Mulai hari ini tentera akan bantu polis? Ini cerita epik tentera kita yang perlu diketahui

F1

Apa khabar rakyat Malaysia hari ini? Macam yang kita semua maklum, negara kita sekarang ini tengah kuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan. Senang cakap macam separa-‘lockdown’ lah. Memandangkan masih ada rakyat Malaysia yang tak ikut rayuan kerajaan suruh duduk rumah, kerajaan dah arahkan tentera bantu polis kawal keadaan.

Jaga-jaga Kapten Ri tangkap hampa yang dok melilau tu nanti! Hihi. Via Giphy

Walaupun ramai yang panik sebab diorang ingat bila tentera dah terlibat, mesti nak darurat. Eh-eh, jangan salah faham. Tentera cuba bantu polis kawal keadaan, bukan darurat ya! Dalam pada itu, ada juga netizen yang tak habis lagi ‘demam’ dengan drama Korea popular, Crash Landing On You, bergurau kot-kot esok ada abang askar hensem macam Hyun Bin. Hihi. Macam-macamlah korang ni.

Alang-alang kita sebut pasal tentera, kami pun nak kongsilah serba sedikit tentang tentera Malaysia yang hebat ini.

Tentera Malaysia antara yang terbaik di dunia, malah kerap sertai misi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Wow, biar betul? Haa, jangan ingat tentera kita biasa-biasa saja. Kalau anda nak tahu, tentera Australia pun pernah datang ke Malaysia untuk jalani latihan ketenteraan bersama tentera kita seperti dalam siri latihan Eksesais Haringgaroo. Ini menunjukkan tentera kita setanding dengan tentera-tentera negara lain juga.

Ausie
TENTERA Darat Australia timba pengalaman menyeronokkan berlatih bersama tentera Malaysia. Via Berita Harian

Selain tu, negara kita juga kerap menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjadi tentera pengaman PBB. Macam tahun lepas, sebilangan tentera Malaysia telah dihantar ke Lubnan untuk menyertai pasukan pengaman PBB. Negara kita komited dalam menjaga keamanan bukan sahaja dalam negara, malah di peringkat antarabangsa juga.

Malbatt
Pasukan Pengaman PBB yang dihantar ke Lubnan pada 2019. Via Astro Awani

Bermula dengan misi kemanusiaan di Somalia, tentera Malaysia turut terlibat dengan Operasi menyelamatkan Tentera Amerika Syarikat

Pada tahun 1993, telah berlaku Pertempuran Mogadishu di Somalia yang disebabkan oleh kekalahan rejim Somalia dalam Perang Ethopia-Somalia. Dalam masa yang sama juga, Malaysia turut menghantar tentera kita ke sana untuk menyertai misi kemanusiaan di bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu United Nation Operations in Somalia II (UNISOM II). Pasukan yang dihantar ini ialah MALBATT (Malaysian Battalion) I.

Misi UNOSOM dibuat dengan tujuan utama untuk menghantar bantuan kemanusia terhadap peduduk awam Somalia yang menderita kebuluran dan masalah kesihatan akibat perang saudara yang tercetus pada tahun 1991 akibat perebutan kuasa dan wilayah antara puak di Somalia.

61380700114 Freesize
Antara tentera Malaysia yang terlibat dalam misi Black Hawk Down. Via Astro Awani

Tapi macam mana Malaysia boleh terlibat dalam operasi tentera Amerika Syarikat(AS) pula? Puncanya bermula bila 24 orang tentera pengaman dari Pakistan telah diserang hendap oleh kumpulan pengganas bernama Farrah Aidid. Jadi bila dah diserang hendap, AS pun kerahkan tentera mereka untuk menangkap kumpulan pengganas ini.

Pada 3-4 Oktober 1993, AS lancarkan Operasi Gothic Serpent, yang mana dalam operasi ini mereka berjaya tangkap 2 orang kanan pengganas Farrah Aidid itu. Tapi, sebelum sempat operasi mereka tamat, dua buah helicopter Black Hawk ditembak jatuh. Pasukan tentera US yang sepatutnya boleh terus keluar dari kawasan operasi membawa orang tangkapan terpaksa menukar rancangan mereka untuk pergi menyelamatkan krew helikopter yang terhempas.

Akibatnya mereka telah terperangkap di Bakhara Market sehingga terpaksa memohon bantuan pasukan pengaman ATM, Pakistan dan 10th Mountain Division untuk membawa keluar pasukan mereka yang terperangkap itu.

Lebih 100 tentera Malaysia bertempur selama 6 jam, seorang syahid dalam misi ini

Dalam misi ini, tentera Malaysia yang terlibat dikatakan melebihi 100 orang. Pertempuran selama 6 jam ini telah mengorbankan 20 orang tentera, yang mana salah seorang daripadanya ialah tentera Malaysia iaitu Korporal Mat Aznan Awang. Jumlah yang tercedera pula ialah seramai 82 orang.

Blackhawk03
Via military-photos.blogspot.com

Berkat bantuan tentera pengaman PBB yang terdiri daripada gabungan tentera Pakistan dan Malaysia ini, misi ini berjaya menyelamatkan tentera Amerika Syarikat seramai 70 orang yang terperangkap itu. Operasi Black Hawk Down ini pernah difilemkan di Hollywood dengan tajuk yang sama. Sayangnya, dalam filem tersebut takde langsung menayangkan babak-babak tentera AS ini dibantu oleh tentera PBB, khususnya tentera Malaysia.

Kita patut rasa bangga dengan tentera Malaysia, mereka adalah pelindung kita

Sekarang, anda rasa kagum tak dengan tentera kita? Sebab itu, janganlah panik sangat. Mereka berkhidmat untuk keselamatan kita. Cuma kita juga harus memainkan peranan dengan mematuhi arahan kerajaan. Kita tak perlu keluar bertempur pun untuk selamatkan negara, cuma kena duduk diam di rumah saja. Ok?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *