Lima perkahwinan yang paling popular di Malaysia

Lima perkahwinan yang paling popular di Malaysia

Selain daripada terkenal dengan kepelbagaian bangsa dan banyak cuti umum, Malaysia jugak terkenal dengan perkahwinan yang mewah dan gempak. Selalunya kalau ada artis yang terkenal kahwin, diorang akan berpesta macam hari esok tak ada. Jadi hari ni kami akan akan kongsikan lima perkahwinan paling meriah dan dapat perhatian di Malaysia. Kami buat alah-alah countdown sikit, barulah nampak mendebarkan. Cuba teka siapa yang pertama?

5. Siti Nurhaliza & Datuk K

Siti Nurhaliza, penyanyi nombor 1 negara bernikah dengan Datuk K (Khalid Mohamad Jiwa) pada 21 Ogos 2006. Perkahwinan tersebut telah memberi jawapan tentang siapa cinta hati Siti yang selama ini menjadi rahsia dan mejadi kelegaan kepada para wartawan hiburan yang bosan dengan jawapan Siti “biarlah rahsia” (siap buat lagu kot) bila diajukan soalan mengenai insan yang bertahkta di hatinya. Sweet.

Via MStar

Beberapa sumber menganggarkan bahawa jumlah kos perkahwinan mereka boleh mencapai lebih daripada RM12 juta. Kos perbelanjaan kek tingkat mereka yang digelar Indah Percintaan berjumlah RM12,000. Siti juga dilaporkan menerima mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran RM30,000. Namun mereka menafikan tuntutan tersebut dan menjelaskan bahawa kebanyakan barang termasuk barang kemas dan pakaian adalah ditaja.

Tetapi, tetapi, TETAPI!!! Mereka menerima RM1juta daripada sebuah stesen televisyen tempatan untuk menyiarkan majlis perkahwinan mereka. Perkahwinan mereka berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh 2,500 orang tetamu and disiarkan kepada 6.3 juta penonton seluruh negara. Memang stress jugalah masa tu bagi bakal pengantin lelaki melayan kerenah bakal isteri mereka. “Oh abang, mereka sungguh sweet. Saya nak majlis kita macam ni.” weyyy…abang kerja peon jelah lahanat!

4. Rozita Che Wan & Zain Saidin

Wedding of the year 2013 berlangsung pada 11.12.13. Cantik tarikh tu. Jatuh kepada Mak Jan paling mahal di Malaysia yang menelan kos sebanyak RM13juta. GILA WOI! Kau beli Myvi pun berhutang 9 tahun semata-mata nak mengorat awek MSU.

Tapi semuanya sponsor. RM10juta dari Habib Jewels khas untuk ‘bling-bling’ yang dia pakai masa majlis tersebut. Selebihnya adalah sponsor baju dari Bianco Mirmosa benilai RM55000 dan Man Kajang untuk baju nikah bernilai RM100,000. Kau letak apa siot kat baju tu? Boleh keluar bunga api ke apa?

Via Says

Selain daripada itu, Rozita juga dilaporkan menerima RM23,300 sebagai wang hantaran dan RM9,300 mas kahwin. Rozita tak menyangka majlis mereka akan jadi segempak itu.

“Pada asalnya kami merancang untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana, tetapi apabila ditaja, lain pula jadinya.”

Sebelum itu mereka mengadakan pre-wedding photoshoot di Bali dan Paris oleh Annas Easkey. Tapi mereka memang layak adakan perkahwinan yang gempak macam tu sebab Rozita merupakan ahli perniagaan dalam bidang kecantikan yang berjaya. YOU GO GIRL!

3. Yuna & Adam Yousof

Yuna atau Yunalis Zarai, haaa nama dia pun unik sesuai dengan citarasanya tak kira dari segi muzik, pakaian dan tema perkahwinannya.

Pasangan Yuna dan Adam bernikah di Puncak Rimba, Bentong dengan latar belakang pergunungan. Simple tapi elegant seperti perkahwinan dari kayangan antara Puteri Elf dan Raja Gondor, Arwen dan Aragorn. Sangat environmental friendly, mesti Maya Karin suka hihi.

Ramai netizen berjantina gadis menjadikan perkahwinan ini sebagai template perkahwinan mereka nanti sampai meleleh-leleh airnya mengalir di…..pipi. Dan jejaka pun mengharapkan benda yang sama sebab majlis ini nampak murah. Nyamuk pun nyamuklah janji sweet.

Via NST

Kami tidak dapat anggaran kos majlis tersebut. Tapi nampaknya setting tu semuanya fresh flowers ye dik. Kalau kau beli bunga plastik kat Eco Mart tu tak jadi. Nak jadi Yuna kang jadi kampungan huhuhu.

2. Nooryana Najwa Najib & Daniyar Kessikbayev

Kita beralih daripada perkahwinan selebriti kepada bukan selebriti. Tapi Mama dia selebriti juga. Mama dia ada album kot. Korang apa ada?

Berlangsung pada 25 Mac 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, majlis yang penuh gilang-gemilang ini dihadiri Sultan Pahang (ketika itu), Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Via TV

Sebelum majlis persandingan berlangsung, merpati dua sejoli ini dinikahkan oleh ayah pengantin perempuan iaitu Perdana Menteri Malaysia ke 6, Dato’ Sri Najib Tun Razak bertempat di Seri Perdana. Dengan sekali lafaz sahaja dalam Bahasa Melayu, Daniyar sah menjadi suami Nooryana.

Tentang kos perkahwinan ini, ternyata lelaki melayu tidak mampu memiliki wanita anggun ini kerana melayu malas bak kata PM ke 7 hihi. Hantaran Noorlyana dikatakan bernilai USD500,000 atau RM1.9juta. Hah, kau mampu?

Untuk dekorasi majlis persandingan tersebut, mereka dikatakan menggunakan bunga-bungaan segar yang bernilai RM3juta. Itu baru bunga, belum cerita makan, pelamin, persembahan dan pakaian.

Seperti kata Tun Mahathir, “Raja pun tak buat majlis kahwin macam anak Najib.” Yelah, merekakan raja sehari. Raja jugak tu.

1. Sultan Muhamad V dan Oksana Voevodina

WOW! Inilah majlis yang kahwin yang paling gempak pernah disaksikan masyarakat dunia. Penyatuan dua negara. Satu Sultan satu Ratu Cantik. Seperti filem The Greatest Showman. Ada dansa, ada persembahan nyanyian, ada sarkis tapi tiada alkohol. Buai laju-laju, aku nak kawin dengan anak raja. Kau dah tua bangka main buai, siapa nak kahwin dengan kau. Orang ingat kau hantu.

Menurut sumber yang dikeluarkan says.com, majlis tersebut mengambil tempat di Dewan Barvikha, Rusia. Sultan Muhammad segak mengenakan baju melayu biru lengkap bersampin dan bersongkok. Oksana Voevodina pula kelihatan anggun dengan wedding gown putih berbunga biru muda.

Tidak ada maklumat rasmi bila mereka berkahwin. Ada sumber mengatakan pada bulan November 2018. Apapun kami ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada DYMM Sultan Muhamad V dan pasangan.

Perkahwinan mana yang jadi pilihan korang?

Hahh…hari ni mood abang baik, abang ingat nak bagi sticker percuma kepada sesiapa sahaja yang boleh beritahu kami perkahwinan mana yang paling power dan apa sebab kau kata macam tu. Cepat komen dekat semua platform media sosial ORANGKATA.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print