Azmin Ali nak disaman sebab tak bayar bil pelancongan lebih RM300K

Azminfp
Azmin Ali nak disaman sebab tak bayar bil pelancongan lebih RM300K

Salah satu benda yang positif tentang Malaysia Baharu ni, kita dapat lihat orang-orang penting dah mula nak diheret ke Mahkamah. Baru-baru ni Menteri Hal Ehwal Ekonomi kita nak diheret ke Mahkamah oleh sebuah agensi pelancongan sebab tak bayar bil melancong. Ada dua benda kat sini yang kami nak korang nampak; pertama sekali soal tak bayar apa yang sepatutnya diorang bayar. Kedua adalah persoalan – gila betul jumlah melancong Menteri ni dan keluarganya sampai cecah RM300k?

Pengurusan kes bagi saman itu katanya ditetapkan pada 3 Disember 2019 ni…

Sebuah agensi pelancongan heret Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali ke mahkamah atas dakwaan gagal bayar bil pelancongan lebih RM300,000, termasuklah lawatan peribadi keluarganya dan dirinya ke Sandakan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu Mei lalu, menurut Sarawak Report. Apa yang didakwa Haziq berlaku kat Sandakan kami tak nak bincangkan, bukan sebab tu kami nak tulis artikel ni.

Az1
Notis untuk hadiri pengutusan kes. Via Sarawak Report

Sarawak Report petik dokumen yang difailkan YHA Travel & Tours dan jumlah tu termasuk tambang penerbangan Azmin dalam tempoh enam bulan.

“Walaupun plaintif dan/atau wakilnya berulang kali menuntut bayaran daripada defendan dan/atau wakilnya, jumlah terkumpul itu tak pernah dibayar walaupun jumlah didakwa itu tidak pernah dipertikaikan,” kata agensi pelancongan itu dalam writ saman yang dipetik Sarawak Report.

Az6
Banyak tuuu. Via Sarawak Report

Difahamkan, pengurusan kes bagi saman itu ditetapkan pada 3 Disember 2019 ni di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Jurucakap YHA Travel ketika dihubungi oleh Free Malaysian Today enggan mengesahkan laporan itu.

Az2
Untunglah dapat melancong macam ni. Kami nak melancong dalam negara pun susah. Via Sarawak Report

Kalau ikut laporan kat Sarawak Report, syarikat tu menuntut Azmin membayar RM328,901 tambahan kepada faedah dan ganti rugi lain yang dinilai. Katanya, Azmin ialah pelanggan agensi tu kira-kira 20 tahun dan dia akan selalu buat bayaran tepat pada masa melalui seorang wakil. Tapi kali ni nampaknya bayaran tu tertangguh agak lama, mungkin Azmin sedang sibuk baiki keadaan ekonomi negara?

Dengan nilai pendapatan yang diumumkan oleh Azmin, sukar nak percaya diorang belanja RM300k untuk melancong je…

Sarawak Report pulak pertikaikan bil sebanyak RM300,000 dengan kata; Azmin yang juga timbalan presiden PKR sudah mengisytiharkan gajinya RM50,000 sebulan. Dalam keadaan tu, sukar nak faham bagaimana dia boleh berhutang jumlah begitu banyak dan membayarnya – kebanyakan penerbangan itu untuk ahli keluarga, yang menaiki kelas perniagaan.

Az4
Bukan main lagi diorang ye. Via Sarawak Report

Bagi yang tak tahu, Pakatan Harapan wajibkan ahli Parlimen diorang untuk umumkan harta dan pendapatan. Secara umumnya, pengumuman seperti ni takdelah gempak sangat – sebab ia tak dedahkan nilai aset dan pendapatan secara terperinci. Cuma, kalau dibandingkan dengan kerajaan terdahulu, kaedah macam ni lebih baiklah. Kalau korang nak tengok website tu, boleh pergi ke sini.

Dalam tu, ini jumlah pendapatan dan aset yang dimiliki oleh Azmin. Sebab tu agak sukar nak dipercayai kalau dia dan keluarganya belanja sampai tahap RM300k untuk melancong je.

Az3
Via MyDeclaration

Sarawak Report dakwa jumlah tu termasuklah RM92,280 bagi penerbangan untuk anaknya yang baru berkahwin, Mohamed Ameer Shazrin dan isterinya, Mazreen Shanim Shaheen ketika mereka melancong ke Marrakech, London dan Geneva. Sarawak Report turut siarkan beberapa gambar yang didakwanya dimuat naik anak Azmin di Facebook menunjukkan saat-saat diorang melancong, tetapi kini ia sudah dipadamkan.

Inilah masanya untuk SPRM buktikan diorang ni sebenarnya tak pilih bulu

Kami pernah kritik pelantikan Latheefa Koya sebagai KP SPRM sebabnya dia diketahui memiliki hubungan yang rapat dengan beberapa pimpinan politik. Barangkali inilah masanya untuk dia buktikan yang dia tak pilih bulu dan cuba siasat dari mana sebenarnya keluarga Azmin ni dapat duit yang banyak untuk pergi melancong.

Hello polis…Via Giphy

Kalau duit tu datang daripada cara yang halal, diorang kena jelaskan dari mana. Kami okay je, kalau betul duit tu duit halal diorang, kita tak kisah. Cuma kena siasat dulukan? Kita dulu marah gila kalau Najib dan Rosmah pergi melancong dengan gunakan wang rakyat, sepatutnya kita masih lagi ada pendirian yang sama…

Artikel ini mengambil maklumat daripada artikel Sarawak Report yang bertajuk Azmin Ali Taken To Court Over Unpaid Sandakan Travel Bill – EXCLUSIVE.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top