Ahli UMNO lompat parti secara berjemaah? Kami semak latar belakang mereka

Ahli UMNO lompat parti secara berjemaah? Kami semak latar belakang mereka

Beberapa hari lepas, Malaysia digemparkan dengan berita 7 orang ahli Umno melompat parti ke parti Bersatu. Dalam keadaan ekonomi yang masih belum stabil, isu perkauman yang menjadi-jadi dan rakyat merungut tentang macam-macam isu kehidupan harian, kerajaan Pakatan Harapan masih juga sibuk nak berpolitik.

Benda dah jadi jadi kami nak tau lah juga, kenapa Bersatu sibuk nak rekrut ahli Parlimen lagi sedangkan Pakatan Harapan dah bentuk kerajaan dengan jumlah yang menyakinkan? Berkualiti sangat ke ahli Parlimen “baru” ni? Kita tengok satu persatu.

1. Hamzah Zainudin (Larut) pernah gelar orang yang lompat ke Bersatu “musang berbulu ayam”

Sebenarnya lompat-lompat parti ni perkara yang biasa dalam politik Malaysia. Kebiasaannya berlaku bila ahli politik nak bentuk kuasa baru atau nak kejar kuasa. Jadi bila Dr Mahathir buat parti Bersatu pada tahun 2016 dulu sebab tak yakin dengan Umno, ramai juga ahli Umno yang keluar dan join parti baru tu. Ini menyebabkan Ahli Parlimen Larut, dan juga Menteri KPDNKK masa tu, menggelar mereka “musang berbulu ayam”.

“Kami tidak memerlukan musang berbulu ayam. Mereka mendakwa berjuang untuk UMNO namun lihat kini, siapa yang gila kuasa,” Hamzah cakap kat wartawan.

Image result for fox dressed as chicken
Bukan Hamzah Zainudin. Via Graffitiprint.com

Sebagai Menteri KPDNKK dulu Hamzah tak lari juga dari kontroversi. Dia dulu pernah buat kenyataan bahawa Allah yang tentukan harga barang naik, dan mendapat kecaman orang ramai.

Image result for hamzah zainudin
Hamzah Zainudin. Via Astro Awani

Pada masa yang sama, sebagai menteri dulu, dia antara yang terlibat dalam mengimplementasi GST, dan waktu BN kalah PRU 2018, dia turut nyatakan sentimen anti-GST penyebab BN kalah walaupun BN lebih bagus. Sekarang dah jadi sebahagian PH boleh kata BN dulu tak lah bagus sangat? Sebelum jadi menteri dia pernah jadi Pengerusi FELCRA dan juga Senator.

2. Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor) pernah pertahan perogol kahwin mangsa

Dari sudut latarbelakang Shabudin Yahaya ni ada juga yang menggelarnya ustaz kerana dia juga pernah menjadi hakim mahkamah syariah. Sebagai seorang bekas hakim, amat mengejutkan juga bila dia pernah membuat kenyataan di Parlimen yang perogol boleh mengahwini mangsa rogol, kerana sekurang-kurangnya masa depan lebih terjamin dan mangsa boleh dapat seorang suami.

Image result for shabudin yahaya
Shabudin Yahaya. Via Free Malaysia Today

Kenyataan kontroversi ni tak terhenti setakat itu, Shahbudin juga cakap yang budak semuda 9 tahun boleh capai kematangan yang sesuai untuk berkahwin dari sudut fizikal dan rohani. Kami di ORANGKATA memang tak bersetuju dengan mengahwinkan kanak-kanak ni, jadi kami tak boleh brain pemikiran macam ni.

Image result for cannot brain gif
Via 4Plebs

Kenyataan dia bukan sahaja mendapat kecaman ahli pembangkang masa tu, malah pemimpin Umno sendiri seperti Rahman Dahlan turut mengutuk kenyataan itu melalui Facebook dia.

3. Rosol Wahid (Hulu Terengganu) antara watak utama pergelutan kuasa MB Terengganu

Kalau ikutkan masa zaman Umno memerintah dulu, susah nak tengok pecah belah sangat sebab kebanyakkan ahli Umno ni memang setia pada pemimpin (tu dulu). Tapi di Terengganu  lain sikit sebab sejak tahun 2008, tak henti-henti pergelutan kuasa Menteri Besar, dari Idris Jusoh ke Ahmad Said kemudian Ahmad Razif.

Semasa Ahmad Said diangkat menjadi Menteri Besar pada tahun 2008, Rosol merupakan antara pemimpin utama yang menentang perlantikan itu. Sebagai bekas Exco di bawah MB Idris Jusoh, Rosol dikatakan mengetuai sekumpulan Adun yang menyokong Idris Jusoh tapi Istana pada ketika itu memilih Ahmad Said.

Image result for rosol wahid
Rosol Wahid. Via The Sun Daily

Semasa kemelut MB tahun 2016 berlaku, apabila MB ketika itu, Ahmad Razif, dimurkai oleh istana dan ditarik semua gelaran walaupun masih MB, Rosol juga antara yang lantang bersuara dan berpendapat isu hanya boleh diselesaikan dengan membubarkan Dun dan mengadakan Pilihanraya Negeri. Tapi kami ada juga terbaca satu surat terbuka tahun 2008 yang claim Rosol ni masa zaman reformasi adalah penyokong dan pendokong kuat Anwar Ibrahim, dan menentang Dr Mahathir.

4. Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dah janji tak keluar Umno

Ahli Parlimen Sabak Bernam ni sebenarnya agak hebatlah di kalangan ahli politik Umno kerana kalau diikutkan trend politik di Selangor habis dibungkusnya orang Umno ni, tapi dia antara dua ahli Parlimen Selangor yang bertahan. Sabak Bernam memang tak pernah berubah angin walaupun Malaysia dah melalui tiga tsunami politik sejak 2008 jadi orang sana memang boleh dikatakan setia.

Disebabkan kesetiaan orang Sabak Bernam terhadap Umno ni lah kami rasa mereka mesti kecewa sedikit sebanyak dengan keputusan Mohamad Fasiah untuk keluar Umno dan masuk Bersatu. Kami tak berhak nak judge keputusan ahli politik dalam hal melompat parti ni, tapi terfikir juga adakah keputusan macam ni dapat restu rakyat yang melantik dia, atau untuk kepentingan sendiri je?

Related image
Via Facebook.com

Tambahan pula, baru bulan September tahun lepas bekas Ketua Umno bahagian Sabak Bernam ni kata yang khabar angin beberapa ahli Umno akan keluar parti tak benar dan dia tak akan keluar Umno.

5. Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) berlatarbelakang korporat

Kalau empat nama di atas pernah masuk berita untuk kes-kes yang mendapat perhatian umum, dua orang lagi yang baru masuk Bersatu tak ada kisah menarik pun. Malah Ikmal mempunyai latar belakang yang agak mengagumkan.

Image result for ikmal hisham
Ikmal Hisham. Via Mara Incorporated

Ikmal ialah Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan, kerusi yang dipegangnya sejak 2013. Tanah Merah mempunyai sejarah pilihanraya yang menarik kerana kerusi itu sering bertukar tangan sejak pilihanraya pertama pada tahun 1959. Bermula sebagai kerusi PAS, sejak itu ia bertukar menjadi kerusi Parti Perikatan/BN, Semangat 46, PKR dan berbalik semula kepada BN dan sekarang Bersatu (PH).

Seorang pemegang Ijazah Sains dalam bidang Kejuruteraan Sivil daripada University of Tennessee, Ikmal mempunyai pengalaman yang luas dalam industri korporat termasuklah sebagai Pengerusi Mara Inc.

6. Abdul Latiff Ahmad (Mersing) asyik jadi Timbalan Menteri

Seperti Ikmal, Abdul Latiff juga tak mempunyai sebarang kes yang membuatkan namanya begitu menyerlah. Seorang doktor perubatan, Abdul Latiff memulakan karier sebagai wakil rakyat sebagai Adun Endau pada tahun 1995, kemudian menjadi Ahli Parlimen Mersing daripada 1999 sehingga sekarang (walaupun sebelum PRU 2018, Abdul Latif pernah nyatakan yang dia nak bertanding dan nak berikan laluan pada orang muda).

Image result for Abdul Latiff Ahmad
Abdul Latiff. Via Utusan

Karier politiknya tidak begitu memberangsangkan walaupun pernah menjadi Timbalan Menteri di bawah tiga perdana menteri; Dr Mahathir (Sumber Manusia – 1999-2004), Abdullah Badawi (Kesihatan – 2004-2010) dan Najib Razak (Pertahanan – 2010-2013).

Walaupun tidak dilantik menjadi sebahagian menteri kabinet Najib selepas PRU 2013, dia masih diberi ganjaran dengan dijadikan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), jawatan yang dilepaskannya selepas kejatuhan BN pada Mei tahun lepas.

Kita jangan ulangi kesilapan zaman BN

Keputusan Bersatu untuk menerima ahli Parlimen Umno ni akan terus memecah belah pendapat kerana ada yang merasakan Pakatan Harapan tak patut terus menerima ahli Umno yang dulunya mempertahankan Kerajaan Najib Razak. Ada pula yang merasakan selagi mereka sudah bertaubat, tak apalah.

Kami di ORANGKATA lebih suka kalau Malaysia mempunyai dua gabungan politik yang kuat di pihak kerajaan dan pembangkang supaya ada timbal balas yang baik. Apa pun, kami rasa kalau nak terima mana-mana ahli tu biarlah yang berkualiti, menambah nilai dan bukan terima sebab nak tambah nombor di Parlimen je.

Satu kesilapan kita dulu adalah membenarkan Barisan Nasional selesa berkuasa tanpa pembangkang yang kuat sehinggakan BN rasakan boleh buat apa je yang mereka nak. Jangan kita ulangi kesilapan yang sama.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top