Zahid cadangkan kerajaan campuran kat Terengganu, PAS kata takde posisi kosong

Tuan Ibrahim Tuan Man Zahid2

Beberapa hari yang lepas, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi secara berkias nyatakan harapan agar wakil rakyat diorang diberi ruang untuk berada kat dalam kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS.

Dasaa
Via MalaysiaKini

Zahid kata, dengan cara tu kerajaan negeri Terengganu boleh belajar melalui pengalaman yang dimiliki oleh pemimpin Umno termasuklah dua bekas menteri besar Terengganu yang masih lagi bergelar wakil rakyat.

UMNO beri cadangan kepada PAS supaya diberi tempat kat kerajaan negeri Terengganu…

Katanya diorang tak kenakan syarat setakat ni, tapi atas nama Muafakat Nasional, ada ubi tentu ada batas, diorang tak menuntut, tapi menanam ubi mestilah ubi itu berisi. Bukan main pandai dia berkias ye. Katanya dia tak menuntut, tapi kalau atas nama kemuafakatan jika rasa ada kebersamaan, mungkin boleh diperlihatkan komposisi kerajaan negeri tu kelak.

Asaaa
Via MalaysiaKini

“Boleh diberi pertimbangan untuk belajar pengalaman daripada Tok Mad Said (Ahmad Said), belajar daripada Tok Mad Razif (Ahmad Razif Abdul Rahman), belajar daripada mantan-mantan exco yang masih menjadi Adun, insya-Allah kita berkongsi pengalaman untuk mentadbir kerajaan negeri dengan lebih mantap,” – Zahid Hamidi, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Zahid juga tegaskan benda ni bukan desakan atau syarat, bukan suruh pertimbangkan, tapi fikir-fikirkanlah. Orang politik ni kalau dah mula berkias-kias dah macam mengorat awek. Macam ramai yang dah tahu, Umno dan PAS jalinkan kerjasama politik selepas BN tumbang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

Wow. Via Giphy

Melalui Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September lalu, Umno dan PAS meterai Piagam Muafakat Nasional sebagai tanda kerjasama rasmi dua parti politik dominan orang Melayu tu. Selepas memeterai piagam PAS dan Umno, Presiden PAS Abdul Hadi Awang beritahu PAS ada rancangan untuk masukkan Umno jadi sebahagian pentadbiran kerajaan Terengganu dan Kelantan kat bawah pemerintahan PAS.

Walaupun merasakan ia masih berada dalam peringkat awal, dia tak menolak rancangan tersebut kerana anggap Umno kini sebahagian daripada keluarga PAS. Saranan Abdul Hadi disahut Menteri Besar Perlis Azlan Man pada keesokannya apabila nyatakan kesediaan untuk bentuk kerajaan campuran Umno dan PAS kat negeri tu.

Namun katanya, satu keputusan secara dasar oleh kedua-dua parti di peringkat tertinggi perlu dibuat bagi tujuan tu. Zahid kata kesediaan ketua pembangkang di DUN Kelantan, Mad Alwi Che Ahmad letakkan jawatan adalah pengiktirafan kepada kerajaan PAS Kelantan.

81491908637 Azlanman
Azlan Man. Via Astro Awani

Situasi sama boleh berlaku kat Terengganu yang mana Umno mempunyai 10 wakil rakyat dan sedia berada di barisan pihak kerajaan. Sementara tu, Ahmad yang juga bekas menteri besar Terengganu yakin kerjasama Umno dan PAS berupaya menguasai 30 kerusi Parlimen kat negeri tu.

“Ada 30 kerusi parlimen yang boleh kita menang dengan mudah dengan adanya perpaduan Umno dan PAS, yang boleh kita rampas kembali dalam PRU yang akan datang. Sabah dan Sarawak bukan ancaman kepada kita, kerana Sabah dan Sarawak kalau kita menang, automatik akan kembali kepada kita,” – Ahmad Said, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Umpama cinta yang ditolak, cadangan dari Zahid tu ditolak sebab takde jawatan kosong…

PAS tak dapat tawarkan sebarang jawatan EXCO Kerajaan Terengganu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebab takde kekosongan disebabkan kuota jawatan dah mencukupi. Tapi, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kata ada wakil parti pembangkang lain yang terbabit dengan beberapa agensi kerajaan negeri tu.

Tuan Ibrahim00
Via Sarawak Voice

Dia kata PAS turut menolak tawaran Kerajaan Perlis pimpinan BN bagi mengisi jawatan EXCO negeri itu, sebab hormati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang pilih BN untuk terajui negeri tu.

Dalam konteks Terengganu, semua wakil rakyat dapat (peruntukan), tak kiralah membabitkan UMNO atau pembangkang lain dan peranan UMNO Terengganu sebenarnya sebagai penyokong kerajaan negeri, sama seperti UMNO Kelantan jadi penyokong Kerajaan Kelantan.

Kami tengok je lah. Via Giphy

Bagi dalam keputusan PRU-14, rakyat dah beri mandat dan diorang dah setuju untuk UMNO dan PAS jadi satu pasukan (di negeri yang ditadbir), walaupun tak terbabit secara langsung (pentadbiran negeri).

“Ketika ini, semua jawatan EXCO sudah penuh, kouta sudah penuh. Kerajaan Perlis ada kekosongan sebelum ini dan mereka tawarkan (pada PAS), tetapi PAS hormati (keputusan PRU-14). Walaupun PAS tidak buat keputusan bersama, tetapi kita sokong semua dasar kerajaan negeri (di bawah pentadbiran BN),” – Tuan Ibrahim Tuan Man, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Okay dah penuh. Via Giphy

Dia mengulas laporan portal berita yang petik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang nyatakan harapan untuk wakil rakyat diorang diberi peluang berada dalam Kerajaan Terengganu pimpinan PAS.

Walaupun cadangan Zahid Hamidi ditolak, namun gabungan PAS-UMNO ni nampak masih stabil…

Baguslah keputusan PAS tolak cadangan UMNO atas nama hormati mandat yang diberikan rakyat, sebabnya selepas PRU14 ni, fenomena lompat-melompat ni dah dinormalisasikan. Sesuatu yang tak baik untuk sistem demokrasi kita, takde poin kita buat pilihan raya kalau lepas kalah boleh lompat ke pasukan yang menangkan?

Nampaknya gabungan UMNO-PAS ni masih stabil lagi, selalunya gabungan yang takde kuasa ni akan stabil. Kalau nak tahu stabil tak stabil ni, korang tunggulah bila gabungan tu dah dapat kuasa, kat sanalah pelbagai isu akan bermula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *