Ramai yang tak faham macam mana koronavirus boleh merebak, pakar ni jelaskan…

F1

Sejak berita penularan koronavirus kat China, macam-macam cerita yang kita dengar. Kami pun dah tulis beberapa artikel berkenaan virus yang sering disebut sebagai Wabak Wuhan. Banyak informasi yang berlegar-legar di media sosial, semalam kerajaan ada beri amaran jangan sebarkan berita palsu yang boleh sebabkan kegusaran rakyat. Kami setuju dengan kerajaan, kita patut bertenang dan sentiasa ambil langkah berjaga-jaga dalam menghadpi virus ni.

S1
Pengumuman khas semalam dilakukan oleh Tun Mahathir. Via AWANI

Dalam banyak-banyak maklumat yang ada tu, ada di antaranya berikan tips berjaga-jaga, dan sesetengah pula cuba ambik kesempatan dengan jual macam-macam produk pseudo-sains (sains palsu) – macam yang kami dah cakap semalam. Oleh sebab tu kami nak bawakan beberapa tips yang telah diperakui oleh pakar.

Kebetulan jugak editor kami ada ijazah dalam bidang biologi, jadi kami punya tanya dia benda-benda asas pasal virus ni. Dia pun berikan beberapa tips berdasarkan satu interview yang dilakukan oleh CBC yang panggil Dr. Peter Lin yang terkenal sebagai pakar perubatan kat Kanada.

1. Benda asas yang korang kena tahu, virus tak boleh berjalan atau terbang

Virus ni tak boleh terbang atau berjalan, dia perlukan kita untuk kutip dia. Contohnya – apabila orang yang terjangkit bersin dan cecair bersin dia ada dekat meja. Kita pun pergi pegang meja tu. Kebetulan hidung kita gatal, kita pergi korek hidung. Maka kita pun ada keberangkalian untuk terkena. Dalam erti kata lain – kita yang pergi kutip virus tu kat meja.

2. Salah satu fungsi topeng muka adalah elakkan kita daripada sentuh hidung

Salah satu fungsi topeng muka dalam Wabak Wuhan ni – untuk elakkan tangan kita daripada pegang muka. Sebab dekat muka ada hidung. Tangan kalau gatal nak garu something, garu benda lain. Jangan muka. Sebab korang kena ingat satu benda penting – hidung adalah tempat terbaik untuk koronavirus tu masuk.

S1
Via Femagonline

Sebab itu galakkan bersin dekat lengan tu tak berapa baik, sebab selalunya kita akan pegang lengan sementara tunggu orang (orang Malaysiakan selalu lambat), lepas tu kita salam dan laga-laga pipi. Ingat topeng muka yang selalu orang pakai tu – jenis pakai buang. Kalau dah pakai sampai 6-7 kali, siap dah ada cecair; itu bukan elak penyakit, itu cari penyakit.

3. Virus ni tak boleh hidup tanpa rumah, ia bukan macam binatang atau manusia, boleh hidup tanpa rumah

Benda paling asas tentang virus ni, dia tak boleh hidup tanpa rumah. Setiap virus perlukan perumah untuk hidup dan berkembang. Saintis dah tengok koronavirus ni bawah mikroskop elektron (yang paling power, boleh tengok). Diorang nampak bentuk koronavirus ni ada ‘duri-duri’ tajam di sekelilingnya.

S1
Macam ‘crown’ kan? Via Proteogenix

Macam mahkota (crown), sebab tu nama dia ‘coronavirus’. Duri-duri ni akan melekat pada rumah. Rumah untuk koronavirus lepak adalah paru-paru. Dia akan buat paru-paru ni macam kilang. Dia akan hasilkan dirinya dengan lebih banyak. Takkan nak lepak seorang dalam tu.

Sebab tu secara teorinya kalau korang makan koronavirus ni korang tak akan sakit, sebab dalam perut ada asid yang cukup untuk cerna dia. Cuma susahlah nak pastikan makanan tu kau tak hidu sebelum makan. Sebab tempat virus tu lepak kat paru-paru.

4. Korang boleh je terkena virus, tapi tak rasa kesan, sebab virus tengah lepak

Setiap virus ni ada ‘incubation period’, penat kami nak Melayukan tapi tak jumpa perkataan sesuai. Senang cakap; tempoh bertenang, atau tempoh lepak. Maksudnya kalau korang terkena virus ni, mungkin korang kena tunggu beberapa masa sebelum korang rasa kesan daripada virus tu.

https://www.youtube.com/watch?v=TYRzWGnr5lc

Contohnya korang terdedah kepada virus tu hari ni, mungkin 4-5 hari baru korang akan demam atau merasai simptom lain. Bergantung pada virus tu. Contohnya Hepatitis B memerlukan ‘incubation period’ dalam 30-90 hari. Sebab tu langkah ambil suhu pesakit di airport kurang efektif, sebab boleh jadi brother tu pembawa virus, tapi virus kat dalam badan dia masih lepak.

Tapi, cuma itu yang kita boleh buat. Ia lebih baik untuk cuba kesan mereka yang dah terkena simptom daripada tak buat apa-apa langsung. Oleh sebab tu pentingnya kesedaran masyarakat – untuk cepat-cepat pergi hospital kalau ada simptom, lebih-lebih lagi kalau dah lawat kawasan berisiko.

5. Untuk koronavirus, sekurang-kurangnya orang ramai dah ambik tahu pasal virus ni

Satu benda yang positif pasal koronavirus berbanding SARS; orang dah tahu dan cakna pasal benda ni. Kemudian dah ada test untuk kenalpasti orang yang positif. Ia berbeza dengan SARS yang dulu datang secara ‘mendadak’, apabila orang dah tahu pasal SARS – semuanya agak terlambat sebab ia dah merebak ke serata dunia.

Via Giphy

Untuk Wabak Wuhan ni, setakat ni baru kat China yang agak teruk. Di negara lain semuanya masih berada dalam keadaan terkawal.

Sementara menunggu wabak ni surut, korang kena ambil langkah berhati-hati

Jadi kalau tak nak terjangkit – jangan pergi tempat ramai orang, elakkan tangan dari pegang muka, selalu cuci tangan dan badan. Semalamkan Syed Saddiq ada tunjuk macam nak cuci tangan guna sabun. Korang ikut je cara dia tu – sebab virus tu akan hilang dari tangan apabila korang basuh tangan. Lagi satu – sentiasa ikuti pengumuman dari Kementerian Kesihatan Malaysia, dan jangan sebar berita yang tak betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *