Pekerja Foodpanda mogok, tiga kementerian akan bergabung tangani isu ni

Mogok1
Pekerja Foodpanda mogok, tiga kementerian akan bergabung tangani isu ni

Sekarang ni semuanya mudah, kalau dulu perut lapar dan terasa nak makan; korang cuma ada dua pilihan popular – kena masak atau pergi restoran. Restoran yang sediakan penghantara pun tak banyak; kalau ada pun, harga makanan agak mahal. Sekarang ni simple je; order je guna pelbagai platform penghantaran makanan. Sudahlah boleh pilih pelbagai makanan dengan harga yang berpatutan, diorang boleh hantar sampai depan rumah lagi.

Makan jangan tak makan. Via Giphy

Cuma dalam kita sibuk gunakan perkhidmatan macam ni, sebenarnya ada isu yang tengah popular. Kalau korang jenis malas nak beli makanan, dan suka penghantaran makanan; mestilah korang pernah dengar pasal Foodpandakan? Sekarang ni ramai pekerja mereka sedang mogok, sebab…

Penghantar makanan Foodpanda mogok, tak setuju pelaksanaan skim bayaran baru…

Penghantar makanan Foodpanda memulakan mogok beberapa hari lepas disebabkan bantahan terhadap skim pembayaran baru yang dilaksanakan syarikat penghantaran makanan tu. Seorang penghantar makanan kat Johor Bahru beritahu Malaysiakini sejumlah 800 penghantar makanan menyertai mogok tu.

M2
Via MalaysiaKini

Dia juga berkata kira-kira 100 penghantar makanan membuat aduan kat pejabat buruh Johor Bahru berkenaan pelaksanaan skim baru tersebut.

“Hari ini kami semua ambil jadual dan log in (dalam sistem) tetapi tak masuk kerja,” – Pekerja Foodpanda, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Satu lagi penghantar makanan kat Melaka yang bernama M Vinod, 26 tahun, mendakwa kira-kira 50 penghantar makanan sekitar Ayer Keroh dan Bandar Hilir menyertai mogok itu dan jumlah tu akan meningkat pada hari yang seterusnya.

Mogok ni untuk menuntut bayaran (mengikut jam) sebelum ini. Sekarang ada 50 (penghantar) yang sertai dan ia akan bertambah sebab diorang yang mula (syif) petang akan sertai. Diorang mogok dari lapan pagi sehinggalah satu pagi.

Minggu lepas, sekumpulan penghantar makanan Foodpanda mengadakan protes kat Johor Bahru berhubung skim pembayaran baru tu. Dalam skim baru tu, Foodpanda hapuskan bayaran mengikut jam dengan meningkatkan bayaran setiap pesanan antara RM4.50 hingga RM7.

Ia berbeza dengan sebelum ini apabila penghantar dibayar RM4 sejam, dan mendapat bayaran tambahan bagi setiap pesanan, manakala bayaran pesanan adalah di antara RM3 hingga RM5 berdasarkan prestasi penghantar.

M4
Via MalaysiaKini

Pada 28 September lalu, Pengarah Urusan Foodpanda Sayantan Das berkata perubahan itu untuk membolehkan penghantar makanan yang mahu bekerja lebih mendapat kuantiti penghantaran tinggi justeru mendapat lebih pendapatan.

Oriental Daily pulak laporkan penghantar Foodpanda mengadu perlu menunggu dua hingga tiga jam tanpa menerima sebarang pesanan. Skim itu berkuatkuasa beberapa hari lepas dan dilaksanakan kepada penghantar di seluruh negara kecuali di Lembah Klang.

M5
Alololo comelnya. Via MalaysiaKini

Sementara tu, portal Daily Express laporkan lebih 100 penghantar makanan di Kota Kinabalu menyertai mogok itu. Menurut laporan tu, jurucakap diorang Erwin Omar kata mogok tu untuk menghantar “mesej jelas” kepada pengurusan bahawa mereka membantah skim baru tu.

Kabinet putuskan tiga kementerian akan lakukan penelitian terhadap isu ni…

Kabinet yang dah dengar isu mogok oleh penghantar makanan Foodpanda pada mesyuarat mingguannya semalam ambik keputusan untuk tubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan dianggotai oleh tiga kementerian untuk mengkaji lebih mendalam mengenai isu ni.

M7
M Kula Segaran. Via Sinar Harian

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, ketiga-tiga kementerian berkenaan ialah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Kula Segaran dalam satu kenyataan hari ini kata; kementeriannya dah bertemu dengan wakil dari Foodpanda Malaysia iaitu pengarah urusannya Sayantan Das dan ketua pemasaran Fabian Emanuel berhubung isu penghantar makanan Foodpanda melancarkan mogok.

Panda ni takde kaitan. Via Giphy

“Foodpanda mengesahkan bahawa syarikat itu akan memantau skim gaji baharu yang telah dilaksanakan di beberapa negeri sebelum memutuskan sama ada boleh kembali ke skim lama,” – Kula Segaran, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Kalau ikutkan cerita Kula Segaran, wakil-wakil tu menyebut bahawa di semua negeri selain dari Johor, penghantar makanan menerima skim gaji baharu yang berfungsi pada model kecekapan lebih banyak penghantaran, lebih banyak pendapatan diterima penghantar makanan.

Comel
Via FB

Dia kata, kerajaan menggesa syarikat tu untuk kembali ke skim gaji lama yang memenuhi kehendak semua penghantar makanan.

Pekerjaan di bawah ‘gig economy’ ni baik untuk tambah pendapatan, tapi jangan lupa soal pengangguran…

Salah satu benda yang bahaya adalah pekerjaan-pekerjaan yang wujud di bawah ‘gig economy’ ni dilihat sebagai penyelesaian masalah pengangguran yang berlaku kat Malaysia. Mentaliti macam ni tak boleh wujud dalam mana-mana kerajaan. Sebab itulah ada yang kata – kalau keluar universiti tak dapat kerja; bawaklah Grab.

Apa yang sepatutnya dilakukan pihak berkenaan adalah berusaha untuk sediakan lebih banyak peluang pekerjaan, memandangkan pekerjaan di bawah gig economy ni selalunya tidak memiliki perlindungan keselamatan sosial yang baik. Para pekerja juga terdedah pada eksploitasi majikan. Gig economy baik untuk tambah pendapatan, namun peluang pekerjaan perlu dipertingkatkan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top