun melayang. Via Giphy

Lebih ramai lelaki yang merokok dan minum alkohol (lima kali ganda berbanding wanita) menyebabkan sistem imunisasi diorang lebih rendah. Sebab tu diorang lebih mudah dapat jangkitan COVID-19 yang serius sehingga mengakibatkan kematian.

Merokok boleh sebabkan virus mudah berpindah daripada tangan ke mulut melalui rokok. Virus COVID-19 serang paru-paru kerana ada reseptor angiotensin converting enzyme 2 (ACE-2).

“Perokok juga sering mendapat penyakit seperti kanser paru-paru dan penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik yang menyebabkan kesan COVID-19 bertambah teruk sekiranya mereka terkena jangkitan penyakit ini,” – Nurul Yaqeen, seperti yang dilaporkan SINAR HARIAN

Reseptor ACE-2 dalam saluran pernafasan menarik virus COVID-19 untuk menjangkiti seseorang

Data daripada jurnal Epidemiological and Clinical Features of the 2019 Novel Coronavirus Outbreak in China turut akui keparahan koronavirus dalam kalangan kaum lelaki di China. Kajian tunjukkan paru-paru perokok ada reseptor ACE-2 yang lebih banyak berbanding bukan perokok. Reseptor ACE-2 ni dianggap tapak bagi virus koronavirus kerana protein SARS-CoV ada ikatan yang kuat dengan ACE-2 untuk masuk ke sel-sel paru-paru manusia.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar turut akui tabiat merokok yang meningkatkan reseptor ACE-2 dalam saluran pernafasan menarik virus COVID-19 untuk menjangkiti seseorang.

Perokok yang kebanyakannya lelaki lebih mudah dijangkiti dan menemui maut angkara COVID-19 kerana perokok mempunyai paru-paru yang kurang sihat.

“Selain imuniti tubuh yang rendah kerana merokok, paru-paru perokok juga lebih tinggi reseptor ACE-2 yang menarik Covid-19. Namun, selain faktor itu individu yang tinggi risiko Covid-19 termasuklah individu yang menghidap penyakit kronik, penyakit jantung, obesiti dan pendedahan yang terlalu banyak di luar rumah,” – Zainal Ariffin, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian

Terpulang koranglah nak buat apa, cuma gaya hidup sihat membantu melawan penyakit

Penyakit boleh menimpa sesiapa sahaja, dan kematian pulak adalah tetamu yang tak diundang. Ini merupakan hujah yang selalu digunakan untuk melakukan aktiviti yang boleh membahayakan kesihatan. Seseorang boleh buat apa dia suka, tu kami setuju. Cuma, untuk kebaikan diri – adalah lebih baik kita amalkan gaya hidup sihat, badan akan terasa cergas dan minda menjadi cerdas. Dah macam slogan sukan – badan sihat, otak cerdas. Pilihan di tangan korang, dah besar kan, pandai-pandailah hidup.

 

Maklumat artikel ini diambil dan disunting dari artikel Covid-19 mudah membunuh lelaki Malaysia terbitan Sinar Harian.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top