Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Politik

Perikatan Nasional kalah, Muhyiddin dan Hadi patut berundur

By Subeditor
May 13, 2024 3 Min Read
Comments Off on Perikatan Nasional kalah, Muhyiddin dan Hadi patut berundur

Peratusan keluar mengundi dalam kalangan pengundi bukan Melayu terutama kaum Cina tinggi dipercayai menjadi penyumbang kejayaan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, sekali gus meneruskan perkhidmatan ditinggalkan oleh mendiang Lee Kee Hiong yang meninggal dunai akibat kanser, baru-baru ini.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, turut menyumbang kepada kemenangan itu ialah majoriti penjawat awam atau pengundi awal di DUN Kuala Kubu Baharu yang kembali menyokong parti komponen Kerajaan Perpaduan berbanding sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Negeri Selangor, tahun lalu.

Sivamurugan berkata, faktor seterusnya ialah kerjasama baik antara jentera PH dan UMNO yang kini jadi rakan seperjuangan dalam Kerajaan Perpaduan di Putrajaya dan kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan pengundi tegar atau putih mereka keluar mengundi.

“Keputusan berkenaan juga disebabkan oleh peratusan keluar mengundi dalam kalangan pengundi Melayu termasuk penyokong PN yang rendah pada hari ini.

“Malah, jentera PN juga sukar menembusi kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang mempunyai majoriti pengundi bukan Melayu seperti Kampung Baharu Kerling, Kampung Baharu Kuala Kubu Baharu, Lembah Beringin, Kampung Baharu Rasa, Pekan Rasa, Kampung Baharu Batang Kali dan Hulu Yam Lama,” katanya.

Sivamurugan berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan PRK Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan PH berjaya mempertahankan kerusi ditinggalkan oleh Kee Hiong dalam pertembungan empat penjuru menentang Khairul Azhari, Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).

PRK DUN KKB juga menyaksikan PH berjaya mengekalkan kerusi dengan majoriti 3,869 undi.

Majoriti diperoleh PH itu bagaimanapun merosot berbanding 4,119 undi yang dimenangi Kee Hion pada PRN Ogos lalu.

Ada cadangan supaya Muhiyuddin dan Hadi berundur

Perikatan Nasional (PN) gagal menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) kerana didakwa tiada sebarang perkara yang ditawarkan untuk masa depan pengundi.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, kekalahan tersebut menjadi pengajaran buat PN agar menukar pemimpin mereka yang sudah sangat tua, bukan hanya dari segi umur tetapi juga idea.

Menurutnya, peluang kepada pemimpin lebih muda perlu diberikan untuk mencergaskan parti dan menawarkan sesuatu yang baharu kepada rakyat, bukannya sekadar mengimbau jasa masa lalu.

Tan Sri Muhiyuddin Yassin sentiasa bercakap tentang pencapaian besarnya sebagai pemimpin negara, tetapi itu adalah masa lalu. Apa yang ditawarkan untuk masa depan? Tiada apa. Sudah tiba masanya Muhyiddin berundur. Bersatu tidak cukup fokus untuk membuktikan ia adalah parti masa depan. Mereka tidak menawarkan apa-apa yang baharu kecuali membawa pakatan politik dalam bentuk gerakan yang tidak bermaya.

“Orang Melayu di Tanah Melayu kini mencari pemimpin yang boleh membantu mereka mencari tempat di bawah sinar matahari, bukan mengenang,” katanya menerusi hantaran di X

Tambah beliau, bukan hanya Muhyiddin, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga perlu berundur. Justeru katanya, Pas dan Bersatu mesti mula menukar pemimpin dengan mengadakan kongres yang luar biasa.

“Hadi hanya bercakap tentang ketakutan DAP, apa yang berlaku kepada orang Melayu di Singapura. Taktik menakutkan tidak lagi berfungsi. Sudah tiba masanya dia berundur. Bawalah barisan pemimpin politik sebenar yang boleh memberi persaingan kepada Anwar Ibrahim,” katanya.

Perikatan Nasional terima kekalahan

Perikatan Nasional (PN) menerima pilihan yang telah dibuat oleh pengundi-pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan PRK ini menunjukkan tahap sokongan kepada PN secara umumnya kekal dalam keadaan peratusan keluar mengundi yang rendah.

“PN akan meneliti keputusan PRK ini secara terperinci dan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan lagi sokongan kepada parti pada masa hadapan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang telah mengundi calon PN dan jentera PN yang telah bertungkus-lumus membantu kempen PN,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

 

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1
Previous

PRK Kuala Kubu Bharu, undi PH meningkat

f1
Next

MB Perlis disiasat SPRM, ramai suruh berhenti

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme